myGAP myOrganic Sektor Tanaman

myGAP myOrganic Sektor Tanaman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from myGAP myOrganic Sektor Tanaman, Government Organization, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana, Putrajaya.

Skim pensijilan yang memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang mengamalkan AMALAN PERTANIAN BAIK bagi memastikan hasil pertanian selamat dan berkualiti

Skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik atau organik bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat dimakan.

🌏 DARI LADANG KE PASARAN DUNIAProduk pertanian Malaysia berpotensi melangkah lebih jauh apabila dihasilkan berasaskan Am...
21/08/2026

🌏 DARI LADANG KE PASARAN DUNIA

Produk pertanian Malaysia berpotensi melangkah lebih jauh apabila dihasilkan berasaskan Amalan Pertanian Baik.

Pensijilan myGAP membantu pengusaha memperkukuh pengurusan ladang, menghasilkan produk yang lebih selamat dan berkualiti serta meningkatkan keyakinan pembeli terhadap hasil pertanian tempatan.

Daripada amalan pertanian yang sistematik, kepada pengeluaran yang diyakini — myGAP membuka peluang untuk produk Malaysia menembusi pasaran yang lebih luas, termasuk pasaran global.

✨ myGAP bukan sekadar pensijilan. Ia adalah nilai tambah untuk meningkatkan daya saing dan membuka peluang pasaran.

myGAP — Membina Keyakinan, Menembusi Pasaran Global.

13/08/2026

Jom bersama kami di MAHA 2026

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙10.00 pagi – 10.00 malam
📍MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Seminar Pengembangan Perkasa Teknologi, Pelaburan dan Keterjaminan Makanan NegaraSHAH ALAM, 5 Ogos 2026 -- Kerajaan akan...
12/08/2026

Seminar Pengembangan Perkasa Teknologi, Pelaburan dan Keterjaminan Makanan Negara
SHAH ALAM, 5 Ogos 2026 -- Kerajaan akan terus memperkukuh sektor agromakanan negara menerusi pemerkasaan teknologi, pelaburan strategik dan amalan pertanian berkualiti bagi meningkatkan daya saing industri serta menjamin keterjaminan makanan negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Chan Foong Hin berkata, penganjuran Seminar Pengembangan Subsektor Tanaman Jabatan Pertanian 2026 amat bertepatan dengan usaha mentransformasikan sektor pertanian negara ke arah yang lebih moden, mampan dan berdaya saing melalui kerjasama erat antara kerajaan, usahawan serta pemain industri.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 263 syarikat telah menerima manfaat Insentif Cukai Galakan bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan melibatkan keluasan projek subsektor tanaman seluas 11,509 hektar dengan nilai pelaburan keseluruhan RM1.95 bilion.
“Kerajaan turut memperuntukkan RM17.52 juta di bawah RMK-13 bagi Program Pemberdayaan Makanan Selamat Melalui Amalan Pertanian Baik Subsektor Tanaman. Bagi tahun 2026, sebanyak RM1.5 juta disediakan sebagai insentif bersasar untuk menggalakkan pensijilan baharu dan pembaharuan myGAP serta myOrganic, sekali gus meningkatkan pengeluaran hasil ladang yang selamat dan berkualiti,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penutup Seminar Pengembangan Subsektor Tanaman Jabatan Pertanian Tahun 2026 di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Buku Pakej Teknologi Tanaman Bawang Merah sebagai rujukan rasmi kepada pegawai pengembangan, usahawan dan pengusaha pertanian bagi mengoptimumkan pengeluaran bawang tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada import.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan), Tuan Haji Johari Abdullah berkata, seminar yang berlangsung selama tiga hari itu menghimpunkan lebih 450 peserta terdiri daripada pengeluar, pengeksport, pengusaha industri asas tani, pegawai pengembangan, wakil persatuan serta agensi berkaitan dari seluruh negara.
“Seminar ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar, insentif, dana dan pembiayaan kerajaan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama teknologi antara usahawan dan pemain industri. Pembentangan lapan kertas kerja teknikal, sesi padanan perniagaan serta pameran agensi dan syarikat teknologi diharap dapat mempercepat pemindahan teknologi kepada pengusaha,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pengusaha supaya memanfaatkan Sistem GeoTanaman serta pelbagai insentif kerajaan yang disediakan bagi meningkatkan produktiviti dan memperkukuh keterjaminan bekalan makanan negara.

YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin 陈泓缣
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Bahagian Pengembangan Pertanian

𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
07/08/2026

𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀!

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀!

