Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK

Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK, Government Organization, Aras Bawah, Kuarters Kerajaan Fasa 12, Blok 12E2, Jalan P9C/1, Presint 9, 62250, Putrajaya.

Page rasmi Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) merupakan kesatuan pekerja bagi mewakili Pegawai Eksekutif/Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan Gunasama Persekutuan / Negeri Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya / Labuan.

Selamat petang semua.๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏKesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah k...
28/07/2026

Selamat petang semua.

๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐๐š๐ฌ๐ก๐š๐ก ๐›๐ข๐ง ๐๐š๐œ๐ก๐ข๐ค di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS).

Semoga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah serta memartabatkan gerakan kesatuan sekerja di Malaysia.

Ikhlas daripada:
KEPAK

United We Stand

sk- KEPAK Negeri Melaka
Kesatuan Pegawai Eksekutif Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
KEPAK Negeri Selangor
Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK PERAK
Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang
Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Perak
Kepak Pulau Pinang
Kepak Negeri Kelantan
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia

PEMAKLUMAN RASMI PELAKSANAAN HBH
27/07/2026

PEMAKLUMAN RASMI PELAKSANAAN HBH

Hari Bekerja Hibrid (HBH) tidak memerlukan arahan atau permohonan.

Pelaksanaan HBH adalah berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan, mengambil kira skop tugas, keperluan perkhidmatan serta pencapaian prestasi pegawai.

Pada masa yang sama, terdapat sektor dan fungsi tertentu yang dikecualikan daripada pelaksanaan HBH kerana memerlukan kehadiran fizikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

HBH merupakan norma kerja baharu yang mengimbangi fleksibiliti bekerja dengan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam.

Pautan: https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Waktu-bekerja/59/

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›Majlis Jawatankuasa Kerja KEPAK Pusat (MJKKP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan ...
14/07/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›

Majlis Jawatankuasa Kerja KEPAK Pusat (MJKKP) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐˜‡๐˜‡๐—ฎ๐—น ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฏ di atas kenaikan pangkat yang telah diterima.

Pengiktirafan ini merupakan satu ganjaran serta penghargaan terhadap kepimpinan, pengalaman dan komitmen Tuan Haji demi memperkasakan perkhidmatan awam. MJKKP KEPAK amat menghargai jalinan kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada KEPAK sepanjang mengendalikan hal ehwal berkaitan kesatuan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam menggalas amanah yang lebih besar. Semoga hubungan baik dan kerjasama strategik antara KEPAK dan pihak Tuan Haji akan terus diperkukuhkan demi kemajuan perkhidmatan awam serta kesejahteraan warga penjawat awam.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya.

Ikhlas daripada
๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ (๐— ๐—๐—ž๐—ž๐—ฃ)
๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ




๐Ÿ“š ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐๐Ÿ— ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Selamat petang EOs.Kesatuan Pegawai Eksekutif Seme...
13/07/2026

๐Ÿ“š ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐๐Ÿ— ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Selamat petang EOs.

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh calon PPT yang akan menduduki Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir N9 Tahun 2026.

Semoga semua calon PPT:
โœจ Dipermudahkan segala urusan;
โœจ Diberikan ketenangan dan keyakinan sepanjang peperiksaan; dan
โœจ LULUS Peperiksaan dengan jayanya;

Jangan lupa bawa bahan bacaan yang telah ditetapkan, salinan kad pengenalan, salinan slip peperiksaan dan peralatan menulis.

KEPAK sentiasa mendoakan kejayaan di atas usaha anda.

Sekian.




๐Ÿ† ๐Ÿ† ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐Ÿ†Selamat petang EOs!!Jom berkongsi selingan program Pertandingan Boling KEPAK Tahun 2026 di E...
04/07/2026

๐Ÿ† ๐Ÿ† ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐Ÿ†

Selamat petang EOs!!
Jom berkongsi selingan program Pertandingan Boling KEPAK Tahun 2026 di Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan, komitmen dan prestasi cemerlang dalam Kejohanan Boling KEPAK.

๐ŸŒŸ Keputusan Kejohanan:

๐Ÿฅ‡Juara: KEPAK KEPAK KEBOOM, KEPAK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
๐Ÿฅˆ Naib Juara: TURTLE BOWLER, KEPAK Terengganu
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: INCREDIBOWLS, KEPAK Selangor

Syabas kepada para pemenang atas kejayaan yang diraih. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tidak dilupakan, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua kontinjen, para peserta, urus setia induk JK Biro Sukan Dan Sosial KEPAK, barisan MJKKP, penaja program serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Juga jemputan khas pasukan Jabatan Hal Ehwal Sekerja Selangor & WP.

