09/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
| ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐) |
Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Jururawat Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2026 pada 9 Jun 2026 di Auditorium Kompleks E, Putrajaya sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi luar biasa para jururawat yang menjadi nadi kepada sistem kesihatan negara. Ianya bagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada para jururawat yang telah menabur jasa melalui penjagaan dan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.
Sambutan ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu seruan untuk kita semua mengiktiraf jasa mereka dan menyuntik semangat baharu kepada semua jururawat agar terus menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang unggul dan cemerlang.
Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan dihadiri kira-kira 500 orang jururawat dari seluruh negara. Sambutan pada tahun ini bertemakan โOur Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Livesโ yang menekankan kepentingan memperkasakan jururawat dalam memastikan penyampaian penjagaan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.
Majlis turut menyaksikan peluncuran buku Nursing Strategic Planning 2026โ2036 sebagai panduan hala tuju strategik profesion kejururawatan bagi tempoh sepuluh tahun akan datang. Pada majlis ini juga, Anugerah Tokoh Jururawat telah disampaikan. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan profesional, kepimpinan berwibawa serta sumbangan yang signifikan dalam memartabatkan profesion kejururawatan. Terdapat empat kategori Anugerah Tokoh Jururawat telah disampaikan, iaitu Tokoh Jururawat Perdana, Tokoh Jururawat Wawasan, Tokoh Jururawat Harapan dan Anugerah Khas.
Dalam majlis yang sama, Bahagian Kejururawatan KKM turut memberikan pentauliahan kepada jururawat yang berjaya menamatkan Program Latihan Jurulatih Basic of Cancer Care (BOCC) melalui kerjasama strategik antara KKM dan Roche Malaysia di bawah inisiatif Cancer Care Closer to Community (CCC).
Dalam ucapannya, Menteri Kesihatan Malaysia merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kejururawatan atas komitmen, profesionalisme dan sifat ihsan yang sentiasa ditunjukkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.