Radio KPKT

Radio KPKT Saluran Komuniti No.1 Anda! 💜 Radio Dalam Talian 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu. Sebelum ini Radio KPKT dikenali sebagai Radio JKT.
(1)

Dengar melalui http://radio.kpkt.gov.my/ atau Aplikasi Mudah Alih Radio KPKT (Muat Turun melalui Google Play Store). Para penyampai radio bersiaran pada setiap Isnin - Jumaat dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Pada 9 September 2020, penjenamaan semula Radio JKT kepada Radio KPKT telah dilancarkan oleh YBhg Datuk Zainal Abidin bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Teruskan menyokong dan mendengar Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda.

💜 WAWANCARA 2 SEPTEMBER 2026/RABU | SEGMEN KEPOCHI KPKT 💜Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai ...
02/09/2026

💜 WAWANCARA 2 SEPTEMBER 2026/RABU | SEGMEN KEPOCHI KPKT 💜

Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai radio Anaz membincangkan topik penganjuran Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 bersama tetamu jemputan, YBrs. Puan Nur ‘Aishah binti Md Norodin, Pengarah Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Sesi ini mengupas hala tuju KPKT dalam memperkasakan peranan PBT agar lebih dinamik, cekap, dan mesra rakyat menerusi pengurangan birokrasi serta pendigitalan perkhidmatan. Puan Nur ‘Aishah turut menjelaskan peranan JKT sebagai penghubung dasar dan pemantau prestasi menerusi Sistem Penilaian Bintang PBT serta Sistem Lampu Isyarat (Traffic Light). Mengangkat tema “Sinergi MADANI – PBT Lestari, Persekitaran Harmoni”, konvensyen yang bakal berlangsung pada 12 dan 13 September 2026 di Bertam Resort, Pulau Pinang ini menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta untuk membincangkan penyelesaian inovatif, merangka kerjasama pelbagai pihak, serta menyampaikan pelbagai anugerah pengiktirafan kecemerlangan kepada PBT. Melalui wawancara ini, KPKT menyeru warga PBT agar berani beranjak daripada amalan biasa ke arah penyampaian perkhidmatan yang berintegriti demi kesejahteraan persekitaran dan komuniti.

Ikuti perkongsian penuh di Facebook Radio KPKT:
🔗https://www.facebook.com/share/v/19JLpJDiMj/

Teruskan bersama kami di Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda!💜





KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026🎙SEGM...
01/09/2026

KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

🎙SEGMEN KEPOCHI KPKT🎙

Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebenarnya jauh melebihi urusan pentadbiran semata-mata. Ia menyentuh kebersihan kawasan, keselamatan, kesihatan persekitaran, serta kelestarian bandar yang memberi impak langsung kepada kualiti hidup harian kita dan generasi akan datang!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penganjuran Konvensyen PBT 2026, pemantauan prestasi PBT, serta usaha mewujudkan persekitaran yang lestari dan harmoni, Bersama tetamu undangan:

📌 Puan Nur ‘Aishah Md Norodin
Pengarah
Bahagian Inspektorat
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

🎙️Penyampai: Anaz

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
2 September 2026 (Rabu)

Masa:
10:30 Pagi

Dengar melalui:
🔖https://radio.kpkt.gov.my
atau
🔖Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
🔖Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
🎥 Facebook LIVE Radio KPKT
[🔗 https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 TikTok: Radio KPKT





30/08/2026

Jiran bukan sekadar orang sebelah rumah, tapi keluarga terdekat kita. 🤝✨

Teknologi mungkin menghubungkan kita, tapi ihsan dan keprihatinanlah yang menyatukan hati. Ayuh kita eratkan ukhuwah dan saling melengkapi demi Malaysia tercinta! 🇲🇾❤️

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! 🇲🇾Bermula jam 7.00 pagi pada 31 Ogos 2026, Dataran Putrajaya baka...
30/08/2026

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! 🇲🇾

Bermula jam 7.00 pagi pada 31 Ogos 2026, Dataran Putrajaya bakal menjadi saksi kebersamaan seluruh warga tanah air sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026. Berpaksikan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’, kehadiran anda dan keluarga amat dinantikan. ❤️🤍💙💛

Mari kita zahirkan penyatuan jiwa, kasih, dan kebanggaan demi Malaysia tercinta!

30/08/2026

Esok, negara kita bakal menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026! 🇲🇾✨

Masa untuk kita kembali bersatu menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh perpaduan. Sambutan tahun ini dilengkapkan lagi dengan lagu tema “𝐀𝐤𝐮 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢”, ciptaan dan nyanyian Faizal Tahir.

Setiap bait liriknya membawa janji, setiap iramanya menyatukan hati menginspirasikan kita untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta. ❤️🤍💙💛

30/08/2026

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 dan logo Malaysia MADANI p**a dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan tahun ini. ♥️✨

💜 WAWANCARA 27 OGOS 2026/KHAMIS | SEGMEN KEPOCHI KPKT 💜Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai ra...
27/08/2026

💜 WAWANCARA 27 OGOS 2026/KHAMIS | SEGMEN KEPOCHI KPKT 💜

Wawancara kali ini dalam segmen Kepochi KPKT bersama penyampai radio Anaz membicarakan berkenaan “PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM:DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)” perkongsian komprehensif daripada YBrs. TPr Norjafni bin Zainuddin, Pengarah Pejabat Projek Zon Timur, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa(PLANMalaysia).

