KPKT Malaysia

KPKT Malaysia FUNGSI

1. Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan serta mengawal selia aspek pemajuan perumahan.

2.

Membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, kemudahan sosial dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk serta meningkatakan peluang ekonomi yang seimbang.

3. Memberi perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran serta penyelamatan yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda.

4. Menasihati kerajaan perse

kutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara-perakara berkaitan perancangan, pengurusan, pemajuan dan pemuliharaan tanah selaras dengan sistem perancangan fizikal negara. Menyediakan dasar dan khidmat nasihat perancangan, pelaksanaan dan pengurusan landskap, taman dan rekreasi bagi PBT dan agensi kerajaan.

5. Menyediakan dasar, sistem dan kawal selia terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.

6. Memaju dan mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai di seluruh negara.

17/08/2026

Landskap bukan sekadar hiasan tepi jalan atau tanam pokok bunga sahaja, ia adalah jiwa yang memberi kehidupan dan kesejahteraan kepada sesebuah negara.

Segmen Borak Eksekutif kali ini membawakan perspektif eksklusif daripada nakhoda utama Jabatan Landskap Negara (JLN)! menulusuri kisah peribadi, gaya kepimpinan, serta peranan besar JLN dalam menterjemahkan aspirasi 'Malaysia Negara Taman' demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam.

Jangan lepaskan peluang untuk menyelami hati dan jiwa seorang pemimpin penyelamat negara dalam segmen Borak Eksekutif, bersama:

๐Ÿ“Œ YBRS. TUAN HAJI MANSOR BIN MOHAMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Landskap Negara (JLN)

๐ŸŽ™๏ธ Penyampai: Anaz

Saksikan segmen eksklusif ini secara langsung melalui ketetapan berikut:

Tarikh:
17 Ogos 2026 (Isnin)

Masa:
2.30 Petang

Tonton secara langsung menerusi:
๐ŸŽฅ Facebook LIVE Radio KPKT
[๐Ÿ”— https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
๐Ÿ”– Instagram: radio_kpkt
๐Ÿ”– Facebook: Radio KPKT
๐Ÿ”– Tiktok: Radio KPKT





KPKT SALUR RM56,139.60 BAGI PROJEK NAIK TARAF TANDAS AWAM A, TAMAN TASIK PERMAISURI, KUALA LUMPURKementerian Perumahan d...
17/08/2026

KPKT SALUR RM56,139.60 BAGI PROJEK NAIK TARAF TANDAS AWAM A, TAMAN TASIK PERMAISURI, KUALA LUMPUR

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM56,139.60 bagi Projek Naik Taraf Tandas Awam A, Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Projek ini dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan tandas awam yang lebih bersih, ceria, selesa dan mesra pengguna, sekali gus meningkatkan keselesaan orang ramai yang menggunakan kemudahan tersebut.

KPKT terus komited memastikan kemudahan awam yang berkualiti dapat dinikmati masyarakat serta menyokong persekitaran bandar yang lebih selesa dan sejahtera.

Kemudahan awam yang berkualiti bukan sahaja mencerminkan kesejahteraan komuniti, malah turut menyumbang kepada peningkatan imej bandar.

5 REFORMASI PERUMAHAN MADANI 5 Reformasi Perumahan MADANI 2026 merupakan komitmen KPKT dalam memperkukuh ekosistem perum...
16/08/2026

5 REFORMASI PERUMAHAN MADANI

5 Reformasi Perumahan MADANI 2026 merupakan komitmen KPKT dalam memperkukuh ekosistem perumahan negara ke arah yang lebih telus, cekap dan diyakini.

Reformasi ini bukan sekadar penambahbaikan, malah satu langkah menyeluruh bagi meningkatkan perlindungan pembeli, memperkukuh tadbir urus sektor perumahan serta memastikan proses pemilikan rumah menjadi lebih teratur dan berintegriti.

Melalui usaha ini, KPKT terus komited memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada sistem perumahan yang lebih berkualiti, selamat dan mampan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui 5 Reformasi Perumahan MADANI 2026 yang bakal membawa perubahan positif kepada sektor perumahan negara.

๐Ÿ’ช

KPKT SALUR PERUNTUKAN RM54,366 BAGI NAIK TARAF PASAR TAMU SELANGAU, BANDAR SIBU, SARAWAKKementerian Perumahan dan Keraja...
16/08/2026

KPKT SALUR PERUNTUKAN RM54,366 BAGI NAIK TARAF PASAR TAMU SELANGAU, BANDAR SIBU, SARAWAK

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti, selesa dan memenuhi keperluan masyarakat.

Melalui peruntukan sebanyak RM54,366, KPKT telah melaksanakan Projek Naik Taraf Pasar Tamu Selangau, Bandar Sibu, Sarawak bagi menyediakan ruang niaga yang lebih bersih, ceria, selesa dan mesra pengguna kepada para peniaga serta pengunjung.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan KPKT dalam memperkasa kemudahan awam demi meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan rakyat, di samping mewujudkan persekitaran bandar yang lebih kondusif.

Kemudahan awam yang berkualiti mencerminkan kesejahteraan komuniti serta meningkatkan imej bandar.

