Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri NADMA Malaysia Malaysia is geographically located just outside the “pacific Rim of Fire”. Please visit us at www.nadma.gov.my for more information.
(1)

However, the perception that Malaysia is safe from severe natural disasters (particularly earthquake related) is no longer accurate. In recent years, our exposure to climate-related disasters has intensified which as indicated by the scientific community – evidence of the impacts of climate change. In December 2014, Malaysia faced its worst monsoon flood in the country’s history, affecting several

states with Kelantan being the worst off. According to data from the Department of Welfare 541,896 people were affected nationwide and the Government had to bear RM2.58 billion in losses to public infrastructure alone. The flood was the most challenging for the Government given the sheer number of people becoming victims and the magnitude of the flooding which hampered rescue and relief efforts as well as causing extensive damage to infrastructure. In recent time, Malaysia was also compelled to review its vulnerability to earthquake disasters following the 5.9 magnitude tremor in Ranau, Sabah on 5 June 2015 which took the lives of 18 mountain climbers on Mount Kinabalu. In light of these dark episodes in our country and the grave outlook of future disasters, the Government of Malaysia has embarked to transform and beef up our disaster management structure and mechanism. On 26 August 2015, the Cabinet agreed to the establishment of the National Disaster Management Agency (NADMA) under the Prime Minister’s Department taking over the responsibility from the National Security Council. Through NADMA, the government envisions a more resilient nation and society through a sustainable disaster management mechanism, which encompasses before, during, and post disaster policies, programmes, and projects.

𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀)Perhimpunan Bulanan NADMA menjadi platform memperku...
04/08/2026

𝐈𝐍𝐓𝐈𝐏𝐀𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀)

Perhimpunan Bulanan NADMA menjadi platform memperkukuh semangat kebersamaan, kerjasama dan komitmen dalam kalangan warga agensi. Kejayaan organisasi dicapai melalui usaha kolektif, saling menyokong serta kerja berpasukan yang utuh demi mencapai matlamat bersama.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, NADMA akan terus memperkasa budaya kerja cemerlang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berintegriti dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.





𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐌𝐈𝐊SELANGOR , 31 Julai 2026 — Agensi Pengurusan ...
03/08/2026

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐂𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐌𝐈𝐊

SELANGOR , 31 Julai 2026 — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh penyelarasan strategik operasi menerusi Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantapan Organisasi Bahagian Pelaksanaan Operasi (BPO) Bilangan 2 Tahun 2026 bagi mempertingkat tadbir urus, prestasi organisasi serta kesiapsiagaan pengurusan bencana negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA,Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, menghimpunkan pegawai kanan BPO melibatkan Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO), Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) bagi membincangkan pencapaian KPI, 𝘖𝘶𝘵𝘤𝘰𝘮𝘦-𝘉𝘢𝘴𝘦𝘥 𝘉𝘶𝘥𝘨𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 (𝘖𝘉𝘉) 2026 serta perancangan strategik tahun 2027.

Perbincangan turut memberi fokus kepada pengukuhan operasi NADMA melalui pelbagai inisiatif strategik termasuk persediaan 𝘐𝘕𝘚𝘈𝘙𝘈𝘎 𝘌𝘹𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘪𝘧𝘪𝘤𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘐𝘌𝘙) 2026, penggunaan teknologi dron, pengurusan bencana udara dan maritim serta penambahbaikan arahan pengurusan bencana. Melalui pemantapan ini, NADMA terus memperkukuh koordinasi organisasi dan memperkasa pendekatan𝘞𝘩𝘰𝘭𝘦-𝘰𝘧-𝘎𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘞𝘰𝘎) serta𝘞𝘩𝘰𝘭𝘦-𝘰𝘧-𝘚𝘰𝘤𝘪𝘦𝘵𝘺 (𝘞𝘰𝘚) ke arah sistem pengurusan bencana yang lebih bersepadu, cekap dan berdaya tahan.





03/08/2026

𝐑𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐒𝐈𝐆𝐍𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐍

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan, cuaca panas dan kurang hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Borneo termasuk Sarawak bermula 4 hingga 9 Ogos 2026. Pengaruh angin dari arah selatan serta peningkatan titik panas di negara jiran berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan dan mengurangkan jarak ketampakan terutamanya di selatan Sarawak.

Pada masa yang sama, Taufan Dolphin yang sedang aktif di Lautan Pasifik Barat dijangka bergerak ke arah barat menuju ke kepulauan Okinawa, Jepun dan seterusnya ke China pada penghujung tempoh ramalan, 9 Ogos 2026. Keadaan ini berpotensi mengakibatkan angin baratan yang kencang di Sabah dan WP Labuan bermula 6 hingga 9 Ogos 2026.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 2.00 petang
Tarikh: 3 Ogos 2026




⏱️ 5 Minit Yang Boleh Menyelamatkan NyawaApabila amaran bencana dikeluarkan, setiap saat amat berharga. Tindakan pantas ...
03/08/2026

⏱️ 5 Minit Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa

Apabila amaran bencana dikeluarkan, setiap saat amat berharga. Tindakan pantas dalam tempoh lima minit pertama mampu mengurangkan risiko, melindungi diri serta menyelamatkan nyawa.

Segera capai beg siaga, bawa dokumen penting, telefon bimbit dan pengecas, pastikan semua ahli keluarga berkumpul, serta tutup bekalan elektrik dan gas sekiranya diarahkan. Berpindahlah ke lokasi selamat atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila diarahkan dan sentiasa ikuti maklumat rasmi daripada NADMA, MET Malaysia serta pihak berkuasa.





𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀, 𝐒𝐎𝐔𝐓𝐇𝐄𝐑𝐍 𝐕𝐎𝐋𝐔𝐍𝐓𝐄𝐄𝐑𝐒 𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀BATU PAHAT, 2 Ogos — Agensi ...
03/08/2026

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀, 𝐒𝐎𝐔𝐓𝐇𝐄𝐑𝐍 𝐕𝐎𝐋𝐔𝐍𝐓𝐄𝐄𝐑𝐒 𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐍𝐄𝐑𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀

BATU PAHAT, 2 Ogos — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperhebat jaringan kerjasama strategik bersama 𝘚𝘰𝘶𝘵𝘩𝘦𝘳𝘯 𝘝𝘰𝘭𝘶𝘯𝘵𝘦𝘦𝘳𝘴 (𝘚𝘝) menerusi Majlis Pelancaran 𝘚𝘰𝘶𝘵𝘩𝘦𝘳𝘯 𝘝𝘰𝘭𝘶𝘯𝘵𝘦𝘦𝘳𝘴 Majlis Perbandaran Batu Pahat sempena Karnival Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Perbandaran Batu Pahat. Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperkasa pengurusan kesukarelawanan, meningkatkan kesiapsiagaan komuniti serta membina rangkaian sukarelawan yang lebih berdaya tahan bagi menghadapi sebarang bencana dan situasi kecemasan.

Majlis menyaksikan pertukaran simbolik plak dan bendera Rakan NADMA antara Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain bin Moh, dan Dato' Haji 'On Jabbar Ja'afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), sebagai tanda pengukuhan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Kerjasama ini akan memperluas pembangunan kapasiti sukarelawan, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan program kesiapsiagaan dan tindak balas bencana secara lebih bersepadu, sekali gus memperkukuh pendekatan 𝘸𝘩𝘰𝘭𝘦-𝘰𝘧-𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 dalam membina masyarakat yang lebih bersedia dan berdaya tahan.





PERHIMPUNAN BULANAN NADMA BIL. 3/2026Semua warga NADMA dijemput hadir ke Perhimpunan Bulanan seperti ketetapan berikut:🗓...
03/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN NADMA BIL. 3/2026

Semua warga NADMA dijemput hadir ke Perhimpunan Bulanan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Selasa, 4 Ogos 2026
🕤 9.30 pagi
📍Dewan Wawasan,Markas SMART





Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-31 kepada Pasukan Mencari dan Meny...
01/08/2026

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-31 kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Semoga ulang tahun ini menjadi simbol penghargaan terhadap segala jasa, pengorbanan dan komitmen warga SMART dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat, sama ada di dalam mahupun di luar negara, demi melindungi nyawa serta kesejahteraan masyarakat.





Gempa bumi boleh berlaku tanpa amaran dan menyebabkan kerosakan, kecederaan serta kehilangan nyawa. Oleh itu, ketahui la...
01/08/2026

Gempa bumi boleh berlaku tanpa amaran dan menyebabkan kerosakan, kecederaan serta kehilangan nyawa. Oleh itu, ketahui langkah keselamatan bagi melindungi diri dan orang di sekeliling.

Kekal tenang, amalkan prinsip 𝘋𝘳𝘰𝘱, 𝘊𝘰𝘷𝘦𝘳, 𝘏𝘰𝘭𝘥 𝘖𝘯 (Tunduk, Lindung, Pegang), jauhi tingkap dan objek yang boleh tumbang. Selepas gegaran berhenti, keluar melalui tangga ke kawasan terbuka dan ikuti arahan pihak berkuasa.





𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀, 𝐓𝐍𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀PUTRAJAYA, 31 Julai — Agensi Pengur...
01/08/2026

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀, 𝐓𝐍𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

PUTRAJAYA, 31 Julai — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh kerjasama strategik bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana, khususnya memastikan kesinambungan bekalan elektrik kepada infrastruktur kritikal dan komuniti terjejas. Komitmen ini dizahirkan menerusi kunjungan hormat delegasi TNB yang diketuai oleh Puan Shahannom Izham, Chief Regulatory & Stakeholder Management TNB, kepada Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail bin Meor Akim di Ibu Pejabat NADMA.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pengukuhan mekanisme kerjasama melibatkan penyelarasan operasi, perkongsian kepakaran, pemanfaatan aset serta keupayaan logistik bagi menyokong tindak balas dan pemulihan bencana yang lebih berkesan. Kerjasama ini turut mencerminkan pendekatan whole-of-nation yang dipelopori NADMA dalam memperkukuh ekosistem pengurusan bencana negara melalui penglibatan strategik sektor kerajaan, swasta dan komuniti demi meningkatkan daya tahan serta kesejahteraan rakyat.





𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍INDONESIA, 31 Julai — Agensi Pengurusan B...
31/07/2026

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍

INDONESIA, 31 Julai — Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), selaku 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘍𝘰𝘤𝘢𝘭 𝘗𝘰𝘪𝘯𝘵 pengurusan bencana negara, telah menyertai Mesyuarat Ke-48 ASEAN 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘪𝘵𝘵𝘦𝘦 𝘰𝘯 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘈𝘊𝘋𝘔) dan mesyuarat berkaitan di Bandung, Indonesia. Penyertaan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, meningkatkan kesiapsiagaan serta memperkasa pengurusan risiko bencana melalui perkongsian kepakaran dan penyelarasan strategik antara negara-negara ASEAN.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah (Dasar), NADMA. Selaku Pengerusi Bersama 𝘈𝘊𝘋𝘔 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘗𝘳𝘦𝘱𝘢𝘳𝘦𝘥𝘯𝘦𝘴𝘴, 𝘙𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳𝘺, Malaysia membentangkan kemajuan pelaksanaan inisiatif 𝘈𝘈𝘋𝘔𝘌𝘙 𝘞𝘰𝘳𝘬 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 2026–2030 serta mengadakan pertemuan dua hala bersama Republik Korea bagi memperkukuh kerjasama pengurusan bencana. Penglibatan ini terus mengukuhkan peranan NADMA dalam memastikan Malaysia kekal bersedia, berdaya tahan dan memainkan peranan aktif di peringkat serantau.





Address

Level 6 & 7, Blok D5, Complex D
Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60388704800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri:

Shortcuts

Share