05/08/2026
4 Ogos 2026 | Persidangan Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang akan menggantikan Akta Perangkaan 1965 (Akta 415) di Parlimen Malaysia. Satu lagi lipatan sejarah penting dilakar bagi Jabatan Perangkaan Malaysia.
Data berkualiti bukan sekadar angka. Ia adalah asas kepada penetapan dasar dan keputusan Kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Setiap dasar negara dirangka berasaskan fakta, bukti, serta keperluan sebenar rakyat melalui sistem statistik yang lebih moden.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Jawatankuasa Kecil Kajian Semula Akta Perangkaan 1965, Change Management Office, Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa serta semua yang terlibat dalam merealisasikan detik bersejarah ini. Komitmen dan dedikasi luar biasa sepanjang proses pembentangan di Dewan Negara akan menjadi pemangkin kepada pembinaan ekosistem data negara yang kukuh, diyakini, dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan negara.