Perwakilan Kuala Lumpur

Perwakilan Kuala Lumpur Page Rasmi Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri

Happy Birthday to our dedicated Penolong Setiausaha Kehormat, Cik Nadhirah Mohammad Zanudin! πŸ₯³Wishing you a wonderful ce...
09/06/2026

Happy Birthday to our dedicated Penolong Setiausaha Kehormat, Cik Nadhirah Mohammad Zanudin! πŸ₯³

Wishing you a wonderful celebration filled with happiness, love, and beautiful moments surrounded by those who appreciate you. May your special day be as bright and inspiring as the contribution you give to the team. 🌸

May this new year of life bring you success in every step, strength in every challenge, and endless blessings in all that you do. Stay joyful, stay kind, and keep shining wherever you go. πŸ₯°

07/06/2026
01/06/2026

Β° Kementerian Luar Negeri merafak sembah dan merakamkan Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Β° Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala, dilanjutkan usia zaman, dan sentiasa sihat wal’afiat selama-lamanya.

Dirgahayu Tuanku!

Β° Kementerian ini selanjutnya merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan dan menganugerah Darjah Kebesaran Persekutuan, Bintang dan Pingat kepada Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai Kementerian ini, yang telah disempurnakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 Istana Negara, seperti berikut:

1. Tan Sri Amran Mohamed Zin
Ketua Setiausaha
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)

2. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin
Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)

3. Datuk Cheong Loon Lai
Duta Besar Malaysia ke
Persekutuan Rusia
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Jasa Negara (P.J.N.)

4. Dato' Shariffah Norhana Syed Mustaffa
Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)

5. Datuk Yubazlan Haji Yusof
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan
Darjah Kebesaran Persekutuan
Panglima Setia
Diraja (P.S.D.)

6. YM Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin
Ketua Sekretariat
Sekretariat Induk Logistik ASEAN
Darjah Kebesaran Persekutuan
Johan Setia Diraja (J.S.D.)

7. YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir
Konsul Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi
Darjah Kebesaran Persekutuan
Kesatria Setia Diraja (K.S.D.)

🌺 Kementerian merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Setiausaha dan semua penerima. Semoga penganugerahan ini akan terus mendorong kecemerlangan dalam perkhidmatan kepada negara.


01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆππ‘π€π‡πˆπŒ

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada seluruh warga Kementerian Luar Negeri.Β 


31/05/2026

ApaKhabarβœ‹|
RakanWismaπŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ

Β° Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Wisma Putra mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 kepada semua yang meraikannya.

Β° Semoga sambutan penuh makna ini terus menyuburkan semangat kesyukuran, perpaduan serta penghargaan terhadap keunikan budaya dan warisan tradisi yang menjadi tunjang keharmonian Malaysia MADANI.

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Selamat Ari Gawai | Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua! ✨

31/05/2026

ApaKhabarβœ‹|
RakanWismaπŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ

Β° Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Wisma Putra mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak buat semua yang meraikannya.

🌺 Semoga sambutan ini terus menyemai keutuhan sebuah kedamaian, keharmonian serta perpaduan, bersulamkan semangat Malaysia MADANI yang ramah dan harmoni.

πŸͺ·βœ¨

Mesyuarat AJK PERWAKILAN & PUSPANITA CKLN Bil.1/2026 telah diadakan pada 8 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh Presiden PER...
13/05/2026

Mesyuarat AJK PERWAKILAN & PUSPANITA CKLN Bil.1/2026 telah diadakan pada 8 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh Presiden PERWAKILAN/Pengerusi PUSPANITA CKLN, YBhg. Datin Sri Razana Mat.

Mesyuarat kali ini diadakan bagi membincangkan pelbagai aktiviti menarik yang telah direncana dan bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Mesyuarat diakhiri dengan sambutan hari jadi AJK bulan Januari hingga Mei dan jamuan makan tengahari yang disediakan secara 'potluck' sesama AJK.

