Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Untuk sebarang urusan pertanyaan berkenaan perkhidmatan utama / aduan berkaitan, sila berurusan dengan Bahagian/Negeri/Unit yang terlibat
Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia berfungsi untuk menyampaikan informasi terbaru berkaitan Imigresen secara keseluruhannya.

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN M...
17/08/2026

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM) DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

Satu lagi pendekatan ke arah memperkukuh kerjasama strategik demi keselamatan dan kelancaran perkhidmatan negara yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 18 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 11.00 Pagi
πŸ“ Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, KDN

1 Hari Lagi!Ayuh bersama-sama mengikuti Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan disempurnakan oleh ...
17/08/2026

1 Hari Lagi!

Ayuh bersama-sama mengikuti Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

πŸ—“οΈ 18 Ogos 2026 (Selasa)
πŸ•— 8.30 pagi
πŸ“ Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya

Perhimpunan bulanan ini menjadi platform memperkukuh komunikasi, penyampaian amanat serta semangat kebersamaan.




49 warga asing ditahan di lombong bijih besi di DungunDUNGUN: Taktik penyamaran menggunakan kenderaan bukan milik Jabata...
16/08/2026

49 warga asing ditahan di lombong bijih besi di Dungun

DUNGUN: Taktik penyamaran menggunakan kenderaan bukan milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memasuki kawasan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, di sini, kelmarin, berjaya memberkas 49 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Dalam operasi itu, pelbagai cara dilakukan warga asing berkenaan termasuk sanggup terjun dan menyelam dalam kolam lombong bijih bagi mengelak diberkas.

Pelbagai cara dilakukan warga asing berkenaan termasuk sanggup terjun dan menyelam dalam kolam lombong bijih bagi mengelak diberkas.

π—π—œπ—  π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—”π—§π—žπ—¨π—”π—¦π—”π—”π—‘ π—”π— π—Ÿπ—”, π—π—˜π—π—”π—ž π—›π—”π—¦π—œπ—Ÿ π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗠PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) t...
15/08/2026

π—π—œπ—  π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—£π—˜π—‘π—šπ—¨π—”π—§π—žπ—¨π—”π—¦π—”π—”π—‘ π—”π— π—Ÿπ—”, π—π—˜π—π—”π—ž π—›π—”π—¦π—œπ—Ÿ π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—§π—œ 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗠

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus memperkukuh penguatkuasaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Kes AMLA (JSKA) Bil. 03/2026 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), YBhg. Dato' Lokman Effendi Ramli.

Mesyuarat memberi tumpuan kepada penelitian kesalahan predikat berkaitan imigresen yang boleh membawa kepada siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].

Antara kesalahan yang diberi perhatian termasuk menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI), pemalsuan dokumen perjalanan, melindungi imigran larangan serta penglibatan dalam pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Penguatkuasaan JIM bukan sahaja memberi tumpuan kepada pelaku kesalahan, malah turut menjejaki hasil dan aset yang diperoleh daripada aktiviti haram. Tindakan boleh merangkumi pembekuan akaun, penyitaan atau pelucuthakan harta serta pendakwaan tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

Pendekatan ini mencerminkan komitmen JIM untuk memastikan kegiatan yang melanggar undang-undang imigresen tidak terus memberikan keuntungan kepada pihak yang terlibat.

Kesalahan dibanteras. Hasil aktiviti haram turut dijejaki.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐋𝐁𝐁𝐏 π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ πˆππƒπŽππ„π’πˆπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„πPUTRAJAYA, 14 Ogos 2026 –  Ketua Peng...
15/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐋𝐁𝐁𝐏 π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ πˆππƒπŽππ„π’πˆπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2026 – Ketua Pengarah Imigresen, YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Luar Biasa dan Berkuasa Penuh (LBBP) Republik Indonesia (RI) ke Malaysia H.E. Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya.