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Kenali Nematod Puru Akar, Perosak Senyap Yang Jejaskan Hasil TanamanNematod puru akar (Meloidogyne spp.) merupakan antar...
23/07/2026

Kenali Nematod Puru Akar, Perosak Senyap Yang Jejaskan Hasil Tanaman
Nematod puru akar (Meloidogyne spp.) merupakan antara perosak tanah yang sering menyerang pelbagai jenis tanaman dan boleh menyebabkan kerugian besar kepada pengusaha pertanian.
Perosak mikroskopik ini menyerang sistem akar dengan mencucuk dinding sel menggunakan stilet sebelum menyedut nutrien serta merembeskan enzim yang merangsang pembentukan puru pada akar.
Nematod betina berbentuk seperti buah pir, manakala jantan berbentuk seperti cacing.
Serangan nematod biasanya sukar dikesan pada peringkat awal kerana simptom lebih jelas kelihatan pada bahagian atas pokok. Daun akan bertukar kuning (klorosis), menjadi kecil dan pucat, pertumbuhan pokok terbantut serta penghasilan bunga dan buah berkurangan.
Pokok juga kelihatan layu walaupun tanah mempunyai kelembapan yang mencukupi. Pemeriksaan pada sistem akar p**a akan menunjukkan pembengkakan atau puru yang ketara, akar menjadi cacat, bercabang secara tidak normal dan kehilangan akar serabut.
Keadaan ini turut meningkatkan risiko jangkitan sekunder oleh kulat atau bakteria yang menyebabkan akar mudah reput.
Oleh kerana nematod puru akar sukar dihapuskan sepenuhnya, pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) merupakan kaedah kawalan yang paling berkesan.
Antara langkah yang disyorkan ialah mengamalkan penggiliran tanaman dengan spesies bukan perumah bagi memutuskan kitaran hidup nematod, menjalankan sanitasi ladang dengan membersihkan sisa tanaman yang dijangkiti, serta memperkayakan tanah menggunakan bahan organik untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pop**asi nematod.
Pengesanan awal serta amalan pengurusan yang berterusan mampu mengurangkan impak serangan nematod puru akar, sekali gus membantu mengekalkan pertumbuhan tanaman yang sihat, meningkatkan produktiviti dan memastikan hasil pertanian yang berkualiti.

Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

10/07/2026

Infografik ini membincangkan kelebihan pertanian organik berbanding kaedah konvensional yang terlalu bergantung kepada bahan kimia berbahaya.
Kelestarian alam sekitar dan kesihatan pengguna menjadi tumpuan utama dalam peralihan kepada sistem pengeluaran makanan yang lebih lestari.
Maklumat ini memperincikan penggunaan baja organik daripada sisa kitar semula serta aplikasi mikroorganisma berfaedah untuk menyuburkan tanah secara semula jadi.
Selain itu, pelbagai teknologi inovatif seperti teknik penapaian cecair dan kawalan perosak biologi diperkenalkan bagi menggantikan racun sintetik.
Usaha ini disokong oleh Jabatan Pertanian untuk memastikan sekuriti makanan yang berkualiti tinggi dan selamat untuk masyarakat.

Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

Tahukah anda, Durian sememangnya sinonim dengan Malaysia dan sering digelar sebagai “raja buah” kerana keunikan rasa, ar...
01/07/2026

Tahukah anda, Durian sememangnya sinonim dengan Malaysia dan sering digelar sebagai “raja buah” kerana keunikan rasa, aroma serta kepelbagaian varietinya yang mendapat tempat di hati peminat tempatan dan antarabangsa.
Buah yang dikenali dengan nama saintifiknya Durio zibethinus ini dipercayai berasal dari Kep**auan Melayu dan telah menjadi sebahagian daripada warisan pertanian negara sejak sekian lama.
Menurut rekod kami sehingga kini, sebanyak 226 varieti durian telah didaftarkan setakat ini sejak sistem pendaftaran varieti diperkenalkan pada tahun 1934.
Kepelbagaian varieti ini membuktikan kekayaan sumber genetik durian yang dimiliki negara.
Antara varieti yang paling pop**ar dalam kalangan pengguna ialah Bukit Merah (D24), Buluh Bawah atau Tekka (D160), Hajah Hasmah atau IOI (D168), Udang Merah (D175), Raja Kunyit atau Musang King (D197) serta Ochee atau Duri Hitam (D200).
Dari segi penanaman, Johor kekal sebagai negeri pengeluar durian terbesar di Malaysia.
Selain itu, kawasan utama pengeluaran durian turut melibatkan Kelantan dan Pahang yang terkenal dengan penghasilan buah berkualiti tinggi untuk pasaran domestik serta eksport.
Di Malaysia Timur p**a, Sabah dan Sarawak mempunyai keunikan tersendiri dengan penanaman beberapa spesies durian tempatan seperti Durio lowianus, Durio graveolens dan Durio dulcis yang mempunyai rasa serta ciri fizikal berbeza daripada durian komersial biasa.
Industri durian negara terus berkembang seiring peningkatan permintaan global, khususnya bagi varieti premium seperti Musang King.
Dengan ratusan varieti yang didaftarkan dan kawasan penanaman yang semakin meluas, durian kekal menjadi antara komoditi buah-buahan bernilai tinggi yang menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negara.

