Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS Laman Rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia ( MAQIS ) Fungsi MAQIS

1. Untuk menubuhkan dan menguruskan stesen kuarantin.

5.

Untuk menguatkuasakan semua undang-undang bertulis yang berkaitan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin, untuk memastikan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan;

2. Untuk mengeluarkan permit

, lesen dan perakuan bagi maksud import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma;

3. Untuk memastikan bahawa semua tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan yang diimport ke dalam dan dieksport ke luar Malaysia digredkan, dibungkuskan dan dilabelkan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan;

4. Untuk menyertai pemeriksaan dan pemerakuan premis negara pengeksport bersama-sama dengan agensi dan jabatan yang berkaitan, jika perlu;

6. Untuk menyertai agensi dan jabatan yang berkaitan di peringkat antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan kuarantin dan import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan, jika perlu;

7. Untuk memberikan maklum balas dan syor kepada agensi atau jabatan yang berkaitan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan;

8. Untuk memudahkan dan mengadakan khidmat nasihat tentang pematuhan syarat-syarat import dan eksport bagi tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan kepada pengimport, pengeksport dan ejen yang terlibat dalam import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikrooganisma dan makanan; dan

9. Untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang perlu bagi pelaksanaan Akta MAQIS 2010. (Fungsi-fungsi di atas, hendaklah dijalankan mengikut dasar, arahan dan kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh agensi dan jabatan yang berkaitan).

Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia.Hari yang penuh keberkatan ini marilah kita ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia.

Hari yang penuh keberkatan ini marilah kita merenung dan mencontohi keperibadian luhur Nabi Muhammad SAW dalam setiap aspek kehidupan dan memperbanyakkan selawat ke atas baginda.

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)





20 Ogos 2026 | Khamis | PutrajayaKUNJUNGAN HORMAT LIHAS 2026 KE MAQISJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Mala...
20/08/2026

20 Ogos 2026 | Khamis | Putrajaya

KUNJUNGAN HORMAT LIHAS 2026 KE MAQIS

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada pihak Langkawi International Halal Showcase (LIHAS) 2026 bagi membincangkan potensi kerjasama strategik serta penglibatan MAQIS dalam penganjuran LIHAS 2026.

Kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Shaffie bin Hassan, Ketua Pengarah MAQIS, dan turut memberi tumpuan kepada cadangan penglibatan MAQIS melalui penyertaan tapak pameran serta penganjuran sesi Pocket Talk bagi mengetengahkan peranan, dasar dan inisiatif MAQIS dalam sektor industri halal.

LIHAS 2026 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 November 2026 di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi, Kedah dijangka menghimpunkan lebih 300 usahawan halal serta menarik lebih 30,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh peranan MAQIS dalam menyokong kelancaran rantaian bekalan halal antarabangsa, di samping memperluas jaringan kerjasama dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan jaminan keselamatan serta pematuhan dalam sektor agromakanan.





MAHA 2026 KINI 80% BERSEDIA! 🌾🚜YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah meninjau persiapan akhir di MAEPS, Se...
20/08/2026

MAHA 2026 KINI 80% BERSEDIA! 🌾🚜

YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah meninjau persiapan akhir di MAEPS, Serdang. Pameran agromakanan terbesar negara kembali dengan tema “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”.

Nikmati pameran Agrotech, Floating Market, persembahan dron, pameran dari 14 negara luar dan banyak lagi!

Turut diadakan, Sambutan Ambang Merdeka khas untuk pengunjung. 🎇🇲🇾

🗓 28 Ogos - 6 Sept 2026
📍 MAEPS, Serdang
🎟 KEMASUKAN PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda di sana!





