Bahagian Permata KPM

Bahagian Permata KPM Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia.

Program dibawah Bahagian PERMATA merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan pendidikan yang menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan kebangsaan. Penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut:

“Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik b

agi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.”

05/08/2026
PUTRAJAYA | 4 OGOS 2026 Program Menjulang Aspirasi: Menerokai Potensi, Menggapai Impian 2026Bahagian PERMATA, Kementeria...
04/08/2026

PUTRAJAYA | 4 OGOS 2026
Program Menjulang Aspirasi: Menerokai Potensi, Menggapai Impian 2026

Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menganjurkan Program Menjulang Aspirasi: Menerokai Potensi, Menggapai Impian 2026 yang menghimpunkan 178 orang murid SPM 2026, terdiri daripada 107 murid Kolej PERMATA Pintar, UKM dan 71 murid Kolej PERMATA Insan, USIM.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta bimbingan berkaitan pemilihan program pengajian dan pengisian permohonan UPU mengikut minat, kecenderungan serta kelayakan akademik murid. Di samping itu, para peserta turut didedahkan dengan pelbagai strategi dan panduan bagi membuat perancangan awal ke institusi pengajian tinggi.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Nor Suhara binti Fadzil, Setiausaha Bahagian PERMATA. Diharapkan program ini dapat membantu murid-murid membuat persediaan yang lebih rapi, yakin menentukan hala tuju pendidikan serta merealisasikan impian untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi yang bersesuaian dengan potensi dan aspirasi masing-masing.

PUTRAJAYA, 30 JULAI 2026Sekalung tahniah diucapkan kepada 41 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun ...
31/07/2026

PUTRAJAYA, 30 JULAI 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada 41 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan! Syabas diucapkan kepada barisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Intervensi serta Anggota Kumpulan Pelaksana atas kecemerlangan yang ditunjukkan.

Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Wan Hashim bin Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBrs. Dr. Nor Suhara binti Fadzil, Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan

Selain daripada acara kemuncak penyampaian sijil APC 2025, majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Anak-Anak PERMATA Negara dari Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Integrasi) PERMATA Presint 11 Putrajaya, serta persembahan daripada barisan pegawai dan pendidik Bahagian PERMATA. Terima kasih atas dedikasi dan perkhidmatan cemerlang yang telah dicurahkan. Teruskan kecemerlangan!

PUTRAJAYA | 28 Julai 2026Bahagian PERMATA telah menyertai reruai sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan (KPM...
28/07/2026

PUTRAJAYA | 28 Julai 2026

Bahagian PERMATA telah menyertai reruai sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan (KPM) yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Bertemakan "Jom Membaca", reruai ini menampilkan pelbagai bahan bacaan, hasil kreativiti murid serta aktiviti yang bertujuan menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak sejak usia awal.

Seramai lima (5) orang murid dan empat (4) orang pendidik dari Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Presint 1 serta pegawai Bahagian PERMATA telah menjayakan reruai ini dengan kerjasama murid-murid Prasekolah SK Putrajaya Presint 16, sekali gus menyerlahkan komitmen bersama dalam memupuk budaya membaca dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Reruai Bahagian PERMATA turut diserikan dengan kunjungan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang meluangkan masa meninjau pameran serta beramah mesra dengan murid-murid dan para pendidik.

Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan budaya membaca dan melahirkan generasi yang berilmu, kreatif serta berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

JOHOR, 22 JULAI 2026 Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menganjurkan Lawatan Ilmiah ke Sekolah Seni Ma...
23/07/2026

JOHOR, 22 JULAI 2026

Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menganjurkan Lawatan Ilmiah ke Sekolah Seni Malaysia Johor pada 22 Julai 2026. Lawatan ini turut disertai oleh Setiausaha Bahagian PERMATA iaitu YBrs. Dr Nor Suhara binti Fadzil, bersama Pegawai-Pegawai Bahagian PERMATA iaitu Puan Roslin binti Rasli dan Cik Peron Nanty anak Rupa serta melibatkan seramai 6 orang pendidik daripada PAPN Kulaijaya, PAPN Pasir Gudang dan PAPN Pengerang, Johor.

