Unit Integriti KPM

Unit Integriti KPM Laman Facebook Rasmi Unit Integriti
Kementerian Pendidikan (KPM)
(2)

TAKLIMAT KORPORAT LIABILITI BERSAMA BAHAGIAN PEROLEHAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN10 & 14 Ogos 2026 | Putrajaya – Taklimat L...
14/08/2026

TAKLIMAT KORPORAT LIABILITI BERSAMA BAHAGIAN PEROLEHAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN

10 & 14 Ogos 2026 | Putrajaya – Taklimat Liabiliti Korporat bersama Bahagian Perolehan, Kementerian Pendidikan telah dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu pada 10 Ogos 2026 (Isnin) secara dalam talian dan 14 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Gemilang, Bahagian Perolehan, Aras 5, Blok E2, Kementerian Pendidikan.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Thayaian A/L Shanmugam, Pegawai Siasatan Kanan (PsK), dengan memberi pendedahan serta penjelasan berkaitan tanggungjawab dan liabiliti korporat dalam pelaksanaan urusan perolehan.

Sesi ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan pematuhan kepada prinsip integriti, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti dalam setiap peringkat pelaksanaan urusan perolehan.

Pelaksanaan taklimat ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam memperkukuh kefahaman warga kerja terhadap tanggungjawab korporat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan perolehan yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

MESYUARAT KERJA SESI PEMBACAAN CERAIAN TERHADAP PEKELILING MyPPSM11 – 13 Ogos 2026 | Terengganu - Mesyuarat Kerja Sesi P...
13/08/2026

MESYUARAT KERJA SESI PEMBACAAN CERAIAN TERHADAP PEKELILING MyPPSM

11 – 13 Ogos 2026 | Terengganu - Mesyuarat Kerja Sesi Pembacaan Ceraian Terhadap Pekeliling MyPPSM anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dilaksanakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.

Unit Integriti, Kementerian Pendidikan telah diwakili oleh Encik Saiful Islam bin Wan Zahidi, Ketua Penolong Setiausaha, dan Encik Abdul Rahman bin Hasim, Penolong Setiausaha Kanan.

Sesi ini menjadi platform untuk membincangkan cadangan pindaan dan penambahbaikan terhadap beberapa Ceraian dalam MyPPSM bagi memastikan kandungan, tafsiran dan pelaksanaannya kekal relevan serta selaras dengan keperluan semasa perkhidmatan awam.

Antara perkara yang diberi perhatian termasuk Pekerjaan Luar, Ketidakhadiran Bertugas, Penyelenggaraan Taraf Hidup dan Keterhutangan Kewangan yang Serius, Pernyataan Awam, serta Pelantikan Pegawai Awam dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Awam, Syarikat Kerajaan, GLC dan Syarikat Persendirian.

Penglibatan Unit Integriti, Kementerian Pendidikan dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pengurusan sumber manusia, tatakelola dan pematuhan peraturan perkhidmatan awam secara jelas, teratur dan berintegriti.

MAJLIS AMANAT PENGERUSI LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM11 Ogos 2026 | Putrajaya – Puan Siti Zakiah Che Man, ...
11/08/2026

MAJLIS AMANAT PENGERUSI LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM

11 Ogos 2026 | Putrajaya – Puan Siti Zakiah Che Man, Ketua Unit Integriti, dan Puan Nor Hidayah binti Azizi, Penolong Setiausaha Kanan, telah menghadiri Majlis Amanat Pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Dewan Damar Sari 1, Blok F8, Kompleks F, Presint 1, Putrajaya.

Sesi amanat ini menjadi platform libat urus antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan kementerian dan agensi bagi memastikan keseragaman dalam pengurusan tatatertib yang dilaksanakan oleh Lembaga Tatatertib di kementerian dan agensi.