20/08/2026

🎬MEDIA TOUR MAHA 2026📢

Bersama YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Meninjau Persiapan Akhir Menjelang Pembukaan MAHA 2026





Recap : Program Pemantapan Jati Diri Di Bawah Inisiatif Aspirasi Kemerdekaan Tahun 2026 Telah Berlangsung Pada 03 Ogos H...
18/08/2026

Recap : Program Pemantapan Jati Diri Di Bawah Inisiatif Aspirasi Kemerdekaan Tahun 2026 Telah Berlangsung Pada 03 Ogos Hingga 05 Ogos Di Pusat Latihan Tanjung Rhu, Sg Pelek, Selangor.

Program ini bertujuan memperkukuhkan nilai patriotisme, integriti, profesionalisme serta jati dir dalam kalangan pegawai MAQIS bagi melahirkan warga kerja yang berintegriti, beretika dan berdaya saing, seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan berkualiti.





Recap : Kursus Persampelan dan Kawalan Kuarantin bagi Komoditi Haiwan MAQIS Tahun 2026 telah berlangsung pada 21 hingga ...
18/08/2026

Recap : Kursus Persampelan dan Kawalan Kuarantin bagi Komoditi Haiwan MAQIS Tahun 2026 telah berlangsung pada 21 hingga 24 Julai 2026 di Kompleks Agrotourism PNK Sepang, Selangor.

Kursus ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kefahaman dan kompetensi pegawai terhadap tatacara kuarantin, Prosedur Operasi Standard (SOP), Perintah Tetap Ketua Pengarah (PTKP) serta garis panduan berkaitan pelaksanaan kuarantin bagi komoditi haiwan dan ikan. Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman melalui sesi ceramah serta perbincangan antara Bahagian Kuarantin Ibu Pejabat dan MAQIS Negeri bagi menyelaras pelaksanaan dasar, memperkukuh amalan terbaik, dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas kuarantin.





18/08/2026

🎬Recap Majlis Penyerahan Bekalan Makanan Haiwan🥩🐅

13 Ogos 2026 | Khamis | Putrajaya🏆 MAQIS TERIMA PENGHARGAAN KHAS PROJEK REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB)Timbalan Ketua ...
16/08/2026

13 Ogos 2026 | Khamis | Putrajaya

🏆 MAQIS TERIMA PENGHARGAAN KHAS PROJEK REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB)

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Dr. Azhari Sharidan bin Abu Bakar hadir ke Majlis Penyampaian Penghargaan Khas Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Penghargaan ini diberikan atas inisiatif “Meningkatkan Keberkesanan Permit Import (IP) MAQIS” melalui penambahbaikan sistem pengeluaran permit secara auto-approved bagi komoditi haiwan dan ikan hidup.

✨ Impak kepada pengimport:
• Permit dapat dikeluarkan dalam tempoh kurang daripada 3 minit.
• Proses pengeluaran permit menjadi lebih cepat, cekap dan efisien.
• Keseluruhan pengeluaran permit bagi komoditi berkaitan dilaksanakan secara auto-approved di bawah kawalan MAQIS.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MAQIS dalam memudah cara urusan perdagangan, mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.





MERAIKAN DEDIKASI, MENYANJUNG BAKTIJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah melabuhkan tira...
13/08/2026

MERAIKAN DEDIKASI, MENYANJUNG BAKTI

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah melabuhkan tirai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 dan Persaraan 2026 dengan penuh gemilang, bertempat di International Youth Centre Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada 56 orang pegawai yang telah terpilih sebagai penerima APC pada tahun ini. Anugerah ini merupakan manifestasi pengiktirafan tertinggi daripada pihak Jabatan kepada penjawat awam yang mempamerkan prestasi kerja cemerlang serta komitmen yang jitu. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada seluruh warga kerja MAQIS untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Pada majlis yang sama, pihak Jabatan turut meraikan 9 orang pegawai dan kakitangan yang bakal melangkah ke alam persaraan bagi tahun 2026. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, pengorbanan masa, dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sumbangan bakti yang diberikan amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh pihak Jabatan. Selamat bersara diucapkan, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta kebahagiaan di samping keluarga tercinta.





Address

Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

03-88708000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia - MAQIS:

Shortcuts

Share