25/05/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Program HRMIS Care Bil 2/2026 Bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi-agensi pada 22 Mei 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya Aras 8, Blok Setia Perkasa 2 KDN. Kehadiran seramai 39 peserta dari jabatan dan agensi.
Sehubungan itu, BDTM dan pihak MyDigital ID Sdn. Bhd .telah membuka reruai berkaitan inisiatif MyHRMIS Mobile dan MyDigital ID sepanjang tempoh program berlangsung.