Keseragaman dalam pengurusan tatatertib amat penting bagi memastikan setiap tindakan diambil secara teratur dan berlandaskan peraturan yang ditetapkan, sekali gus mengelakkan implikasi perundangan serta sebarang kerugian kepada Kerajaan.

Turut diadakan slot perkongsian berkaitan pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Penasihat Undang-undang SPA, Puan Salwa binti Mhd Asrar. Perkongsian ini memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan kes tatatertib.

Penyertaan Unit Integriti Kementerian Pendidikan dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkukuh pengurusan tatatertib yang adil, telus, konsisten dan berintegriti, selaras dengan usaha meningkatkan tadbir urus serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.

𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐏𝐌 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟏–𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔Program Jelajah Integriti KPM 2026 Siri 1 hingga Siri 5 yang dilaksanak...
10/08/2026

𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐊𝐏𝐌 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟏–𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Program Jelajah Integriti KPM 2026 Siri 1 hingga Siri 5 yang dilaksanakan secara dalam talian berjaya merekodkan 53,227 tontonan dengan penyertaan 33,226 penonton. Siri jelajah melibatkan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sabah, Pulau Pinang, Perak/Perlis dan Selangor, sekali gus memperluas penyampaian mesej "Integriti Tanpa Sempadan" kepada warga pendidikan di seluruh negara.

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan Unit Integriti KPM dalam memperkukuh budaya integriti melalui platform digital yang lebih inklusif, interaktif dan mudah diakses oleh semua warga KPM.

JELAJAH INTEGRITI KPM 2026 | INTEGRITI TANPA SEMPADANSiri 4 & Siri 5 Terus Perkukuh Budaya Integriti Warga PendidikanPro...
07/08/2026

JELAJAH INTEGRITI KPM 2026 | INTEGRITI TANPA SEMPADAN
Siri 4 & Siri 5 Terus Perkukuh Budaya Integriti Warga Pendidikan

Program Jelajah Integriti KPM 2026 | Integriti Tanpa Sempadan diteruskan dengan jayanya menerusi Siri 4 dan Siri 5 melibatkan kerjasama Sektor Integriti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, Perlis dan Selangor.

Pelaksanaan program ini merupakan inisiatif berterusan Unit Integriti Kementerian Pendidikan dalam memperluas kefahaman serta penghayatan nilai integriti kepada warga pendidikan melalui perkongsian ilmu secara dalam talian.

Bagi Jelajah Integriti KPM 2026 Siri 4 yang berlangsung pada 31 Julai 2026, kerjasama bersama Sektor Integriti JPN Perak dan Perlis telah berjaya menarik penyertaan seramai 6,386 warga JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) secara dalam talian.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Siti Zakiah binti Che Man, Ketua Unit Integriti, Kementerian Pendidikan, yang menekankan kepentingan pengukuhan budaya integriti, pematuhan terhadap peraturan serta tanggungjawab setiap warga Kementerian Pendidikan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang telus dan berakauntabiliti.

Majlis turut dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhamad Hafiz bin Mohd Nasir daripada Sektor Integriti JPN Perak, manakala sesi program dikendalikan oleh Encik Abdul Hafiz bin Abu Samah daripada Sektor Integriti JPN Perlis selaku moderator.

Seterusnya, Jelajah Integriti KPM 2026 Siri 5 bersama Sektor Integriti JPN Selangor p**a mencatat pencapaian membanggakan dengan mencapai 17,763 tontonan melalui platform dalam talian.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Azrul bin Zainal, Ketua Penolong Setiausaha, Unit Integriti, Kementerian Pendidikan, yang berkongsi berkaitan kepentingan integriti, akauntabiliti serta peranan penjawat awam dalam membudayakan amalan kerja yang beretika dan bertanggungjawab.

