Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS

Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS 𝑼𝑲𝑨𝑺, 𝑱𝑷𝑴 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒏 π’”π’†π’ƒπ’‚π’ˆπ’‚π’Š π’‚π’ˆπ’†π’π’”π’Š 𝒑𝒖𝒔𝒂𝒕 π’‘π’“π’π’ˆπ’“π’‚π’Ž π’Œπ’†π’“π’‹π’‚π’”π’‚π’Žπ’‚ π’‚π’˜π’‚π’Ž π’”π’˜π’‚π’”π’•π’‚ (π‘·π’–π’ƒπ’π’Šπ’„ π‘·π’“π’Šπ’—π’‚π’•π’† π‘·π’‚π’“π’•π’π’†π’“π’”π’‰π’Šπ’‘) π’…π’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚
https://linktr.ee/ukasofficial

Kerjasama awam swasta yang telah dilaksanakan di Malaysia lebih daripada 30 tahun yang lalu telah melalui pelbagai evolusi dan transfromasi dalam menyumbang kepada pertumbuhan pesat pembangunan di Malaysia. Pelaksanaan projek-projek PPP melalui pelbagai bentuk model telah membuka ruang kepada Kerajaan untuk menjana semula ekonomi melalui β€˜kesan pengganda’ projek infrastruktur dengan perbelanjaan p

embinaan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta. Seiring dengan perkembangan ekonomi dunia, projek PPP akan terus memainkan peranan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bagi memastikan Malaysia terus utuh sebagai negara yang berdaya saing dalam semua sektor ekonomi, UKAS sentiasa komited dalam merancang, menilai, menyelaras dan merunding projek-projek PPP yang memberi manfaat kepada negara.

15/07/2026
15/07/2026
14/07/2026
𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 "π‰πŽπŒ ππˆπ‚πŠπ‹π„" πŸπŸŽπŸπŸ”11 Julai 2026 | Base Pickle & Paddle, Wisma CommercedotcommKelab Sukan dan Keba...
13/07/2026

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 "π‰πŽπŒ ππˆπ‚πŠπ‹π„" πŸπŸŽπŸπŸ”

11 Julai 2026 | Base Pickle & Paddle, Wisma Commercedotcomm

Kelab Sukan dan Kebajikan UKAS dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil UKAS telah menyertai Perlawanan Persahabatan "Jom Pickle" 2026 bersama Kelab eTanah Puncak Tegap Sdn. Bhd. (PTSB) dalam suasana penuh semangat kesukanan, muhibah dan kerjasama.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah UKAS serta turut dihadiri oleh YBrs. Encik Noor Mohd Huzaila bin Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) merangkap Presiden Kelab Sukan & Kebajikan UKAS, YBhg. Datin Azlini Binti Ahmad Adnan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil UKAS dan YM Dato’ Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar). Turut hadir bersama, YBhg. Tuan Syed Azmin bin Syed Nor, Pengerusi Eksekutif PTSB serta Mr. Nigel Lee Siew Tat, Ketua Pegawai Eksekutif PTSB.

Perlawanan persahabatan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim dan jaringan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta.

Perlawanan yang melibatkan kategori beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran ini telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, profesionalisme serta saling menghormati antara semua peserta.

Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain, urus setia dan pihak PTSB atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.






12/07/2026

Address

Kompleks Setia Perdana
Putrajaya

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 18:00

Telephone

+60388725004

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Kerjasama Awam Swasta - UKAS:

Shortcuts

Share