Kehadiran, kerjasama dan semangat kesukanan yang dipamerkan telah menjadikan kejohanan ini berlangsung dengan lancar, meriah dan penuh makna.

Kepada pasukan yang belum berjaya, teruskan berusaha. Setiap pengalaman adalah langkah ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
Semoga semangat ukhuwah, perpaduan dan persaudaraan yang terjalin melalui kejohanan ini akan terus diperkukuhkan demi memartabatkan KEPAK.

Jumpa lagi di Kejohanan Boling KEPAK yang akan datang dan Jom sertai program KEPAK yang akan datang nanti.

Sekian.








Kesatuan Pegawai Eksekutif Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
KEPAK Negeri Selangor

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€๐€๐ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐Š ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐Assalammualaikum wbt EOs..Selamat petangโ€ฆPada Hari iniโ€ฆLawatan ke...
02/07/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€๐€๐ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐Š ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

Assalammualaikum wbt EOs..
Selamat petangโ€ฆ

Pada Hari iniโ€ฆ

Lawatan kebajikan sempena persaraan ahli-ahli KEPAK Negeri Kelantan telah diadakan pada 18, 19 dan 30 Jun 2026 oleh En. Mohd Zaidi bin Che Din, Pengerusi KEPAK Negeri Kelantan.

Lawatan bertujuan bagi menyampaikan sumbangan secara one off kepada ahli-ahli yang bersara. Ahli-ahli KEPAK Negeri Kelantan yang bersara adalah :

1. PUAN FARISAH AZURIE BINTI HJ. MOHD ARIFIN
2. ENCIK MOHD YUNUS BIN MAHMOOD
3. ENCIK NOOR HAMIDI BIN MD NOR

KEPAK merakamkan setinggi ucapan terima kasih di atas sumbangan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ahli-ahli KEPAK yang telah bersara ini. Semoga ahli-ahli yang telah bersara ini terus kekal sihat, cergas dan aktif serta sentiasa di bawah perlindungan dan rahmatNya.

Bersama-sama kita terus berusaha dan mempromosikan keahlian KEPAK agar terus berkembang dan dapat menyatukan ke semua EOs bersama-sama memartabatkan skim perkhidmatan dan kesatuan kita ini.

Sekian.




๐’๐Ž๐€๐‹ ๐’๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐‚๐”๐“๐ˆ ๐’๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐“๐‘๐Ž๐Š ๐๐„๐‘๐†๐€๐‰๐ˆ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐Ž๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐”๐‹๐€๐Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Sa...
01/07/2026

๐’๐Ž๐€๐‹ ๐’๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€๐‡๐€๐ ๐‚๐”๐“๐ˆ ๐’๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐“๐‘๐Ž๐Š ๐๐„๐‘๐†๐€๐‰๐ˆ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐๐Ž๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐”๐‹๐€๐

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI dan Selamat Pagi EOs serta rakan-rakan kesatuan sekerja yang bernaung di bawah Cuepacs - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam.

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) melalui Biro SKIM sedang menyediakan Kertas Kerja bertajuk Kemudahan Cuti Sakit (Strok) Bergaji Penuh Bagi Tempoh 12 Bulan.

Sehubungan itu, satu soal selidik telah disediakan bagi yang bertujuan seperti berikut:

1. Mengumpul maklumat berkaitan tahap kefahaman mengenai penyakit strok di kalangan penjawat awam; dan

2. Mengkaji keberkesanan dan keperluan pelaksanaan kemudahan cuti sakit strok bergaji penuh selama 12 bulan dalam kalangan penjawat awam.

Tuan / Puan dialu-alukan untuk menjawab Soal-Selidik ini yang telah dibuka bermula ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐ŸŽ๐Ÿ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐ŸŽ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” sahaja.