Delegasi Kedutaan Besar Republik Indonesia telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen. Turut hadir mewakili JIM ialah Pn. Norlizawaty binti Abdu Samad (Pengarah Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik), Tn. Ajeet Singh A/L Gurbax Singh (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan), Tn. Verusmark V Ninin (Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan) serta Tn. Kugan A/L Gopalan (Timbalan Pengarah Bahagian Pekerja Asing).

H.E. Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya p**a diiringi oleh Encik Idul Adheman (Atase Imigresen), Puan Octavin Dewi Zulaicha (Menteri Kaunselor Hal Ehwal Konsular), Encik Adhitya Himawan (Atase Pekerja), Encik Hari Nugraha Sigit (Pembantu Peribadi Eksekutif kepada Duta Besar).

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada pengukuhan jalinan mesra antara Malaysia dan Republik Indonesia, di samping membincangkan perkara-perkara berkaitan urusan imigresen antara kedua-dua negara. Pertemuan ini turut menjadi wadah untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan serta berkongsi maklumat terkini dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dan hubungan dua hala yang sedia terjalin.

JIM komited untuk terus mempererat hubungan dan memperkukuh kerjasama dengan Kedutaan Besar Republik Indonesia melalui komunikasi, perkongsian maklumat serta koordinasi yang berterusan demi kepentingan bersama kedua-dua negara.





πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ„π’π”π‘π”π‡π‰π€π˜π€ π“πˆππ†π†πˆ π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π ππˆπ†π„π‘πˆπ€ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„πPUTRAJAYA, 14 Ogos 2026...
15/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ„π’π”π‘π”π‡π‰π€π˜π€ π“πˆππ†π†πˆ π‘π„ππ”ππ‹πˆπŠ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π ππˆπ†π„π‘πˆπ€ πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2026 – Ketua Pengarah Imigresen, YBhg. Dato’ Zakaria bin Shaaban telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Persekutuan Nigeria ke Malaysia, T.Y.T. Ambassador Ahmed Sulu-Gambari, di Pejabat Ketua Pengarah Imigresen, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya.

T.Y.T. Pesuruhjaya Tinggi turut diiringi oleh Mr. Olumuyiwa Dayo Ogundipe, Counselor (Konsular dan Pendidikan).

Pertemuan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama berkaitan hal ehwal imigresen dan konsular. Perbincangan turut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kerjasama dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Persekutuan Nigeria.

Turut hadir mewakili Jabatan Imigresen Malaysia ialah Tn. Abdul Hadi bin Mohd (Pengarah Bahagian Khidmat Ekspatriat), Pn. Rosmaliza binti Mohamed Rashid (Pengarah Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan), Tn. Mohammad Zam Zami bin Marzuki (Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan), Pn. Nor Shima Izni binti Ahmad Shihamah (Timbalan Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit), Tn. William Syrillus Tunsin (Timbalan Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik) serta Pn. Nurul Izzati Iwani binti Zulkafli (Ketua Unit Antarabangsa, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik).

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Imigresen Malaysia dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan perwakilan asing di Malaysia, khususnya dalam perkara berkaitan imigresen, demi kepentingan bersama kedua-dua negara.




🚨 𝗔π—ͺ𝗔𝗦! π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan bahawa iklan tawaran β€œJawatan Imigresen 2026” yan...
14/08/2026

🚨 𝗔π—ͺ𝗔𝗦! π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan bahawa iklan tawaran β€œJawatan Imigresen 2026” yang sedang tular seperti dipaparkan adalah PALSU dan bukan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengimbas kod QR, menekan pautan atau memberikan sebarang maklumat peribadi melalui iklan berkenaan.

Sebarang hebahan dan maklumat rasmi berkaitan Jabatan Imigresen Malaysia hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi JIM.

Jangan mudah terpedaya. Semak sebelum klik dan kongsikan maklumat ini kepada orang lain.




Address

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia , (Kementerian Dalam Negeri) No. 15, Tingkat 1-7, (Podium) Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62550PUTRAJAYA

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Imigresen Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Imigresen Malaysia:

Shortcuts

Share