Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia . Adil disorok zalim dipamir,
wang disembah Tuhan dilupa.banteras suapan rasuah

Permanently closed.

Obor-Obor dari seberang
Orang mengail balik subuh
Bila penceroboh datang menyerang
Beberapa polis mati terbunuh


Orang dunia terlalu jahat
Tak mahu mendengar nasihat orang
Kejahatan penzalim boleh diliihat
Bermanfaat bila tukar sekarang


Bangun pagi menampi dedak

Dedak ditampi makanan ayam
Semangat reformasi sudah meledak
Hanya penzalim tidak faham


Anak balam terbang tinggi
Hinggap di atas ranting kayu
Menyokong penzalim di akhirat rugi
Bangkitlah sekarang wahai Melayu


Orang bermudik dengan adiknya
Pulang ke rumah hampir pagi
Janji penzalim jangan percaya
Ajaran Islam mereka ragu


Rumah buruk serambi buruk
Buruk dengan paku-pakunya
Kerajaan penzalim semakin teruk
Tumbangkan melalui pilihanraya


Orang memancing di balik batu
Tali kail panjang sehasta
Dengan keadilan kita bersatu
Tumbangkan pimpinan pandai berdusta



Anak itik di dalam ruang
Jalan bertapak tepi madrasah
Kali ini ambillah peluang
Melalui pilihanraya yang sah


Orang berjalan di tepi hutan
Jumpa rusa sarat mengandung
Gejala rasuah dapat dibendung

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia:

Share