Lawatan ini diadakan sebagai platform kepada Bahagian PERMATA untuk memperoleh perkongsian ilmu, pengalaman, kepakaran serta amalan terbaik yang boleh dijadikan rujukan dan penanda aras dalam usaha memantapkan pelaksanaan Program PERMATA Seni.

Sesi kunjung bantu YBrs. Dr. Nor Suhara binti Fadzil, Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan diir...
23/07/2026

Sesi kunjung bantu YBrs. Dr. Nor Suhara binti Fadzil, Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan diiringi Penolong Setiausaha Kanan ke PAPN Serkam dan Jasin, Melaka pada 21 Julai 2026 dan PAPN Pengerang, Johor pada 22 Julai 2026. Sesi kunjung bantu ini bertujuan untuk memberi sokongan dan bimbingan kepada pendidik berkaitan pengoperasian dan pengurusan PAPN serta persediaan PAPN untuk penilaian Standard Kualiti Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK).

PUTRAJAYA, 16 Julai 2026 (Khamis) | Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Bengkel Kerja Pembanguna...
16/07/2026

PUTRAJAYA, 16 Julai 2026 (Khamis) | Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan Bengkel Kerja Pembangunan Jurulatih Negeri: Kaedah Bercerita Dalam Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Bagi Pendidik Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) tahun 2026 telah berlangsung pada 15 hingga 16 Julai 2026 di Bilik Latihan Amaryllis, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan.

Bengkel ini merupakan inisiatif pembangunan profesional berterusan (Continuing Professional Development, CPD) bagi memperkukuh kompetensi pendidik dalam mengaplikasikan teknik bercerita secara kreatif dan berkesan bagi merangsang perkembangan bahasa, komunikasi serta literasi awal kanak-kanak selaras dengan Kurikulum PERMATA.

Bengkel telah dikendalikan oleh Puan Nur Hidayah binti Rashidi, Guru Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang berkongsi pendekatan pedagogi, strategi penyampaian dan amalan terbaik dalam pelaksanaan aktiviti bercerita. Sebagai projek rintis, bengkel ini melibatkan penyertaan pendidik dari Pusat Anak PERMATA Negara Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sekalung penghargaan dan ucapan TAHNIAH buat semua kakitangan yang menyertai Pertandingan Memasak MAGGI 2026 di antara B...
15/07/2026

Sekalung penghargaan dan ucapan TAHNIAH buat semua kakitangan yang menyertai Pertandingan Memasak MAGGI 2026 di antara Bahagian KPM.

Acara ini bukan sahaja mengenai masakan, tetapi telah menonjolkan nilai-nilai teras seperti Kerjasama, Kreativiti, Inovasi, dan Kecemerlangan di kalangan semua pasukan yang terlibat. Kami sangat menghargai semangat kesungguhan dan usaha gigih yang ditunjukkan.

Setiap usaha yang anda pamerkan sememangnya satu inspirasi buat kami. Terima kasih kerana menjadikan acara ini satu kejayaan yang tidak dapat dilupakan.

"Setiap usaha, satu inspirasi. Teruskan melakar kejayaan!"

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sekto...
15/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato'.

Pengurniaan ini adalah bersempena dengan Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Sesungguhnya, pengiktirafan ini merupakan manifestasi kecemerlangan serta sumbangan berterusan YBhg. Dato' dalam memartabatkan sistem pendidikan negara.

Ikhlas daripada Setiausaha Bahagian dan seluruh warga kerja Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Address

Level 3, Podium Block, Menara Usahawan
Putrajaya
62652

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60388805151

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Permata KPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Permata KPM:

Shortcuts

Share