01/08/2026
Kisah terakhir Hikmah Kehidupan hari ini bertajuk Kejar Yang Kekal.
Kita semua pasti s**a dihargai. Bila dipuji, hati akan berbunga. Bila tidak dipedulikan, hati mula terasa tetapi hakikatnya, penghargaan manusia boleh berubah bila-bila masa.
Hari ini kita dipuji, esok mungkin kita dilupakan. Hari ini kita disanjung, esok mungkin kita dikecam.
Sebab itu, jangan jadikan pujian manusia sebagai tujuan hidup. Buatlah yang terbaik kerana Allah SWT. Walaupun tiada siapa nampak, Allah melihat. Walaupun tiada siapa menghargai, Allah tidak pernah mensia-siakan setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas.
Akhirnya yang paling bernilai bukan apa yang manusia katakan tentang kita tetapi apa yang Allah SWT nilai pada diri kita.
Terima kasih kerana mengikuti 6 Siri Hikmah Kehidupan. Semoga setiap perkongsian yang ringkas ini menjadi asbab kita sama-sama memperbaiki diri dan semakin dekat dengan Allah SWT. Semoga bertemu lagi dalam siri yang akan datang, insya-Allah.