Pada 10 April lalu, ALC Malaysia telah memeriahkan Festival Songkran Malaysia anjuran ALC Thailand di Pusat Beli belah O...
06/05/2026

Pada 10 April lalu, ALC Malaysia telah memeriahkan Festival Songkran Malaysia anjuran ALC Thailand di Pusat Beli belah One Utama.

Festival tersebut telah dirasmikan oleh Duta Besar Thailand ke Malaysia, PYT Ambassador Lada Phumas, Patron ALC Thailand bersama YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia bagi memulakan pesta kebudayaan Thailand ini.

Dengan lebih 40 reruai tersedia, hadirin telah disajikan dengan kulinari, seni kraftangan and produk unik Thailand.

Khob Kun Kha!

----------

On 10 April 2026, ALC Malaysia had a splish-splash fun participating in the Malaysia’s Premier Songkran Festival hosted by ALC Thailand at One Utama Shopping Centre.

The Festival was officially launched by H.E. Ambassador Lada Phumas, Patron of ALC πŸ‡ΉπŸ‡­, alongside YB Tuan Gobind Singh Deo, Malaysia’s Minister of Digital, setting the stage for a vibrant celebration filled with captivating Thai cultural performances.

With over 40 booths to explore, guests were treated to a feast of authentic Thai flavours, intricate handicrafts, and unique products: bringing a slice of Thailand right to the heart of Malaysia.

Khob Kun Kha!

02/05/2026

ApaKhabarβœ‹ |
RakanWismaπŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ

Β° Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri atas penganugerahan Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) sempena Sambutan Hari Pekerja 2026.

Β° Pengiktirafan berprestij ini adalah bukti nyata kepimpinan berwibawa dan dedikasi luar biasa Dato' Sri KSU dalam menerajui pasukan Wisma Putra termasuklah kejayaan besar dalam Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

🌺 Syabas dan tahniah daripada seluruh warga Wisma Putra!

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ
___________________________________

Β° Heartiest congratulations to the Secretary General of the Ministry of Foreign Affairs, Dato’ Sri Amran Mohamed Zin on being conferred the Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Tertinggi) in conjunction with Labour Day 2026.

Β° This prestigious recognition is a testament to Dato' Sri’s exemplary leadership and outstanding dedication in leading Wisma Putra team, including the significant success of ASEAN-Malaysia Chairmanship 2025.

🌺 A truly proud moment for the entire Wisma Putra family!

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ

Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Luka Nis Man

Kementerian Sumber Manusia
Institute of Diplomacy and Foreign Relations
Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism

Pada 10 April yang lalu, Biro Kebajikan PERWAKILAN telah menganjurkan Program Ziarah dan Sumbangan ke atas Puan Nuramira...
23/04/2026

Pada 10 April yang lalu, Biro Kebajikan PERWAKILAN telah menganjurkan Program Ziarah dan Sumbangan ke atas Puan Nuramira Akmal Mustapa (Setiausaha PUSPANITA CKLN) yang diduga dengan musibah kebakaran kediaman beliau. Ziarah tersebut telah diketuai oleh Penaung PERWAKILAN, YM Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah Tengku Nujumudin diiringi oleh Presiden PERWAKILAN merangkap Pengerusi PUSPANITA CKLN YBhg Datin Sri Razana Mat bersama beberapa Ahli Jawatankuasa PERWAKILAN dan PUSPANITA CKLN.

Semasa Program Ziarah tersebut, YM Raja Datin Seri Penaung telah menyantuni Puan Nuramira sekeluarga dan menyerahkan sumbangan peribadi beliau bersama sumbangan dari PERWAKILAN & PUSPANITA CKLN.

Kami di PERWAKILAN dan PUSPANITA CKLN mendoakan agar Puan dan keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta semangat yang berterusan dalam menghadapi dugaan ini. Doa dan ingatan kami juga ditujukan kepada Puan sekeluarga dengan harapan semoga urusan Puan sekeluarga dipermudah oleh-Nya agar dapat segera kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perwakilan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perwakilan Kuala Lumpur:

Share