Program ini turut dikendalikan oleh Puan Syafiah Alifah binti Salleh, Penolong Pengarah, Sektor Integriti JPN Selangor selaku moderator, manakala bacaan doa disampaikan oleh Encik Shahril Anwar bin Sairi, Penolong Pengarah, Sektor Integriti JPN Selangor.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Siri 4 dan Siri 5 Jelajah Integriti KPM 2026 | Integriti Tanpa Sempadan telah berjaya menghimpunkan lebih 24,000 warga pendidikan dan tontonan secara dalam talian, sekali gus membuktikan komitmen warga Kementerian Pendidikan dalam menyokong agenda pemerkasaan integriti dan tadbir urus yang baik.

Program ini akan terus diperluaskan ke seluruh negara sebagai platform strategik dalam melahirkan warga pendidikan yang berintegriti, berakauntabiliti dan beriltizam tinggi dalam melaksanakan amanah.

Kadangkala yang paling perlu dijaga bukan hanya tindakan, tetapi hati.Semoga Allah SWT mengurniakan hati yang sentiasa t...
07/08/2026

Kadangkala yang paling perlu dijaga bukan hanya tindakan, tetapi hati.

Semoga Allah SWT mengurniakan hati yang sentiasa teguh dalam menghadapi ujian, bersih daripada sifat riak, dengki, hasad dan prasangka, serta istiqamah di atas jalan kebenaran.

MEMPERKUKUH TADBIR URUS MELALUI PENYIASATAN TATAKELOLA6 Ogos 2026 | Bilik Mesyuarat Unit Integriti, Aras 12, Blok E12, K...
06/08/2026

MEMPERKUKUH TADBIR URUS MELALUI PENYIASATAN TATAKELOLA

6 Ogos 2026 | Bilik Mesyuarat Unit Integriti, Aras 12, Blok E12, Kompleks E, Putrajaya telah menjadi lokasi berlangsungnya Sesi Pembentangan Dapatan Hasil Penyiasatan Tatakelola serta Cadangan Penambahbaikan yang disampaikan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan.

Sesi ini merupakan platform penting bagi membentangkan dapatan hasil penyiasatan tatakelola serta mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap amalan, sistem dan tatacara kerja dalam usaha memperkukuh tadbir urus organisasi, mengurangkan risiko rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan integriti.

Selaras dengan peruntukan Seksyen 7(c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009, SPRM berperanan meneliti amalan, sistem dan tatacara badan awam, memberikan khidmat nasihat serta mengesyorkan penambahbaikan bagi memperkukuh mekanisme pencegahan rasuah dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus sektor awam.

Kementerian Pendidikan komited untuk terus memperkukuh budaya integriti melalui penambahbaikan berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan. Kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan dan SPRM ini diharapkan dapat meningkatkan ketelusan, akauntabiliti serta kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.

Tatakelola yang baik menjadi benteng utama dalam mencegah rasuah. Integriti yang diperkukuh hari ini adalah asas kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan dipercayai.

MEMPERKASA FUNGSI DAN TATAKELOLA UNIT INTEGRITI KE ARAH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BERKESAN6 Ogos 2026 – Ketua ...
06/08/2026

MEMPERKASA FUNGSI DAN TATAKELOLA UNIT INTEGRITI KE ARAH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BERKESAN

6 Ogos 2026 – Ketua Unit Integriti, Puan Siti Zakiah Che Man, telah menghadiri Bengkel Pemantapan, Pemurnian Kajian serta Penambahbaikan Fungsi dan Tatakelola Baik ke atas Unit Integriti (UI) dan Unit Integriti & Governance (IGU) Tahun 2026 yang berlangsung di Avillion Cameron Highlands, Pahang.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Azmi bin Kamarulzaman dan menghimpunkan wakil-wakil Unit Integriti serta Unit Integriti & Governance (IGU) daripada pelbagai kementerian dan agensi bagi memperkukuh peranan serta hala tuju fungsi integriti dalam sektor awam.

