Norhisham Musa

Norhisham Musa Berasal dari Kuantan
�Bapa 3 cahaya mata
�Sarjana Muda Pengurusan Awam (Kepujian) UUM & CIPS

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023Maaf Zahir & Batin
21/04/2023

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H/2023

Maaf Zahir & Batin

Selepas Subuh dah 'lapor diri' di Dataran Merdeka. 'Standby' utk ganti jika ketua kontijen/TKSU atau pegawai kanan Kemen...
31/08/2022

Selepas Subuh dah 'lapor diri' di Dataran Merdeka. 'Standby' utk ganti jika ketua kontijen/TKSU atau pegawai kanan Kementerian tidak dapat hadir dlm perbarisan atas sebab2 tertentu. Contingency plan. Sambil itu melihat persiapan akhir pasukan perbarisan Kementerian bagi sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Di saat akhir mascot Harimau Malaya dan placard kempen Selamatkan Harmau Malaya tidak dibenarkan dlm perbarisan. Begitu juga syarat yg sama dikenakan kpd kementerian lain.

Ramai sungguh orang ramai yg ingin menyaksikan perbarisan hari kebangsaan kali ini. Sesak dgn pejalan kaki di semua jalan sekitar Dataran Merdeka sejak awal pagi lagi. Mungkin sebab dah 2 tahun tidak diadakan kerana PKP pandemik Covid19. Semoga semuanya baik2 shj hendaknya.

Terima kasih kpd semua urusetia yg bertungkus lumus menguruskan program ini dan anggota perbarisan seramai 84 orang yg diwakili warga kerja Jabatan dan Bahagian di Kementerian .

Penghargaan juga kepada seramai 42 orang yg dihantar Kementerian sebagai peserta program di grandstand (berdepan dengan royal box) bagi membentuk formasi tertentu sambutan kali

Hari ini cuti kecemasan (EL), tapi masuk pejabat juga belah petang utk jenguk persiapan satu sidang media penting Kement...
05/08/2022

Hari ini cuti kecemasan (EL), tapi masuk pejabat juga belah petang utk jenguk persiapan satu sidang media penting Kementerian berkenaan isu bencana geologi di Baling baru2 ini. Walaupun diuruskan bahagian lain, tetapi memandangkan urusan fasiliti & teknikal dewan bawah tanggungjawab saya, kenalah ambil cakna juga.

Lewat petang tadi juga selepas waktu kerja rasmi, berkesempatan sertai satu program sukan 'team building' anjuran Kelab Bahagian. Sebagai bahagian yg paling ramai staf dan staf baharu disebabkan 'job rotation' maka amat perlu program ini sbg 'ice breaking session' dan merapatkan ukhuwah. Selain itu diharapkan staf tidak hanya 'tenggelam' dlm tugas hakiki masing2 shj.

Throwback24 Jun 2022Sesi Perjumpaan warga kerja Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Kementerian dan mengadakan sesi dialog
01/07/2022

Throwback

24 Jun 2022
Sesi Perjumpaan warga kerja Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Kementerian dan mengadakan sesi dialog

11 Jun 2022 I Pulau Sebatik Tawau Sabah.Lawatan ke Pulau Sebatik yg terbahagi dua antara Malaysia/Indonesia. Meninjau ke...
11/06/2022

11 Jun 2022 I Pulau Sebatik Tawau Sabah.

Lawatan ke Pulau Sebatik yg terbahagi dua antara Malaysia/Indonesia. Meninjau kerja2 pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia - Indonesia (Sektor Sabah - Kalimantan Utara)

Diiringi satu pasukan PGA/ESSCOM bersenjata lengkap [sempat juga berbual dengan pegawai PGA & mendapatkan maklumat apa tujuan kawalan keselamatan]

Sebelum itu satu taklimat oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kepada Dato' KSU KeTSA serta pegawai2 Kementerian. Kerja pengukuran sempadan ini yang dibuat secara rundingan/persefahaman berasaskan beberapa konvensyen/perjanjian British-Belanda sebelum merdeka lagi. Tertakluk dimuktamadkan dengan persetujuan bersama dua negara. Ianya melalui proses yang panjang dan berperingkat2.