PERANGKAP MINYAK DI PREMIS MAKANAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)Perangkap minyak merupakan kemudahan penting ...
15/08/2026

PERANGKAP MINYAK DI PREMIS MAKANAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Perangkap minyak merupakan kemudahan penting di premis makanan bagi mengasingkan sisa makanan, lemak, minyak dan gris daripada air limbah sebelum dialirkan ke sistem pembetungan atau tangki septik.

Pemasangan perangkap minyak yang bersesuaian, sama ada perangkap minyak individu atau perangkap minyak komunal, dapat membantu mengurangkan pelepasan minyak dan lemak ke dalam sistem pembetungan serta mencegah berlakunya penyumbatan dan pencemaran alam sekitar.

Pemilik dan pengusaha premis makanan hendaklah memastikan perangkap minyak dipasang, diselenggara dan dibersihkan secara berkala mengikut keperluan yang ditetapkan.

Bersama-sama kita menjaga kebersihan persekitaran dan memastikan pengurusan air limbah yang lebih berkesan demi kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti.




KPKT SALUR RM457,850 BAGI NAIK TARAF PASAR AWAM PEKAN REMBAUKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah men...
15/08/2026

KPKT SALUR RM457,850 BAGI NAIK TARAF PASAR AWAM PEKAN REMBAU

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM457,850.00 bagi melaksanakan Projek Naik Taraf Pasar Awam Pekan Rembau, Negeri Sembilan.

Projek ini dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan pasar yang lebih bersih, ceria, selesa dan mesra pengguna, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif kepada peniaga dan pengunjung.

Skop projek meliputi kerja-kerja perpaipan termasuk pemasangan tangki air, pendawaian semula peralatan elektrik, penggantian peralatan tandas, pemasangan siling, pembaikan permukaan konkrit, pemasangan louvers aluminium, kerja-kerja mengecat keseluruhan bangunan serta pemasangan penutup longkang.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KPKT dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti, selamat dan selesa demi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menyokong perkembangan aktiviti ekonomi setempat.

Kemudahan awam yang berkualiti mencerminkan kesejahteraan komuniti serta meningkatkan imej bandar.




14/08/2026

Petang tadi saya mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di pejabat beliau.

Perbincangan tertumpu kepada isu-isu berkaitan perumahan dan pihak berkuasa tempatan serta penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Kerjasama seperti ini perlu terus diperkukuh dalam memastikan setiap agenda yang dirancang diterjemahkan kepada perkhidmatan awam yang lebih cekap dan memberi manfaat kepada rakyat.







ยฉ๏ธ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

KUNJUNGAN HORMAT YBHG. TAN SRI KSN KE KPKTKUALA LUMPUR, 14 Ogos 2026 โ€“ Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Sham...
14/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT YBHG. TAN SRI KSN KE KPKT

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2026 โ€“ Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketibaan YBhg. Tan Sri KSN disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming, diiringi Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib.

Kunjungan hormat ini turut disusuli sesi pertemuan dua hala bersama YB Menteri, yang mencerminkan hubungan erat, kesepaduan dan sinergi antara kepimpinan politik dan perkhidmatan awam dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memastikan agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus diberi keutamaan.

Dalam kesempatan tersebut, KPKT turut meraikan YBhg. Tan Sri KSN dalam satu majlis ringkas sebagai tanda penghargaan dan apresiasi atas kepimpinan, komitmen serta khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara.

Kerjasama erat dan semangat kebersamaan antara kepimpinan Kerajaan MADANI dan perkhidmatan awam terus menjadi asas dalam menggalas amanah demi rakyat dan negara.

We are stronger because we are together. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




๐Š๐๐Š๐“ ๐’๐€๐‹๐”๐‘ ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ—,๐Ÿ๐Ÿ‘๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐€๐ˆ๐Š ๐“๐€๐‘๐€๐… ๐“๐€๐๐ƒ๐€๐’ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐–๐€๐’๐ˆ๐‡, ๐’๐„๐๐„๐‘๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐€๐ˆ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡, ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐...
14/08/2026

๐Š๐๐Š๐“ ๐’๐€๐‹๐”๐‘ ๐‘๐Œ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ—,๐Ÿ๐Ÿ‘๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐€๐ˆ๐Š ๐“๐€๐‘๐€๐… ๐“๐€๐๐ƒ๐€๐’ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐–๐€๐’๐ˆ๐‡, ๐’๐„๐๐„๐‘๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐€๐ˆ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡, ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus komited mempertingkatkan kualiti kemudahan awam bagi memastikan keselesaan, kebersihan dan kesejahteraan rakyat.

Sebanyak RM109,130.00 telah disalurkan bagi melaksanakan Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Tandas Awam dan Kerja Berkaitan di Kompleks Makanan Taman Inderawasih, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Projek ini bertujuan menyediakan kemudahan yang lebih bersih, ceria, selesa dan mesra pengguna melalui kerja-kerja menaik taraf tandas lelaki dan wanita, penggantian sistem perpaipan, penambahbaikan sistem sanitari, pendawaian elektrik serta pemasangan kelengkapan baharu.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KPKT dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada pada tahap terbaik demi memberikan pengalaman yang lebih selesa dan selamat kepada masyarakat.

Kemudahan awam yang berkualiti bukan sahaja mencerminkan kesejahteraan komuniti, malah turut meningkatkan imej bandar sebagai persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif untuk semua.

Address

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPKT Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KPKT Malaysia:

Shortcuts

Share