Jabatan Insolvensi Malaysia

Jabatan Insolvensi Malaysia Malaysia Department of Insolvency (MdI) is the government agency that administers bankruptcy cases

.Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Taiping telah menganjurkan MdI Open Day bertemakan “Hari Aspirasi MdI: Wadah...
15/08/2026

.
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Taiping telah menganjurkan MdI Open Day bertemakan “Hari Aspirasi MdI: Wadah Informasi & Kolaborasi Strategik” pada 12 Ogos 2026 bertempat di Dewan Dato’ Sagor, ADTEC JTM Kampus Taiping.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Insolvensi Malaysia. Turut hadir Pegawai Daerah Taiping, Tuan Mohd Nasrul bin Menhat; Ketua Polis Daerah Taiping, YDH ACP Saravanan a/l Shanmugam; Pengarah ADTEC, Ts. Hj. Jamil bin Yahya A.M.P; Pengarah Insolvensi Negeri Perak, Puan Adibah binti Abdul Kadir; serta Penolong Pengarah Insolvensi Negeri Perak, Puan Awfa binti Abdul Gafar.

Antara pengisian program ialah sesi “Kenali MdI” yang disampaikan oleh Puan Nur Nabilah Hanim binti Mohd Noor Hakim bagi memberi pendedahan mengenai peranan dan perkhidmatan MdI kepada masyarakat.

Program turut menampilkan sesi Sembang Kewangan bersama pempengaruh, Muhammad Noor bin Zakaria (MdNor) menerusi tajuk “Generasi Bebas Hutang: Strategi Pengurusan Kewangan Lestari untuk Belia”. Perkongsian tersebut memberi penekanan kepada kepentingan pengurusan kewangan yang baik, khususnya dalam kalangan pelajar ADTEC yang bakal melangkah ke alam pekerjaan.

Selain itu, aktiviti interaktif “Anda Tanya Kami Jawab” dan “Kami Tanya Anda Jawab” turut diadakan bagi membuka ruang komunikasi dua hala serta meningkatkan kefahaman peserta mengenai topik yang dibincangkan.

Sebanyak 10 agensi kerajaan dan korporat turut mengambil bahagian menerusi pembukaan reruai pameran, kaunter khidmat nasihat dan perkongsian maklumat kepada pengunjung. YBhg. Dato’ Che Sukri turut meluangkan masa mengunjungi reruai serta beramah mesra dengan para petugas.

Tahniah dan terima kasih kepada MdI Cawangan Taiping, ADTEC JTM Kampus Taiping, agensi yang terlibat serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

.Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu telah dijemput oleh Hospital Tenom untuk menyampaikan ceramah ...
15/08/2026

.
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu telah dijemput oleh Hospital Tenom untuk menyampaikan ceramah menerusi Kursus “Pengurusan Kewangan Berhemah – Bangkit Semula: Peluang Selepas Diisytihar Muflis”.

Ceramah yang disampaikan oleh Puan Sylviana Giduan itu memberi penerangan kepada pegawai dan kakitangan Hospital Tenom mengenai pengurusan kewangan, kebankrapan serta peluang untuk bangkit semula selepas mendapat pelepasan.

MdI Kota Kinabalu turut membuka reruai bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut mengenai peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.

Diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta dalam mengurus kewangan dengan lebih baik. MdI Kota Kinabalu turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Hospital Tenom atas jemputan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

MESEJ INTEGRITI BIL. 20 - AKAR POKOK INTEGRITIIntegriti ialah akar kepada kepercayaan. Apabila nilai amanah, jujur dan b...
10/08/2026

MESEJ INTEGRITI BIL. 20 - AKAR POKOK INTEGRITI

Integriti ialah akar kepada kepercayaan. Apabila nilai amanah, jujur dan bertanggungjawab terus dipelihara, organisasi akan kekal kukuh dan dipercayai.



02/08/2026
01/08/2026
01/08/2026
01/08/2026
31/07/2026

Address

Jabatan Insolvensi Malaysia, Aras 2 & 3 Bangunan Hal Ehwal Undang/Undang, Presint 3
Putrajaya
62692

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60388851948

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Insolvensi Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share