Segmen ini memperincikan usaha kerajaan dalam merancang serta menguruskan pembangunan semula kawasan bandar lama secara mampan dan teratur demi kesejahteraan masyarakat. Beliau menjelaskan pelbagai potensi fizikal mahupun ekonomi yang boleh diterokai, di samping mendepani cabaran utama seperti pengurusan hak milik hartanah, isu perundangan, serta keperluan memelihara identiti sosial komuniti setempat. Menerusi perancangan bandar yang inklusif dan strategik, pembangunan semula ini berupaya menyuntik nafas baharu kepada lanskap perbandaran negara agar lebih moden, selamat, dan berdaya saing.

Ikuti perkongsian penuh di Facebook Radio KPKT:
🔗https://www.facebook.com/share/v/18MYMh633M/

Teruskan bersama kami di Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda!💜





PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM:DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)🎙SEGMEN KEPOCHI KPKT🎙Per...
26/08/2026

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM:DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PAHANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

🎙SEGMEN KEPOCHI KPKT🎙

Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa dan wajah Negeri Pahang menjelang tahun 2040 nanti?

Perancangan negeri sebenarnya jauh melebihi pelan lukisan dan pembinaan lebuh raya semata-mata. Ia menyentuh hala tuju perumahan, peluang pekerjaan baharu, pemeliharaan alam sekitar, serta kualiti hidup harian yang memberi impak langsung kepada kita dan generasi akan datang!

Jom kita sembang santai bagi mengupas hala tuju pembangunan, projek ‘game changer’ berimpak tinggi, serta peranan anda dalam menyuarakan pandangan demi merealisasikan Pahang yang makmur, lestari, dan berdaya tahan bersama panel jemputan:

📌 TPr Norjafni bin Zainuddin
Pengarah
Pejabat Projek Zon Timur
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(PLANMalaysia)

🎙️Penyampai: Anaz

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
27 Ogos 2026 (Khamis)

Masa:
10:30 Pagi

Dengar melalui:
🔖https://radio.kpkt.gov.my
atau
🔖Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
🔖Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
🎥 Facebook LIVE Radio KPKT
[🔗 https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 TikTok: Radio KPKT





💜 WAWANCARA 18 OGOS 2026/SELASA | SEGMEN KOMUNITI SIHAT 💜Wawancara kali ini dalam segmen Komuniti Sihat bersama penyampa...
18/08/2026

💜 WAWANCARA 18 OGOS 2026/SELASA | SEGMEN KOMUNITI SIHAT 💜

Wawancara kali ini dalam segmen Komuniti Sihat bersama penyampai radio Young Medina menampilkan panel jemputan Encik Mohamad Nazarudin Wakiran, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, membincangkan tajuk “Rasa Dah Sihat, Boleh Berhenti Ubat?”.

Sesi perbincangan ini mengupas implikasi penting terhadap pesakit yang menghentikan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau pegawai farmasi. Walaupun fizikal berasa semakin pulih, pesakit diingatkan agar sentiasa mematuhi jadual serta dos rawatan yang ditetapkan demi mengelakkan risiko komplikasi kesihatan yang lebih berulang atau lebih serius. Kesedarannya amat penting agar masyarakat memahami peranan kepatuhan pengambilan ubat bagi memastikan kawalan penyakit dan kesejahteraan kesihatan jangka panjang yang optimal.

Tonton perkongsian penuh di Facebook Radio KPKT:
🔗https://www.facebook.com/share/v/1Bi6fpc6QN/

Teruskan bersama kami di Radio KPKT, Saluran Komuniti Anda! 💜

Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 Tiktok: Radio KPKT




RASA DAH SIHAT, BOLEH BERHENTI UBAT? 🎙SEGMEN KOMUNITI SIHAT🎙Badan Makin Sihat? Jangan Terburu-Buru Menghentikan Ubat.Per...
17/08/2026

RASA DAH SIHAT, BOLEH BERHENTI UBAT?

🎙SEGMEN KOMUNITI SIHAT🎙

Badan Makin Sihat? Jangan Terburu-Buru Menghentikan Ubat.

Perasaan semakin pulih sebenarnya membuktikan ubat yang diambil secara teratur sedang berkesan. Menghentikan pengambilan ubat tanpa panduan perubatan boleh memburukkan semula keadaan penyakit kronik anda.

Jangan ambil risiko menghentikan ubat sendiri. Dapatkan pengesahan dan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi anda.

Jom ketahui maklumat lanjut bersama panel jemputan:

📌 Encik Mohamad Nazarudin bin Wakiran
Pegawai Farmasi
Institut Kanser Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia

🎙️Penyampai: Young Medina

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh:
18 Ogos 2026 (Selasa)

Masa:
2:30 Petang

Dengar melalui:
🔖https://radio.kpkt.gov.my
atau
🔖Aplikasi Radio KPKT (muat turun di Google Play)
atau
🔖Aplikasi Radio Garden (muat turun di Apps Store)

Tonton secara langsung menerusi:
🎥 Facebook LIVE Radio KPKT
[🔗 https://www.facebook.com/radiokpkt/]

Ikuti kami:
🔖 Instagram: radio_kpkt
🔖 Facebook: Radio KPKT
🔖 TikTok: Radio KPKT




Address

Aras 2, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Radio KPKT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Radio KPKT:

Shortcuts

Share