15/06/2026

Cara mudah buat baja organik, jom kita tonton 👍

🌱 **Tips Pertanian Organik: Pilihan Sihat Untuk Kita dan Alam Sekitar** 🌱Tahukah anda? Pertanian organik bukan sekadar m...
08/06/2026

🌱 **Tips Pertanian Organik: Pilihan Sihat Untuk Kita dan Alam Sekitar** 🌱

Tahukah anda? Pertanian organik bukan sekadar menanam tanpa racun kimia, tetapi merupakan satu amalan pertanian yang menitikberatkan keseimbangan alam semula jadi, kesihatan pengguna dan kelestarian alam sekitar.

🌿 **Mengapa Pertanian Organik?**
✅ Menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti tinggi
✅ Mengurangkan pencemaran alam sekitar
✅ Memelihara kesuburan tanah dan biodiversiti
✅ Menyokong gaya hidup yang lebih sihat

📍 **Pemilihan Lokasi**
• Pilih kawasan yang jauh daripada sumber pencemaran.
• Pastikan mempunyai sumber air yang bersih.
• Elakkan kawasan berhampiran ladang konvensional.
• Sediakan kawasan penampan seperti parit, tembok atau tanaman tinggi bagi mengurangkan risiko pencemaran.

🌱 **Penanaman**
• Gunakan benih atau bahan tanaman yang bebas daripada bahan kimia.
• Amalkan penggunaan kompos dan baja organik.
• Gunakan baja semula jadi seperti FFJ (Fermented Fruit Juice) dan FPJ (Fermented Plant Juice).
• Lakukan penyiraman secara konsisten pada waktu pagi dan petang.

🌾 **Kawalan Rumpai**
• Rumpai perlu dikawal secara berkala supaya tidak bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan nutrien.
• Kawalan boleh dilakukan secara manual atau menggunakan mesin pemotong rumput.
• Penggunaan sungkupan seperti jerami padi, daun kering atau sabut kelapa membantu mengurangkan pertumbuhan rumpai dan mengekalkan kelembapan tanah.

🐞 **Kawalan Perosak dan Penyakit**
• Gunakan kaedah mesra alam seperti tanaman selingan, tanaman penghalau serangga dan varieti tahan penyakit.
• Pasang perangkap cahaya, perangkap warna atau feromon.
• Manfaatkan agen biologi seperti serangga dan mikroorganisma bermanfaat.
• Gunakan racun organik yang sesuai jika diperlukan.

🥬 **Penuaian Hasil**
• Tuai hasil apabila mencapai tahap kematangan yang sesuai.
• Waktu terbaik untuk menuai ialah awal pagi atau lewat petang bagi mengekalkan kesegaran hasil.
• Simpan hasil pada suhu yang sesuai untuk memanjangkan jangka hayat simpanan.
• Amalkan penggiliran tanaman dan rehatkan tanah bagi mengekalkan kesuburannya.

💚 **Kebaikan Pertanian Organik**
🌿 Hasil lebih segar dan berkualiti
🌿 Selamat dimakan kerana bebas daripada bahan kimia sintetik
🌿 Membantu memelihara alam sekitar
🌿 Menyokong ekosistem yang lebih sihat untuk generasi akan datang

Bak kata pepatah, *mencegah lebih baik daripada mengubati*. Marilah kita bersama-sama menyokong pertanian organik dan memilih makanan yang lebih selamat demi kesihatan keluarga serta kelestarian alam sekitar.

sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

🌱 Ada logo myGAP untuk Hasil Pertanian yang Selamat dan Berkualiti! 🌱Tahukah anda...myGAP (Malaysian Good Agricultural P...
03/06/2026

🌱 Ada logo myGAP untuk Hasil Pertanian yang Selamat dan Berkualiti! 🌱

Tahukah anda...

myGAP (Malaysian Good Agricultural Practices) ialah pensijilan yang membuktikan hasil pertanian diusahakan mengikut Amalan Pertanian Baik bagi menghasilkan makanan yang selamat, berkualiti dan mesra alam sekitar 🌾

✅ Hasil pertanian lebih selamat dimakan .
✅ Mengurangkan pencemaran alam sekitar .
✅ Mengutamakan kawalan perosak bersepadu (IPM) .
✅ Menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja ladang.
✅ Meningkatkan keyakinan pengguna serta membuka peluang pasaran yang lebih luas.

Bagi pengusaha pertanian, myGAP bukan sekadar sijil, tetapi bukti komitmen terhadap pengeluaran makanan yang selamat dan berkualiti untuk rakyat Malaysia 🇲🇾.

🛒 Sebagai pengguna, pilihlah produk yang mempunyai logo myGAP.

Jom Pilih Produk myGAP, Kita Makan Dengan Lebih Yakin! 💚🌱

Kredit : Jabatan Pertanian Malaysia

Address

Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana
Putrajaya
62624

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388703448

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when myGAP myOrganic Sektor Tanaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to myGAP myOrganic Sektor Tanaman:

Shortcuts

Share