24/07/2026
PENGANJURAN BENGKEL SEMAKAN GARIS PANDUAN PENILAIAN AKREDITASI LPP DAN BENGKEL PEMANTAPAN PENGAJAR DMHS/BMHS
MELAKA, 24 JULAI 2026 – Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP), Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah selesai melaksanakan dua program strategik secara serentak selama tiga hari, bermula 22 hingga 24 Julai 2026, bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Melaka.
Dua program utama yang dilaksanakan ialah:
1. Bengkel Semakan Garis Panduan Penilaian Akreditasi MQA bagi Lembaga Pembantu Perubatan (LPP); dan
2. Bengkel Pemantapan Pengajar/Pensyarah Diploma in Medical and Health Sciences (DMHS)/Bachelor of Medical and Health Sciences (BMHS).
Bengkel Semakan Garis Panduan Penilaian Akreditasi MQA bagi LPP
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pemurnian kerangka dokumen dan instrumen penilaian akreditasi agar selaras dengan keperluan semasa Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) serta Standards and Guidelines for Medical Assistants Education Programme, 4th Edition.
Antara pencapaian utama bengkel ialah pembangunan draf instrumen penilaian yang komprehensif, termasuk rubrik pematuhan yang holistik serta mekanisme pelaporan penilaian akreditasi yang lebih sistematik dan berorientasikan digital. Instrumen ini merangkumi keperluan penilaian bagi Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh.
Proses penyelarasan dan pemurnian dokumen telah dilaksanakan secara intensif melalui beberapa siri pembentangan, perbincangan dan semakan bersama pihak berkepentingan bagi memastikan dokumen yang dibangunkan bersifat komprehensif, praktikal dan memenuhi keperluan penilaian akreditasi semasa.
Tindakan Susulan (Way Forward)
Draf instrumen penilaian dan garis panduan akreditasi yang telah dimurnikan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan LPP dan Mesyuarat Lembaga Pembantu Perubatan untuk pertimbangan dan kelulusan.
Selain itu, beberapa siri dry run akan dilaksanakan bagi menguji kebolehgunaan instrumen, memastikan keseragaman tafsiran dalam kalangan panel penilai serta memastikan instrumen tersebut benar-benar bersedia untuk digunakan dalam proses penilaian akreditasi.
Bengkel Pemantapan Pengajar/Pensyarah DMHS/BMHS
Bengkel pemantapan ini memberi fokus kepada usaha memperkasakan pengetahuan, kemahiran, kompetensi dan profesionalisme barisan pengajar serta pensyarah yang terlibat dalam pendidikan profesion Penolong Pegawai Perubatan, merangkumi institusi pendidikan di bawah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh kapasiti pendidik serta memastikan penyampaian pendidikan dan latihan dalam bidang sains perubatan dan kesihatan sentiasa memenuhi keperluan semasa, sejajar dengan perkembangan profesion serta mencapai tahap kualiti dan kecemerlangan yang tinggi.
Sesi Dialog dan Majlis Perasmian Penutup
Sebagai penutup program, satu Sesi Dialog dan Majlis Perasmian Penutup telah diadakan bagi merumuskan hasil dapatan, membincangkan isu-isu berkaitan serta memperincikan hala tuju dan tindakan susulan bagi kedua-dua bengkel.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia (KPPPM), Tuan Haji Zulhelmi bin Abdullah, atas kepimpinan dan sokongan berterusan dalam memperkukuh pembangunan pendidikan serta profesion Penolong Pegawai Perubatan.
Tahniah dan penghargaan turut dirakamkan kepada semua Ahli Panel Penilai LPP, Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia (TKPPPM), Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri (KPPPN), wakil MQA, tenaga pengajar, jawatankuasa urus serta seluruh peserta atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang diberikan sepanjang pelaksanaan program.
Semoga inisiatif berterusan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan sistem pendidikan, pemantapan kualiti penilaian akreditasi serta pembangunan kompetensi pendidik, seterusnya memacu kecemerlangan dan melestarikan kualiti profesion
Pegawai Perubatan di Malaysia.
WORKSHOP ON THE REVIEW OF LPP ACCREDITATION ASSESSMENT GUIDELINES & ENHANCEMENT WORKSHOP FOR DMHS/BMHS EDUCATORS
MELAKA, 24 JULY 2026 – The Assistant Medical Officer Services Section (CPPPP), Medical Practice Division, Ministry of Health Malaysia, has successfully concluded two strategic programmes held concurrently over three days, from 22 to 24 July 2026, at the JKR Centre of Excellence in Engineering and Technology (CREaTE), Melaka.
The two main programmes conducted were:
1. The Workshop on the Review of MQA Accreditation Assessment Guidelines for the Medical Assistants Board (LPP); and
2. The Enhancement Workshop for Diploma in Medical and Health Sciences (DMHS) / Bachelor of Medical and Health Sciences (BMHS) Educators and Lecturers.
Workshop on the Review of MQA Accreditation Assessment Guidelines for LPP
This workshop focused on refining the document framework and assessment instruments to align with current requirements under the Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) and the Standards and Guidelines for Medical Assistants Education Programme (4th Edition).
Key outcomes of the workshop included the development of a comprehensive draft assessment instrument, incorporating a holistic compliance rubric and a more systematic, digitally oriented accreditation reporting mechanism. This instrument encompasses evaluation requirements for both Provisional and Full Accreditation.
The alignment and refinement processes were intensively conducted through a series of presentations, discussions, and reviews with key stakeholders to ensure that the final documents are comprehensive, practical, and fully compliant with contemporary accreditation standards.
Way Forward
The refined draft assessment instrument and accreditation guidelines will be presented at the LPP Education Committee Meeting and the Medical Assistants Board Meeting for formal consideration and approval.
Additionally, several dry-run sessions will be conducted to test the usability of the instrument, ensure consistency of interpretation among panel assessors, and verify that the framework is fully ready for deployment in future accreditation evaluations.
Enhancement Workshop for DMHS/BMHS Educators and Lecturers
This workshop aimed to empower the knowledge, skills, competencies, and professionalism of educators and lecturers involved in Medical Assistant education across Ministry of Health Training Institutes (ILKKM), Public Higher Education Institutions (IPTA), and Private Higher Education Institutions (IPTS).
This initiative forms part of an ongoing commitment to strengthen educator capacity and ensure that the delivery of medical and health sciences education remains responsive to current industry needs, aligned with professional advancements, and compliant with high standards of quality and excellence.
Dialogue Session and Closing Ceremony
To conclude the programme, a Dialogue Session and Closing Ceremony were held to summarise key findings, address relevant issues, and outline the strategic direction and follow-up actions for both workshops.
Heartfelt appreciation is extended to the Chief Assistant Medical Officer of Malaysia (KPPPM), Tuan Haji Zulhelmi bin Abdullah, for his leadership and continuous support in advancing the education and profession of Assistant Medical Officers.
Congratulations and sincere gratitude are also expressed to all LPP Panel Assessors, Deputy Chief Assistant Medical Officers of Malaysia (TKPPPM), State Chief Assistant Medical Officers (KPPPN), MQA representatives, educators, the organising committee, and all participants for their dedication, commitment, and valuable contributions throughout the event.
May this ongoing initiative serve as a catalyst for strengthening the education system, enhancing accreditation quality, and elevating educator competencies—ultimately driving excellence and sustaining the quality of the Assistant Medical Officer profession in Malaysia.