Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi LAMAN BAGI INFO BERHUBUNG PERBURUHAN DI MALAYSIA
(1)

✨🤲🫡
15/08/2026

✨🤲🫡

📢
14/08/2026

📢

🫶✨💕
14/08/2026

🫶✨💕

SELAMAT DATANG KE JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK

Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dengan sukacitanya mengalu-alukan kunjungan YBrs. Encik Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia merangkap Ketua Profesion Skim S, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Kunjungan ini menjadi satu wadah yang bermakna dalam memperkukuh hubungan, perkongsian pandangan serta sinergi dalam kalangan warga kerja Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Semoga kunjungan ini terus menyemarakkan semangat kerjasama dan memperkukuh komitmen bersama ke arah kecemerlangan perkhidmatan awam, khususnya dalam bidang perburuhan di Sarawak.

Selamat datang ke JTK Sarawak, YBrs. Encik Kamal bin Pardi.

Semoga kunjungan ini memberi manfaat dan mencetuskan nilai tambah kepada kita semua.

SIARAN MEDIA: JTKSM SIASAT KEGAGALAN BAYAR GAJI 203 PEKERJA, TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL1. Jabatan Tenaga Kerja Semenanj...
13/08/2026

SIARAN MEDIA: JTKSM SIASAT KEGAGALAN BAYAR GAJI 203 PEKERJA, TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL

1. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengambil maklum
laporan media bertarikh 12 Ögos 2026 berhubung dakwaan kelewatan pembayaran gaji pekerja sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perkilangan dan pemprosesan kayu di Pahang. Hasil siasatan oleh Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Temerloh, Pahang mendapati syarikat berkenaan menggajikan seramai 203 pekerja, terdiri daripada 47 pekerja tempatan dan 156 pekerja asing, serta didapati gagal membuat pembayaran gaji bagi tempoh Mei hingga Julai 2026.

2. Sehubungan itu, JTKSM akan membantu pekerja yang terkesan untuk memfailkan
tuntutan tunggakan gaji bagi memastikan hak mereka dapat dituntut sewajarnya. Pada masa yang sama, kertas siasatan akan dibuka di bawah Akta Kerja 1955 [Akta 265] bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil mengikut peruntukan undang-undang. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Pahang akan menyelaras tindakan susulan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang bagi memastikan perkara ini ditangani secara menyeluruh.

3. Selain isu tunggakan gaji, JTKSM akan meneliti sama ada terdapat sebarang
unsur buruh paksa atau eksploitasi pekerja, termasuk elemen ugutan, paksaan, penipuan, sekatan pergerakan atau sebarang bentuk kawalan terhadap pekerja.

4. JTKSM menegaskan bahawa setiap majikan mempunyai tanggungjawab untuk
mematuhi undang-undang perburuhan negara, termasuk memastikan pembayaran gaji dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. JTKSM tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang mengabaikan hak dan kebajikan pekerja. Sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang, termasuk unsur eksploitasi atau buruh paksa, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

TAMAT





13/08/2026

JTK Perlis: Aktiviti Perburuhan Bulan Januari - Jun 2026





📢 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & TERIMA KASIH🥳Seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) merakamkan seti...
13/08/2026

📢 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & TERIMA KASIH🥳

Seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada pegawai-pegawai atas pelantikan jawatan baharu:🔖

1️⃣ Puan Noriah binti Abdul Kadir
Pelantikan Baharu: Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang (Pegawai Perhubungan Perusahaan S12)
Terima Kasih: Atas perkhidmatan dan bakti sebagai Ketua Pejabat Tenaga Kerja Dungun, Terengganu

2️⃣ Puan Nan Hayati binti Long Muda
Pelantikan Baharu: Ketua Penolong Pengarah, Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia (Pegawai Perhubungan Perusahaan S12)
Terima Kasih: Atas perkhidmatan dan bakti sebagai Ketua Pejabat Tenaga Kerja Kuala Terengganu, Terengganu

3️⃣ Cik Nora Azmani binti Mahasan
Pelantikan Baharu: Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JTKSM (Pegawai Perhubungan Perusahaan S12)

Selamat bertugas dan meneruskan kecemerlangan di tempat baharu! Semoga terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kelestarian perkhidmatan jitu untuk negara.🥰

Ikhlas daripada:
YBrs. Encik Kamal bin Pardi
Ketua Pengarah serta seluruh Warga Kerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia





📢
13/08/2026

📢

Cari ketenangan fikiran. Bina masa depan kewangan yang lebih kukuh bersama AKPK.

Sedang berdepan cabaran kewangan? Sama ada anda seorang individu atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), AKPK sedia membantu anda mendapatkan panduan dan penyelesaian kewangan yang sesuai dengan keperluan anda.

Mengapa anda perlu hadir?

✔️ Khidmat nasihat kewangan dan pengurusan kredit secara bersemuka oleh Penasihat Kewangan AKPK.
✔️ Bantuan pengurusan bayaran balik pembiayaan bagi individu dan PKS yang memerlukan sokongan untuk mengurus komitmen kewangan dengan lebih teratur.
✔️ 100% percuma – tiada sebarang bayaran dikenakan.
✔️ Pelan tindakan yang praktikal dan tersusun untuk membantu anda memperkukuh daya tahan kewangan serta membuat keputusan kewangan yang lebih yakin.

Imbas kod QR pada poster atau daftar sekarang di forms.cloud.microsoft/r/nBPW5NagLD.

📍
12/08/2026

📍

🤲📢🔥
12/08/2026

🤲📢🔥

Address

Aras 5, Blok Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62530

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60388865192

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi:

Shortcuts

Share