21/05/2026
PROGRAM NILAI MURNI SEMPENA HARI KEBESARAN ISLAM SIRI 2/2026 – ZULHIJJAH
PUTRAJAYA, 20 Mei 2026 – Program Nilai Murni Sempena Hari Kebesaran Islam Siri 2/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Semarak Jati, Aras 2 Selatan, Ibu Pejabat JKDM bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini telah dihadiri seramai 520 orang peserta secara bersemuka serta penyertaan secara dalam talian yang terdiri daripada ahli BAKISKA, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Amin, Ahli Jawatankuasa Surau As-Saadah serta pegawai-pegawai yang terlibat
Program ini menampilkan Ustaz Hj. Mohammad Rozie Bin Hj. Mohd Rejab sebagai penceramah program nilai murni bertajuk “Zulhijjah: Mengangkat Nilai Amanah dan Integriti”. Program ini turut diisi dengan Majlis Bacaan Yassin Bulanan Cawangan Integriti, bacaan Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Md Razali Bin Hassanusi sebagai usaha memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni serta memupuk budaya amanah dan integriti dalam kehidupan seharian dan pelaksanaan tugas
Semoga dengan kerjasama BAKISKA Cawangan Ibu Pejabat, Surau Al-Amin Ibu Pejabat JKDM serta Surau As-Saadah Menara Suasana PJH, program seumpama ini dapat diteruskan dan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.