KP MKN

KP MKN Ketua Pengarah MKN adalah Setiausaha Sidang Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh YAB PM

Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yemen yang diketuai oleh Adel Mohame...
16/04/2026

Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yemen yang diketuai oleh Adel Mohamed Ali Ba Hamid, Duta Besar Yemen ke Malaysia, pada 15 April 2026.

Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di Yemen dan Asia Barat, meliputi isu keselamatan, pengaruh luar serta ancaman keganasan. Turut dibincangkan adalah cabaran berkaitan keamanan dan kestabilan ekonomi Yemen yang telah sekian lama berdepan dengan konflik berpanjangan.

Dalam aspek hubungan bilateral, kedua-dua pihak memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam bidang keselamatan siber dan forensik digital. Malaysia dilihat berupaya menyumbang dari segi kepakaran serta pembangunan kapasiti ( capacity building ) dalam bidang berkenaan.

Kedua-dua pihak turut menyatakan keyakinan bahawa hubungan dan kerjasama strategik Malaysia–Yemen akan terus diperkukuh demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.







Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Majlis Keselamatan Negara

Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Major-General Dave Abboud, Commander Canadian...
15/04/2026

Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Major-General Dave Abboud, Commander Canadian Forces Intelligence Command dan Chief of Defence Intelligence pada pada 14 April 2026. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh PYT Jodi Robinson, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkenaan situasi geopolitik dunia terutama sekali perkembangan semasa di Asia Barat. Turut dibincangkan juga adalah kepentingan kerjasama yang berterusan dalam memastikan kestabilan serantau terpelihara melalui pendekatan diplomatik yang konstruktif.

Selain itu, pertemuan ini menjadi platform perkongsian perspektif serta amalan terbaik dalam menangani cabaran semasa yang semakin kompleks. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dan mengekalkan hubungan yang erat demi kemakmuran dan kemajuan bersama.







Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Majlis Keselamatan Negara

13/04/2026

Saksikan program Ruang Bicara bersama-sama YM Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KP MKN), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri mengupas isu-isu berkaitan krisis tenaga global dan kesiapsiagaan ketahanan negara dalam menghadapinya hari ini 13 April 2026 (Isnin) secara langsung jam 9.00 malam di Bernama TV







Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perdana Menteri

24/03/2026
21/03/2026
Tahun 2026 membawa kita ke fasa kematangan dalam menghargai erti keamanan. Sambil kita menikmati juadah dan kunjung-meng...
20/03/2026

Tahun 2026 membawa kita ke fasa kematangan dalam menghargai erti keamanan. Sambil kita menikmati juadah dan kunjung-mengunjung, janganlah kita leka. Keselamatan negara bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa, malah amanah yang digalas di bahu kita semua.

Keharmonian yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada sikap saling menghormati dan keprihatinan terhadap persekitaran. Setiap tindakan kita sama ada di jalan raya, di alam siber, mahupun dalam komuniti akan menyumbang kepada kestabilan tanah air tercinta.

Marilah kita jadikan Syawal ini sebagai momentum untuk memperkukuh perpaduan. Bertindaklah dengan bijak, laporkan sebarang ancaman, dan lindungi kedaulatan negara demi generasi masa hadapan.

Di kesempatan yang amat bermakna ini, Ketua Pengarah Keselamatan Negara bersama seluruh warga Majlis Keselamatan Negara dengan rendah hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pandu cermat, kekal waspada, dan nikmati cuti bersama keluarga tersayang.

“Keselamatan Negara, Tanggungjawab Bersama”









Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Majlis Keselamatan Negara

14/03/2026
Tanggal 17 Ramadan merupakan detik bersejarah turunnya al-Quran sebagai cahaya dan panduan buat seluruh umat manusia. Ba...
07/03/2026

Tanggal 17 Ramadan merupakan detik bersejarah turunnya al-Quran sebagai cahaya dan panduan buat seluruh umat manusia. Bagi kita di lapangan keselamatan, Nilai-nilai integriti, keadilan, dan disiplin yang terkandung dalam kalam Allah ini adalah teras dalam memelihara kedaulatan tanah air.

Ingatlah bahawa kedaulatan tanah air bukan sekadar tugas pihak berkuasa, tetapi keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama. Dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks, Al-Quran perlu menjadi 'perisai' diri dan pedoman dalam menjaga kemaslahatan negara.

Di kesempatan ini, Ketua Pengarah keselamatan Negara bersama seluruh warga Majlis Keselamatan Negara mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1447H” buat seluruh umat Islam. Semoga keberkatan Ramadan terus mengiringi langkah kita dalam menjaga kedaulatan Malaysia.








Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Majlis Keselamatan Negara

Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Korea Selatan yang diketuai oleh TYT...
28/02/2026

Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Korea Selatan yang diketuai oleh TYT Yeo Seung-Bae, Duta Besar Republik Korea ke Malaysia pada 27 Februari 2026.

Kunjungan ini merupakan usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Republik Korea yang telah terjalin sejak sekian lama. Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama strategik dalam bidang industri keselamatan dan industri pertahanan, khususnya dalam memanfaatkan kepakaran dan teknologi yang dimiliki oleh pihak Republik Korea.

Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama sedia ada serta meningkatkan lawatan peringkat tinggi antara Malaysia dan Republik Korea. Usaha ini sekali gus membuka ruang untuk mempertingkat sinergi antara kedua-dua negara, khususnya dalam aspek pertukaran pengetahuan serta pengukuhan kawalan keselamatan maritim dan rentas sempadan (cross-border).







Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Majlis Keselamatan Negara

Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat PYT Anne Vasara, Duta Besar Finland ke Malaysia pada 2...
28/02/2026

Ketua Pengarah Keselamatan Negara telah menerima kunjungan hormat PYT Anne Vasara, Duta Besar Finland ke Malaysia pada 20 Februari 2026 bagi membincangkan pengukuhan kerjasama dua hala Malaysia–Finland, khususnya dalam bidang keselamatan, pertahanan, teknologi, serta peralihan hijau dan digital.

Pertemuan ini turut menyentuh isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan geopolitik global, di samping pertukaran pandangan mengenai potensi kerjasama strategik yang boleh diteroka demi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dan memperluas jaringan kerjasama yang berimpak tinggi pada masa hadapan.







Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
Majlis Keselamatan Negara

Address

Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KP MKN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share