Hamzah Zainudin

Hamzah Zainudin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hamzah Zainudin, Putrajaya.

15/08/2026

Apabila ramai pihak mengatakan BN-PN boleh menjadi kumpulan yang memerintah negara, orang bukan Melayu sepatutnya sedar.

Come and be with us.

Join kita, bersama kita.

Masuklah sekarang sebelum kereta api bergerak, bukan apabila kereta api sudah bergerak.

Dulu kita pernah melakukannya selepas 1969.

Selepas itu semua pihak fokus kepada ekonomi negara.

Dalam tempoh 10 tahun selepas penyatuan itu, tumpuan diberikan kepada ekonomi dan kita maju sehingga mencapai purata KDNK tahunan 8.4 peratus.

Itu menunjukkan apabila semua orang fokus membesarkan ekonomi, negara boleh bergerak ke hadapan.

Apabila perpecahan politik dikurangkan dan agenda negara didahulukan, tumpuan boleh diberikan kepada perkara lebih besar.

Itulah yang saya mahu tunjukkan kepada semua pemimpin.

Kita boleh kembali bersatu dan bergerak dengan agenda bersama.

“Kekuatan parti-parti Melayu dalam BN dan PN mampu disatukan menerusi satu formula yang bukan sekadar berasaskan agihan ...
15/08/2026

“Kekuatan parti-parti Melayu dalam BN dan PN mampu disatukan menerusi satu formula yang bukan sekadar berasaskan agihan kerusi, tetapi turut mengambil kira kesepakatan dasar dan agenda lebih besar untuk negara.”

11/08/2026

Sidang Khas Parlimen RCI Tabung Haji - Sidang Media Ketua Pembangkang

KENYATAAN MEDIASidang khas Parlimen hari ini yang hanya melibatkan sesi penerangan menteri berhubung laporan Suruhanjaya...
11/08/2026

KENYATAAN MEDIA

Sidang khas Parlimen hari ini yang hanya melibatkan sesi penerangan menteri berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji amat mengecewakan, terutamanya apabila ia berlangsung tanpa sebarang usul, ketetapan, mahupun proses pengundian.

Lebih menyedihkan, Perdana Menteri yang dengan sendiri meminta diadakan Mesyuarat Khas ini gagal hadir bagi menjawab persoalan penting dan mewujudkan proses akauntabiliti yang telus. Kegagalan ini menyebabkan Ahli Parlimen pembangkang, yang telah bersedia sepenuhnya untuk membahaskan isu rakyat ini, memohon agar sidang berkenaan ditangguhkan sehingga Perdana Menteri sendiri dapat hadir bagi memastikan proses tanggungjawab (accountability) dapat dilaksanakan.

Isu ini turut dibayangi oleh prosedur pembentangan laporan yang ganjil. Lazimnya, sesebuah laporan RCI perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu di bawah terma embargo sebelum didedahkan kepada umum. Namun, bagi kes RCI Tabung Haji, laporan tersebut telah didedahkan kepada umum terlebih dahulu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

Langkah terbalik ini jelas menunjukkan bahawa perbahasan di dalam Dewan kini tidak lagi mempunyai perbezaan ketara berbanding perbahasan di luar Parlimen, melainkan jika Perdana Menteri hadir secara langsung untuk mempertahankan laporan tersebut di hadapan wakil-wakil rakyat.

Pihak pembangkang menegaskan bahawa institusi Parlimen tidak boleh dijadikan sekadar tempat "penerangan sehala" tanpa ruang perbahasan dan penentuan dasar yang bermakna demi kepentingan pencarum Tabung Haji dan integriti kewangan negara.

DATO’ SERI TAKIYUDDIN HASSAN
KETUA WHIP
AHLI PARLIMEN PERIKATAN NASIONAL

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2026

KENYATAAN MEDIAPENANGGUHAN SIDANG KHAS PARLIMEN BERKAITAN LAPORAN RCI TABUNG HAJIPerikatan Nasional mendoakan agar YAB P...
10/08/2026

KENYATAAN MEDIA

PENANGGUHAN SIDANG KHAS PARLIMEN BERKAITAN LAPORAN RCI TABUNG HAJI

Perikatan Nasional mendoakan agar YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri II dikurniakan kesembuhan segera agar dapat kembali bertugas seperti biasa.

Sehubungan itu, Perikatan Nasional mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan pada 11 Ogos bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji ditangguhkan ke suatu tarikh yang lebih sesuai susulan perkembangan terkini membabitkan keadaan kesihatan YAB Perdana Menteri.

Perikatan Nasional telah menghantar sepucuk surat rasmi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, bagi memohon penangguhan sidang tersebut, dan surat permohonan itu telah diterima secara rasmi oleh pihak pejabat beliau pada hari ini, 10 Ogos 2026.

Memandangkan isu Tabung Haji merupakan perkara yang sangat penting dan melibatkan kepentingan awam, Perikatan Nasional berpandangan bahawa adalah amat wajar sekiranya pembentangan laporan ini dibuat sendiri oleh YAB Perdana Menteri.

Ini kerana, YAB Perdana Menteri sendiri telah membangkitkan perkara ini kepada pengetahuan umum ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sedangkan laporan RCI tersebut telah tersedia sejak beberapa tahun yang lalu.

Justeru, kehadiran YAB Perdana Menteri sendiri di Dewan Rakyat untuk membentangkan dan memberikan penjelasan berhubung laporan RCI ini adalah amat signifikan. Ia bukan sahaja penting dari sudut ketelusan dan akauntabiliti, malah wajar bagi memastikan rakyat mendapat penjelasan yang menyeluruh dan komprehensif mengenai perkara yang pernah dibangkitkan oleh YAB Perdana Menteri sendiri sebelum ini.

DATO’ SERI TAKIYUDDIN HASSAN
KETUA WHIP
AHLI PARLIMEN PERIKATAN NASIONAL

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2026

Selamat berkhidmat Yang Berhormat.
07/08/2026

Selamat berkhidmat Yang Berhormat.

01/08/2026

Alhamdulillah. Terima kasih.

Gelombang Biru adalah pilihan 2/3 rakyat Negeri Sembilan.

Ceramah Mega BIRU-kan Port Dickson bersama Presiden PEJUANG, Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir dan TImbalan Presiden PAS...
31/07/2026

Ceramah Mega BIRU-kan Port Dickson bersama Presiden PEJUANG, Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir dan TImbalan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir adalah pimpinan UMNO Port Dickson dan calon-calon gelombang BIRU yang bertanding di kerusi-kerusi DUN dalam Parlimen Port Dickson.

Ceramah BIRU-kan DUN Gemas di Felda Jelai bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Majli...
31/07/2026

Ceramah BIRU-kan DUN Gemas di Felda Jelai bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rafi Alli Hassan bagi membantu calon Perikatan Nasional bagi DUN Gemas, Hj. Ridzuan Ahmad.

16/07/2026

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hamzah Zainudin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share