Kerjasama tuan/puan adalah dipohon untuk melengkapkan soal selidik tersebut melalui pautan berikut:

[๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ๐ฌ.๐ ๐ฅ๐ž/๐Ÿ๐œ๐†๐Ÿ—๐Ÿ๐•๐๐๐ก๐Ÿ•๐Ÿ”๐ƒ๐Ÿ“๐„๐ ๐๐Ÿ”]

Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK)


KEPAK Negeri Melaka
Kesatuan Pegawai Eksekutif Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK PERAK
Kepak Pulau Pinang
Kepak Negeri Kelantan

30/06/2026
๐’๐„๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐€๐‹๐Ž๐† ๐๐ˆ๐‘๐Ž ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐„๐๐€๐Š, ๐Œ๐‰๐Š๐Š๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ-๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐Š ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐Š๐๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 27 Jun 2026 Sab...
27/06/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐€๐‹๐Ž๐† ๐๐ˆ๐‘๐Ž ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐„๐๐€๐Š, ๐Œ๐‰๐Š๐Š๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ-๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐Š ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐Š๐

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 27 Jun 2026 Sabtu
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 malam
๐Ÿ“ Platform: Secara Atas Talian

Biro Skim KEPAK bersama Ahli Jawatankuasa AJK Biro Skim, Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia MJKKP sesi 2025โ€“2027 serta Pengerusi-Pengerusi KEPAK Negeri PKN telah mengadakan Sesi Dialog secara atas talian bagi membincangkan hala tuju dan perancangan strategik berkaitan pembangunan skim perkhidmatan.

Antara pengisian dan pembentangan yang telah disampaikan adalah seperti berikut:

1. Pengenalan MJKKP KEPAK Pusat sesi 2025โ€“2027;
2. Pengenalan Pengerusi-Pengerusi KEPAK Negeri PKN sesi 2025โ€“2027;
3. Pengenalan Ahli Jawatankuasa Biro Skim KEPAK sesi 2025โ€“2027;
4. Piagam Biro Skim sesi 2025โ€“2027;
5. Kalendar Penglibatan KEPAK bersama CUEPACS, JPA dan pihak-pihak berkepentingan;
6. Simulasi Cabutan Lapan 8 Kertas Kerja Biro Skim secara berfasa;
7. Kertas Kerja Penambahbaikan Kemudahan Cuti Sakit Bergaji Penuh sehingga Dua Belas 12 Bulan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang Menghidap Strok untuk diangkat sebelum 13 Julai 2026; dan
8. Carta Gantt bagi fasa penyediaan data sehingga penyediaan kertas kerja dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Dalam sesi tersebut, Presiden KEPAK turut menyeru agar Pengerusi-Pengerusi KEPAK Negeri PKN, ahli MJKKP serta seluruh ahli KEPAK terus berganding bahu dengan mengemukakan idea, pandangan dan perkongsian maklumat bagi memperkukuh usaha serta penambahbaikan skim perkhidmatan.

Sesi dialog ini menjadi platform yang efektif dalam memperkukuh kerjasama, menyelaras tindakan serta memastikan setiap cadangan yang dibangunkan adalah relevan, berkualiti dan memberi manfaat kepada warga perkhidmatan awam.

โ€œBersatu Memperkasa Skim, Bersama Mengangkat Martabat Perkhidmatan.โ€

Sekian, terima kasih.



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐†๐„๐‘๐€๐ ๐๐‡๐„๐Š๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Hai EOs!!KEPAK telah menghadiri Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sek...
23/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐†๐„๐‘๐€๐ ๐๐‡๐„๐Š๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Hai EOs!!

KEPAK telah menghadiri Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 Peringkat Semenanjung Malaysia pada:

๐Ÿ“… 23 Jun 2026 (Selasa)
๐Ÿ•š 11.00 pagi โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ The Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

KEPAK telah diwakili oleh Saudara Presiden Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK), Encik Mohd Faizal bin Zainal Abidin. Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia.

Geran PHEKS merupakan inisiatif Kementerian Sumber Manusia melalui JHEKS dalam memperkasakan pembangunan dan pengukuhan kesatuan sekerja demi kesejahteraan pekerja serta kemajuan negara. KEPAK amat berterima kasih dan mengalu-alukan pemberian geran ini dalam meningkatkan sistem tadbir urus lebih baik dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada ahli-ahlinya iaitu skim Penolong Pegawai Tadbir.

KEPAK mengucapkan setinggi Tahniah kepada semua kesatuan yang menerima Geran PHEKS 2026 pada hari ini dan sekali lagi penghargaan terima kasih kepada JHEKS di atas kelulusan permohonan peruntukan ini.

Sekian.





Address

Aras Bawah, Kuarters Kerajaan Fasa 12, Blok 12E2, Jalan P9C/1, Presint 9, 62250
Putrajaya
62520

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60189824409

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK:

Shortcuts

Share