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk membincangkan dan memurnikan dapatan kajian berkaitan fungsi serta tatakelola Unit Integriti dan IGU, di samping menyediakan laporan akhir yang akan menjadi asas kepada cadangan penambahbaikan dalam memperkukuh keberkesanan pelaksanaan fungsi integriti di peringkat kementerian dan agensi.

📢 SALURKAN ADUAN DENGAN LENGKAPAduan yang lengkap membantu mempercepatkan proses semakan dan siasatan.Sebelum menghantar...
06/08/2026

📢 SALURKAN ADUAN DENGAN LENGKAP

Aduan yang lengkap membantu mempercepatkan proses semakan dan siasatan.

Sebelum menghantar aduan, pastikan ia menjawab 5W1H:

✅ What (Apa) – Apakah salah laku atau isu yang berlaku?
✅ Who (Siapa) – Siapakah pihak yang terlibat?
✅ When (Bila) – Bilakah kejadian berlaku?
✅ Where (Di mana) – Di manakah kejadian berlaku?
✅ Why (Mengapa) – Mengapa perkara tersebut dipercayai berlaku? (jika diketahui)
✅ How (Bagaimana) – Bagaimanakah kejadian berlaku? Nyatakan kronologi dengan jelas.

📎 Sertakan juga dokumen, gambar, rakaman atau bukti lain yang berkaitan bagi menyokong aduan.

Aduan yang jelas, lengkap dan disertakan bukti akan memudahkan tindakan lanjut mengikut prosedur yang ditetapkan.

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH (OACP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN 2026–2030Bermula 3 hingga 6 Ogos 2026, Bengkel Pemban...
06/08/2026

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH (OACP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN 2026–2030

Bermula 3 hingga 6 Ogos 2026, Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah (OACP) Kementerian Pendidikan 2026–2030 telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Aras 9, Kompleks E12, Putrajaya dengan menghimpunkan wakil daripada Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta agensi berkaitan bagi membangunkan dokumen Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan secara menyeluruh, sistematik dan berimpak tinggi.

Bengkel yang dikendalikan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) ini memberi penekanan kepada pembangunan OACP melalui pelbagai siri perbincangan, pembentangan dan sesi pemurnian yang memfokuskan kepada analisis data, pengenalpastian risiko serta pengisian Corruption Control Implementation Guideline (CCIG). Peserta turut melaksanakan Corruption Risk Assessment (CRA), menyediakan daftar risiko serta membangunkan pelan tindakan yang merangkumi penetapan inisiatif, agensi peneraju, tempoh pelaksanaan dan kuadran pelaksanaan.

Objektif utama bengkel adalah untuk menganalisis data daripada pelbagai sumber rujukan bagi mengenal pasti risiko berkaitan rasuah, integriti dan tadbir urus dalam organisasi. Selain itu, bengkel ini turut memberi fokus kepada penentuan pelan tindakan yang bersesuaian, pelaksana, tempoh pelaksanaan, kuadran keutamaan serta pembangunan strategi dan objektif strategik sebagai teras kepada Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan 2026–2030.

Sepanjang bengkel berlangsung, wakil Bahagian, JPN dan agensi telah membentangkan hasil daftar risiko masing-masing, melaksanakan proses mapping dan scoping berdasarkan bidang keutamaan, serta menyempurnakan pemurnian pelan tindakan. Sesi turut melibatkan pembangunan kandungan Bab 2, pelarasan Buku OACP serta penyediaan mekanisme pemantauan dan penilaian bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan dan diukur pencapaiannya.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam memperkukuh tadbir urus, pengurusan risiko dan pembudayaan integriti di semua peringkat organisasi. Melalui kerjasama strategik antara Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan agensi berkaitan, Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan 2026–2030 diharapkan dapat menjadi dokumen strategik yang komprehensif dalam memperkukuh usaha pencegahan rasuah, meningkatkan akauntabiliti serta memperkasa penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti.

Address

Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 12, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62604

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Integriti KPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Integriti KPM:

Shortcuts

Share