Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM Laman Facebook Rasmi
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang,
Jabatan Perdana Menteri (BHEUU). More info at http://www.bheuu.gov.my

Official page of Legal Affairs Division, Prime Minister's Department.

Semangat Patriotisme Melalui Seni BahasaMenghayati semangat kemerdekaan melalui bait-bait puisi, para peserta Sayembara ...
02/08/2026

Semangat Patriotisme Melalui Seni Bahasa

Menghayati semangat kemerdekaan melalui bait-bait puisi, para peserta Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Kali Ke-40 Tahun 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Datuk Zamri bin Misman sempena Sesi Pertemuan Ketua Pengarah bersama Warga BHEUU bagi bulan Julai 2026 yang berlangsung pada 29 Julai 2026 di Dewan Saksama, Aras 2, BHEUU.

Penyampaian sijil ini merupakan tanda penghargaan atas penyertaan dan komitmen warga BHEUU dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta penghayatan nilai-nilai kemerdekaan melalui seni deklamasi puisi.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam program tersebut.





02/08/2026

Soroton Laporan Media Berkaitan:

Kerajaan sedang meneliti pindaan terhadap Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] bagi menetapkan tempoh tahanan yang lebih jelas, sekali gus memastikan keseimbangan antara keadilan kepada mangsa, keselamatan awam dan peluang pemulihan pesalah kanak-kanak.



02/08/2026

Sorotan Berita Lensa BHEUU - Sesi Pertemuan Ketua Pengarah Bersama Warga BHEUU Bulan Julai 2026



02/08/2026

Rangkuman Sesi Pertemuan Ketua Pengarah Bersama Warga BHEUU, Bulan Julai 2026




⚖️ Kedaulatan Undang-Undang bukan sekadar prinsip, tetapi tunjang kepada keadilan, ketelusan dan kemakmuran negara.Kenal...
02/08/2026

⚖️ Kedaulatan Undang-Undang bukan sekadar prinsip, tetapi tunjang kepada keadilan, ketelusan dan kemakmuran negara.

Kenali Indeks Kedaulatan Undang-Undang Malaysia dan peranannya dalam mengukur keberkesanan sistem perundangan demi masa depan negara yang lebih berintegriti.



Memperkasa Celik Digital Warga BHEUU Penyampaian hadiah kepada para pemenang KAHOOT Bulan ICT telah diadakan sempena Ses...
01/08/2026

Memperkasa Celik Digital Warga BHEUU

Penyampaian hadiah kepada para pemenang KAHOOT Bulan ICT telah diadakan sempena Sesi Pertemuan Ketua Pengarah bersama Warga BHEUU bagi bulan Julai 2026 yang berlangsung pada 29 Julai 2026 di Dewan Saksama, Aras 2, BHEUU.

Aktiviti KAHOOT Bulan ICT merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan serta kesedaran warga BHEUU berkaitan teknologi maklumat dan pendigitalan secara interaktif.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian yang telah diraih serta terima kasih kepada semua warga yang telah memberikan penyertaan dan sokongan terhadap aktiviti yang dianjurkan.





MEMPERKUKUH TADBIR URUS: SESI NAZIRAN BHEUU DI YAYASAN SSL ORANG BERKEPERLUAN KHASSelangor, 31 Julai 2026 – Bahagian Hal...
01/08/2026

MEMPERKUKUH TADBIR URUS: SESI NAZIRAN BHEUU DI YAYASAN SSL ORANG BERKEPERLUAN KHAS

Selangor, 31 Julai 2026 – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan sesi lawatan naziran ke Yayasan SSL Orang Berkeperluan Khas sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam memperkukuh tadbir urus pertubuhan perbadanan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]. Sesi lawatan ini diketuai oleh Penolong-penolong Pendaftar iaitu, En. Tham Hong Loong dan En. Charles Peters.

Objektif utama penubuhan yayasan ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan, kesihatan, dan kesejahteraan sosial golongan berkeperluan khas menerusi kaedah yang terancang.

Sesi naziran ini bertujuan memberi ruang kepada BHEUU untuk meneliti aspek pengurusan dan pengoperasian yayasan termasuk struktur pentadbiran, pelaksanaan program, pengurusan dana, pematuhan di bawah Akta 258 serta hala tuju organisasi pada masa hadapan. Pihak BHEUU turut mengadakan sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak pentadbiran yayasan bagi berkongsi cabaran semasa serta cadangan penambahbaikan dari sudut tadbir urus dan pengoperasian yayasan.

Dalam sesi tersebut, pihak BHEUU turut menekankan kepentingan memastikan sesebuah pemerbadanan pemegang amanah terus bergerak aktif, melaksanakan program secara berkala serta mengekalkan struktur pemegang amanah yang lengkap dan berfungsi demi memastikan objektif penubuhan yayasan terus relevan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Pelaksanaan sesi naziran ini mencerminkan komitmen berterusan BHEUU dalam memastikan setiap pertubuhan perbadanan di bawah seliaannya beroperasi secara aktif, berakauntabiliti, telus dan berintegriti selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.




01/08/2026

Soroton Laporan Media Berkaitan :

Malaysia terus memperkukuh usaha membanteras gejala buli menerusi penguatkuasaan Akta Antibuli 2026 [Akta 876] dan penubuhan Tribunal bagi Antibuli (TAB).



01/08/2026

Sorotan Berita Lensa BHEUU - Innofest dan Hari Terbuka Perpustakaan BHEUU 2026



📌 SESI PERTEMUAN KETUA PENGARAH BERSAMA WARGA BHEUU | JULAI 2026Sesi pertemuan ini menjadi platform memperkukuh komunika...
01/08/2026

📌 SESI PERTEMUAN KETUA PENGARAH BERSAMA WARGA BHEUU | JULAI 2026

Sesi pertemuan ini menjadi platform memperkukuh komunikasi, menyelaras hala tuju organisasi dan menghargai komitmen seluruh warga BHEUU dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

Bersama kita terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, mengutamakan integriti serta menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berimpak kepada rakyat.



Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388851000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM:

Shortcuts

Share