31/07/2026
๐ด๐จ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐บ ๐ฐ๐ฒ๐น๐จ๐น ๐ฉ๐ฌ๐ฉ๐จ๐บ ๐น๐จ๐บ๐ผ๐จ๐ฏ (๐ฐ๐ฉ๐น) & ๐ท๐ฌ๐ณ๐ผ๐ต๐ช๐ผ๐น๐จ๐ต ๐ท๐ฌ๐ณ๐จ๐ต ๐จ๐ต๐ป๐ฐ๐น๐จ๐บ๐ผ๐จ๐ฏ ๐ถ๐น๐ฎ๐จ๐ต๐ฐ๐บ๐จ๐บ๐ฐ (๐ถ๐จ๐ช๐ท) ๐ฑ๐ฉ๐จ ๐๐๐๐โ๐๐๐๐
Jabatan Bekalan Air (JBA) telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Peluncuran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JBA 2026โ2030 yang berlangsung pada 31 Julai 2026 di Dewan Damar Sari 3, Putrajaya. Majlis ini merupakan manifestasi komitmen berterusan JBA dalam memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air merangkap Certified Integrity Officer (CeIO) yang turut menyampaikan ucapan perasmian serta meluncurkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JBA 2026โ2030.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah:
* YBrs. Tuan Wan Mohd Rosli bin Wan Daud, Ketua Cawangan Kerajaan dan Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
* YBrs. Tuan Ahmad Azahari bin Ahmad Fauzi, Ketua Unit Integriti, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air;
* YBrs. Ir. Nor Halim bin Aludin, Pengarah Bahagian Rekabentuk dan Pengurusan Projek yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air;
* YBrs. Encik Mohd Fazrul bin Noor Arzahan, Ketua Unit Integriti, Jabatan Bekalan Air; serta
* YBrs. Tuan Muhammad Hafizi bin Othman, penceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang telah menyampaikan ceramah berkaitan integriti dan pencegahan rasuah.
Majlis ini turut menyaksikan lafaz dan penandatanganan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga JBA sebagai simbol iltizam bersama dalam menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa, di samping memperkukuh budaya kerja berintegriti demi penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan dan diyakini rakyat.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air