Di sinilah pentingnya pengetahuan asas berkenaan subjek Geografi dan Sejarah yang kita pelajari di sekolah dulu. ☺️

*majlis perasmian ringkas perolehan bot baharu JUPEM sebelum bertolak dari Jeti Tawau

7 Jun 2022Awal petang tadi 'sambut'  satu NGO Komuniti Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan datang ke Kementerian utk ke...
11/06/2022

7 Jun 2022

Awal petang tadi 'sambut' satu NGO Komuniti Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan datang ke Kementerian utk kemukakan memorandum bantahan. Dianggarkan seramai 70 orang dengan 2 bas dan 2 van.

Baca selanjutnya di https://www.kosmo.com.my/2022/06/07/komuniti-orang-asli-ke-putrajaya-bantah-pembinaan-empangan-nenggiri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=komuniti-orang-asli-ke-putrajaya-bantah-pembinaan-empangan-nenggiri

Sempatlah berbual dgn ketua mereka dan beberapa orang lain sementara tunggu Setiausaha Politik YB Menteri hadir menerima memorandum.

Pejabat Kementerian ini kwsn terbuka bukan kawasan larangan berpagar yg termaktub dlm Akta Kawasan Larangan. Hanya berpesan pada rakan2 pegawai bwh Bahagian Pentadbiran. Mereka datang dgn baik.. kita sambut dgn baik. Mereka juga anggota masyarakat kita. Kita kena hormati hak kebebasan bersuara yg dilaksanakan secara aman dan mengikut lunas undang2. Lagipun bukan tidak ada polis SB di situ (berpakaian awam). ✌️

10 Mei 2022 | 8:30 pagi tadi..Kembali bertugas selepas lebih sebulan bercuti..😊Password PC pun dah lupa..kena contact ne...
10/05/2022

10 Mei 2022 | 8:30 pagi tadi..

Kembali bertugas selepas lebih sebulan bercuti..😊

Password PC pun dah lupa..kena contact network administrator.. reset password 😅
[Rupanya password expired lepas 3 bulan]

Day 6 Hari Raya Aidilfitri 2022 - 7 Mei 2022.Lepas kita mengharungi pandemic Covid19, kali ini saya dan isteri dapat ber...
09/05/2022

Day 6 Hari Raya Aidilfitri 2022 - 7 Mei 2022.

Lepas kita mengharungi pandemic Covid19, kali ini saya dan isteri dapat beraya di kampung halaman sendiri dengan semua anak2.

[Lega. Hujan yg turun di awal pagi akhirnya berhenti sebelum tengahari]

Terima kasih buat semua yg berkelapangan hadir 'open house' kecil-kecilan di rumah pusaka keluarga saya di RTP Bukit Goh

Walaupun jemputan 'short notice' kepada saudara mara di Kuantan dan sahabat2 handai di Indera Mahkota, Pahang. Baik pemimpin masyarakat dan politik setempat - cawangan dan bahagian, rakan2 sekerja, rakan2 kampung rakan2 sekolah dan semua yg berkesempatan dijemput secara terus atau wakil melalui pelbagai saluran komunikasi/media sosial, saya dan keluarga amat menghargai kehadiran semua sehingga tengah malam. Saya mohon maaf jika ada terlepas daripada jemputan.

Saya mohon maaf juga jika ada sebarang kekurangan dalam layanan atau juadah yang disediakan.

Amat2 menghargai sahabat2 yg membantu menyediakan juadah. Bukan suatu yg mudah nak buat secara 'mengejut' begini. Takde arah dah. Ini sahaja masa yg ada. 😊. Tidak rancang awal.

Sebagaimana orang lain juga yg mula menghantar anak2 balik ke pelbagai pusat pengajian - SBP, MRSM, universiti dll di serata pelusuk negara, saya juga akan gerak hantar anak balik ke Kolej Matrikulasi Perak p**a awal pagi ini. Semoga kita dipermudahkanNya mengharungi trafik yg dijangka tinggi di lebuhraya dan jalan2 utama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H /2022MMaaf Zahir & Batin
01/05/2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H /2022M

Maaf Zahir & Batin

Address

Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Norhisham Musa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share