Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Misi

Menjadi Peneraju Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan oleh Profesion SKB Ke arah Kesejahteraan Rakyat

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan L. Mageswary a/p Lapchamanan, Pengarah B...
17/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan L. Mageswary a/p Lapchamanan, Pengarah BSKB, atas segala jasa, dedikasi dan pengorbanan sepanjang perkhidmatan beliau.

Pada 16 Mac 2026, kita menyaksikan berakhirnya satu perjalanan kerjaya yang penuh cemerlang, namun legasi kepimpinan dan sumbangan beliau akan terus terpahat dalam ingatan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja. Komitmen tinggi, ketegasan dalam membuat keputusan, serta keprihatinan terhadap pembangunan warga kerja telah membawa banyak perubahan positif dan kecemerlangan kepada organisasi.

Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang berwibawa, malah seorang mentor yang sentiasa membimbing, memberi dorongan dan membuka ruang kepada pembangunan potensi orang lain. Setiap usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi asas kepada kejayaan yang kita kecapi hari ini.

Sesungguhnya, pemergian beliau daripada perkhidmatan bukanlah satu kehilangan, tetapi satu permulaan kepada fasa baharu yang lebih bermakna dalam kehidupan. Semoga segala jasa dan bakti beliau diberkati serta dikenang sepanjang masa.

Selamat bersara dan selamat melangkah ke alam baharu. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan ketenangan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segalanya, puan. Jasa dan pengorbanan puan tidak akan dilupakan.

Ikhlas daripada kami semua 🌹

Warga Kerja BSKB

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim diatas pelantikan sebagai Pendaftar Majlis Profesion...
13/03/2026

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim diatas pelantikan sebagai Pendaftar Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu dan Puan Puspawati binti Mohamed yang telah dilantik sebagai Setiausaha Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu

Warga kerja BSKB ingin mengucapkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. ...
10/03/2026

Warga kerja BSKB ingin mengucapkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha KKM yang baharu.

🌍👂 WORLD HEARING DAY 2026 – FUN WALK 👟Mari sertai kami meraikan Hari Pendengaran Sedunia (WHD) 2026 dengan penuh semanga...
03/02/2026

🌍👂 WORLD HEARING DAY 2026 – FUN WALK 👟
Mari sertai kami meraikan Hari Pendengaran Sedunia (WHD) 2026 dengan penuh semangat komuniti!

📅 Tarikh: Sabtu, 11 April 2026
⏰ Masa: Flag Off 7.30 pagi
📍 Lokasi: Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya
🏃‍♂️ Jarak: 3 KM

🎉 Aktiviti Menarik:
✅ Lucky Draw 🎁
✅ Free Hearing Screening 👂
✅ Back to Kampung Games 🎮
✅ Band x Kompang Jam 🎶

🎽 Finisher Kit: Jersey + Medal eksklusif untuk semua peserta!
💰 Yuran: RM50 (Dewasa) | RM35 (Kanak-kanak)
📌 Tarikh Tutup Pendaftaran: *5 Mac 2026*
👉 Daftar segera melalui QR code di poster/link rasmi https://t2u.asia/e/48169 sebelum tempat penuh!

*Race kit collection 😗
- 4th April at Lobi Utama Hospital Rehabilitasi Cheras (8 am - 4 pm)
- 10th April at Lobi Auditorium Parcel E, KKM (8 am - 12 pm)

*Hear Well, Live Well – Dengar Baik, Hidup Sejahtera!*

Ticket2u provide ticketing solutions for event organizers to promote their events and sell tickets. We have the latest local events listing in Malaysia.

Satu mesyuarat pasca sesi libat urus (SLU) telah diadakan diantara Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dengan semua Jabat...
29/01/2026

Satu mesyuarat pasca sesi libat urus (SLU) telah diadakan diantara Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dengan semua Jabatan Kesihatan Negeri, Ketua Bidang Bersekutu Negeri dan Ketua Profesion telah diadakan pada 28 Januari 2026.

Mesyuarat ini bertujuan membentang dan membincangkan maklumat terkini isu-isu yang telah dibangkitkan dan serta kaedah penambahbaikan dan tindakan lanjut.

Semua pihak yang berkepentingan turut hafir di dalam Mesyuarat ini. Satu majlis apresiasi turut diadakan bagi menghargai sumbangan Pn. L.Mageswary a/p Lapchmanan, Pengarah BSKB diatas sumbangan beliau terhadap aktiviti Kesihatan bersekutu seluruh negara. Beliau akan bersara pada hujung Mac 2026

🎉 FB LIVE — JEMPUT TONTON!Jangan ketinggalan menyaksikan secara Facebook Live:✨ Sesi Penyampaian Watikah Pelantikan Ketu...
20/01/2026

🎉 FB LIVE — JEMPUT TONTON!

Jangan ketinggalan menyaksikan secara Facebook Live:

✨ Sesi Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Profesion & Timbalan Ketua Profesion Kesihatan Bersekutu KKM Sesi 2026–2027 serta Peluncuran Standard Program Sains Perubatan & Kesihatan 2025

📅 21 Januari 2026 (Rabu)
🕙 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Majlis ini akan disiarkan secara FB Live melalui laman rasmi Facebook Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu. Semua dijemput untuk mengikuti siaran langsung ini.

Terima kasih atas sokongan anda.

Iklan Pencalonan Anggota Majlis Yang Ke-3 (Sesi 2026-2029) Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM), borang...
16/01/2026

Iklan Pencalonan Anggota Majlis Yang Ke-3 (Sesi 2026-2029) Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM), borang permohonan dan syarat kelayakan boleh didapati di dalam pautan link berikut:- https://bit.ly/pencalonan_AnggotaMajlis.

🎉 SEKA­LUNG TAHNIAH 🎉TIMBALAN KETUA PROFESI­ON KESIHATAN BERSEKUTU SESI 2026-2027Seluruh warga Bahagian Sains Kesihatan ...
24/12/2025

🎉 SEKA­LUNG TAHNIAH 🎉

TIMBALAN KETUA PROFESI­ON KESIHATAN BERSEKUTU SESI 2026-2027

Seluruh warga Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia, merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan Timbalan Ketua Profesion (TKP) Kesihatan Bersekutu sesi 2026–2027.

👏 Tahniah dan selamat menjalankan amanah! 👏

Ikhlas daripada
WARGA KERJA
BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

🎉 SEKA­LUNG TAHNIAH 🎉KETUA PROFESI­ON KESIHATAN BERSEKUTU SESI 2026-2027Seluruh warga Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu...
24/12/2025

🎉 SEKA­LUNG TAHNIAH 🎉

KETUA PROFESI­ON KESIHATAN BERSEKUTU SESI 2026-2027

Seluruh warga Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (BSKB), Kementerian Kesihatan Malaysia, merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan Ketua Profesion (KP) Kesihatan Bersekutu sesi 2026–2027.

👏 Tahniah dan selamat menjalankan amanah! 👏

Ikhlas daripada
WARGA KERJA
BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

🎉Tahniah kepada barisan Ketua Profesion (KP) dan Timbalan Ketua Profesion (TKP Kesihatan Bersekutu) atas pelantikan sesi...
24/12/2025

🎉Tahniah kepada barisan Ketua Profesion (KP) dan Timbalan Ketua Profesion (TKP Kesihatan Bersekutu) atas pelantikan sesi 2026–2027. Diharap kepimpinan yang diterajui dapat terus memperkasa profesion dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan bersekutu di negara ini.

Address

Aras 2, Blok A, Bangunan Utama Chancery Place
Putrajaya
62650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share