20/05/2024
Program Santun Mesra Madani anjuran JPN di Masjid Ad-Diniah, Kampung Beng, Lenggong pada 19 Mei 2024 (Ahad).
Program berbentuk khidmat masyarakat ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah.
Selain bersama-sama penduduk setempat membersih dan menceriakan kawasan Masjid, warga kerja JPN dan penduduk turut bergotong royong memasak untuk kenduri rakyat dan dinikmati bersama-sama semasa makan tengahari.
Sepanjang program juga JPN turut menyediakan perkhidmatan Van Mekar, Puspanita Cawangan Kecil JPN dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan KDN p**a menjalankan program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) yang mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung.