Bahagian Sumber Manusia, KPKT

Bahagian Sumber Manusia, KPKT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Sumber Manusia, KPKT, Government Organization, KEMENTERIAN Perumahan DAN KERAJAAN TEMPATAN ARAS 11-12, NO 51, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4, Putrajaya.

Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Penggunaan Generative AI Untuk...
30/06/2026

Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Penggunaan Generative AI Untuk Produktiviti Kerja Harian: Mahir Google-AI, Pemerkasaan Digital Melalui Integrasi Aplikasi Gemini dan NotebookLM Siri 2 Tahun 2026 pada 23 & 24 Jun 2026 bertempat di Bilik Latihan Komputer BSM, Aras 11.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan penggunaan Google Workspace secara sistematik bagi menyokong pengurusan tugasan harian, dokumentasi rasmi, analisis data serta kolaborasi antara jabatan. Pendekatan praktikal akan digunakan bagi memastikan kemahiran yang diperoleh dapat terus diaplikasikan dalam konteks tugasan harian sebenar.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dan dimanfaatkan oleh setiap peserta.

PENCAPAIAN KPKT DALAM 2nd INTERNATIONAL COUNSELING AND WELLNESS INNOVATION COMPETITION 2026 (INNOCARE 2026)Kementerian P...
23/06/2026

PENCAPAIAN KPKT DALAM 2nd INTERNATIONAL COUNSELING AND WELLNESS INNOVATION COMPETITION 2026 (INNOCARE 2026)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mengharumkan nama kementerian di peringkat antarabangsa melalui penyertaan dalam 2nd International Counseling and Wellness Innovation Competition 2026 (INNOCARE 2026) yang telah berlangsung pada 19 hingga 20 Jun 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pertandingan inovasi tersebut telah menghimpunkan seramai 128 penyertaan yang terdiri daripada institusi pendidikan, institusi pengajian tinggi, pakar akademik serta golongan profesional dari dalam dan luar negara. Sebanyak empat (4) kategori inovasi telah dipertandingkan, iaitu Technology & Digital Wellness, Psychoeducation & Prevention, Therapeutic & Intervention Innovation serta Community & Inclusive Wellness.

Dalam pertandingan tersebut, KPKT telah mempertaruhkan dua (2) inovasi psikologi yang dibangunkan oleh Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia dan berjaya memperoleh pengiktirafan seperti berikut:

a) Modul RESET KPKT: Modul Pengukuhan Daya Tahan Psikologi dan Kesejahteraan Pekerja
Kategori: Therapeutic & Intervention Innovation
Pencapaian: Pingat Emas (Gold Medal)

b) i-KIT KPKT: Kit Penjagaan Kendiri Digital Kesejahteraan Psikologi
Kategori: Technology & Digital Wellness
Pencapaian: Pingat Perak (Silver Medal)

Kejayaan yang diraih ini membuktikan keupayaan dan komitmen KPKT dalam membangunkan inovasi psikologi yang berkualiti, relevan serta berimpak tinggi dalam memperkukuh kesejahteraan mental, daya tahan psikologi dan kesejahteraan warga kerja.

Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia Kursus telah mengadakan Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bah...
09/06/2026

Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia Kursus telah mengadakan Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa Tahun 2026 (Siri Khas KPKT) pada pada 18 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Dorsett Hotel, Putrajaya. Seramai 29 orang peserta daripada pelbagai bahagian, jabatan dan agensi telah hadir dengan jayanya.

Penganjuran program ini merupakan Kursus intensif selama 5 hari dengan kerjasama strategik antara KPKT, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terutamanya dalam ranah perkhidmatan awam.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah Puan Hasnah binti Mohd. Saleh, Munsyi Dewan (Bahasa) atas perkongsian dan curahan ilmu kepada peserta bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu yang berkualiti tinggi.

Diharap segala ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dan dimanfaatkan oleh setiap peserta.

📌 KURSUS SMART INSANI KPKT TAHUN 2026Pada 18 hingga 20 Mei 2026, Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber...
25/05/2026

📌 KURSUS SMART INSANI KPKT TAHUN 2026

Pada 18 hingga 20 Mei 2026, Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia, KPKT telah berjaya menganjurkan Kursus Smart Insani KPKT Tahun 2026 bertempat di IKPKT, Berjaya Hills, Bukit Tinggi.

Program ini dilaksanakan bertujuan memperkukuhkan pembangunan sahsiah, meningkatkan motivasi diri serta menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan perkhidmatan harian warga KPKT. Pelbagai slot pengisian telah dikendalikan sepanjang kursus meliputi aspek pembentukan personaliti cemerlang, pengukuhan jati diri, daya saing serta pemantapan rohani.

Semoga penganjuran program ini dapat melahirkan warga kerja yang lebih berintegriti, berdaya saing dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan aspirasi KPKT.





Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Penggunaan Generative AI Untuk...
22/05/2026

Unit Pengurusan Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Penggunaan Generative AI Untuk Produktiviti Kerja Harian: Mahir Google-AI, Pemerkasaan Digital Melalui Integrasi Aplikasi Gemini dan NotebookLM Siri 1 Tahun 2026 pada 11 & 12 Mei 2026 bertempat di Bilik Latihan Komputer BSM, Aras 11.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan penggunaan Google Workspace secara sistematik bagi menyokong pengurusan tugasan harian, dokumentasi rasmi, analisis data serta kolaborasi antara jabatan.

Terima kasih kepada penceramah dan juga kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dan dimanfaatkan oleh setiap peserta.

Program Transformasi Minda (PTM) Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 20 hingga 24 April 2026, bertempat di Institu...
21/05/2026

Program Transformasi Minda (PTM) Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 20 hingga 24 April 2026, bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Pahang.
Program ini telah dihadiri oleh 41 orang peserta dari pelbagai Skim. Tujuan PTM adalah untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

19/05/2026
Program Wacana Minda (Bengkel Bersemuka) Siri 2/2026 telah diadakan pada 7 April 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Latiha...
21/04/2026

Program Wacana Minda (Bengkel Bersemuka) Siri 2/2026 telah diadakan pada 7 April 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Latihan Teratai, Aras 11, BSM KPKT.

Program ini telah dihadiri oleh warga KPKT, Jabatan dan Agensi. Objektif program ini adalah bertujuan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif serta berdaya tahan dalam berhadapan dengan persekitaran yang mencabar. Warga kerja yang sejahtera dan harmoni bukan sahaja lebih produktif, malah mampu mengekalkan kualiti kerja yang cemerlang walaupun dalam situasi yang paling mencabar.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Nurrul Azwa binti Mohd Kassim, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Pengurusan Psikologi, BSM, KPKT dengan topik “Lensa Minda, Bagaimana Kita lihat Dunia”.

Program Wacana Minda (Bengkel Bersemuka) Siri 1/2026 telah diadakan pada 25 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Lati...
21/04/2026

Program Wacana Minda (Bengkel Bersemuka) Siri 1/2026 telah diadakan pada 25 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Latihan Teratai, Aras 11, BSM KPKT.

Program ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta terdiri daripada warga KPKT, Jabatan dan Agensi. Objektif program ini adalah bertujuan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif serta berdaya tahan dalam berhadapan dengan persekitaran yang mencabar. Warga kerja yang sejahtera dan harmoni bukan sahaja lebih produktif, malah mampu mengekalkan kualiti kerja yang cemerlang walaupun dalam situasi yang paling mencabar.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Nurrul Azwa binti Mohd Kassim, Pegawai Psikologi Kanan, Unit Pengurusan Psikologi, BSM, KPKT dengan topik “Mengenali Tekanan, Memahami Diri”.

Program Wacana Minda Siri 1 Tahun 2026 telah diadakan pada 10 Mac 2026 (Rabu) secara dalam talian aplikasi Zoom. Program...
21/04/2026

Program Wacana Minda Siri 1 Tahun 2026 telah diadakan pada
10 Mac 2026 (Rabu) secara dalam talian aplikasi Zoom.

Program ini telah dihadiri seramai 600 orang peserta terdiri daripada warga KPKT, Jabatan dan Agensi. Objektif program ini adalah untuk memperkasa Resiliensi Warga Kerja (Organisasi), meningkatkan kefahaman pegawai terhadap budaya organisasi dan kesediaan menghadapi perubahan (change management) demi mencapai visi dan misi jabatan.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan YBrs. Dr. Alizi bin Alias, Pakar Psikologi Organisasi dengan topik “Menukar Tekanan Menjadi Kemenangan : Memperkasa Resiliensi Warga Kerja KPKT”.

Address

KEMENTERIAN Perumahan DAN KERAJAAN TEMPATAN ARAS 11-12, NO 51, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 15:00

Telephone

+60388915223

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Sumber Manusia, KPKT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Sumber Manusia, KPKT:

Shortcuts

Share