Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK

Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK Official page for Ministry of Plantation and Commodities Malaysia. Tanggungjawab utama lain Kementerian masih dikekalkan.
(5)

Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa saw

it, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi Negara. Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan perladangan dan komoditi (KPPK). Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab, dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitan (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada tahun 2012, eksport komoditi dan produk komoditi bernilai RM127.5 billion, meliputi 18% daripada jumlah dagangan eksport Malaysia.

- -

In 1972, recognizing the important contributions of the commodities industry to the country’ s economic growth, the Ministry of Primary Industries was established by the Government. During its initial stage, the Ministry of Primary Industries was only responsible for the development of tin ore and rubber, the two main commodities then. The Ministry’s role was later expanded to include the development other commodities such as palm oil, cocoa, forestry, minerals, pineapple and tobacco which also contributed to the country’s economy. In 2004, the Ministry was restructured and renamed as the Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC). Under the new structure, the Pepper Marketing Board, formerly under the ambit of the Ministry of Agriculture was included in MPIC whilst matters relating to forestry, mineral and geosciences were transferred to the Ministry of Natural Resources and Environment. Other main responsibilities of MPIC remain unchanged. In 2012, exports of commodity and commodity products valued at RM127.5 billion, constituting about 18% of Malaysia’s total export of merchandise. The Government of Malaysia and Ministry of Plantations Industries and Commodities shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this page.ies and their contribution towards national development.

Karnival Agrikomoditi MADANI menjadi platform penting bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk turun padang...
15/08/2026

Karnival Agrikomoditi MADANI menjadi platform penting bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk turun padang, mendengar pandangan masyarakat serta memahami keperluan sebenar pekebun kecil dan pengusaha sektor agrikomoditi.

2026-08-14T18:00:50+08:00 Ogos 14, 2026, Jumaat - 6:00pm Noraini (tiga kiri) menyampaikan bantuan pertanian kepada para penerima pada Karnival Agrikomoditi MADANI KPK di Dewan Sentral Sarikei, hari ini. SARIKEI: Karnival Agrikomoditi MADANI menjadi platform penting bagi Kementerian Perladangan dan K...

15/08/2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. πŸ“

Membawa tema 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati', seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang diundang hadir bersama keluarga dan insan tersayang. πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Ayuh kita raikan detik penuh bermakna ini dengan menzahirkan rasa bangga, cinta dan kebersamaan demi negara kita. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›




15/08/2026

πŸ€πŸ‡²πŸ‡Ύ Perpaduan diraikan, kesejahteraan dinikmati.

Memelihara kedaulatan negara adalah tanggungjawab seluruh rakyat.

Marilah kita bersama-sama mempertahankan Malaysia yang aman dan berdaulat dengan menolak perpecahan, menghormati kepelbagaian dan terus menyuburkan rasa cinta kepada negara.





14/08/2026
14/08/2026

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π€π†π‘πˆπŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ πƒπ„πŠπ€π“πˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π’π€π‘πˆπŠπ„πˆ

14 Ogos 2026 | Sarikei, Sarawak

YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini menyambut ketibaan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bagi menyempurnakan perasmian Karnival Agrikomoditi MADANI di Dewan Sentral, Sarikei.

Karnival ini menjadi platform Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta agensi-agensinya mendekati masyarakat, khususnya pekebun kecil, usahawan agrikomoditi, golongan belia dan komuniti setempat, selain menyampaikan maklumat mengenai dasar, inisiatif, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dalam sektor agrikomoditi.

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π€π†π‘πˆπŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ πƒπ„πŠπ€π“πˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π’π€π‘πˆπŠπ„πˆ14 Ogos 2026 | Sarikei, SarawakYB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbala...
14/08/2026

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π€π†π‘πˆπŠπŽπŒπŽπƒπˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ πƒπ„πŠπ€π“πˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π’π€π‘πˆπŠπ„πˆ

14 Ogos 2026 | Sarikei, Sarawak

YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi hari ini menyambut ketibaan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bagi menyempurnakan perasmian Karnival Agrikomoditi MADANI di Dewan Sentral, Sarikei.

Karnival ini menjadi platform Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) serta agensi-agensinya mendekati masyarakat, khususnya pekebun kecil, usahawan agrikomoditi, golongan belia dan komuniti setempat, selain menyampaikan maklumat mengenai dasar, inisiatif, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dalam sektor agrikomoditi.

Pelbagai pengisian disediakan sepanjang karnival termasuk pameran dan jualan produk agrikomoditi, demonstrasi teknologi dan mekanisasi, perkongsian peluang kerjaya dan latihan, penerangan BUDI Agrikomoditi serta aktiviti bersama komuniti.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Skuad Agrikomoditi Sarikei serta penyerahan bantuan melibatkan peralatan mekanisasi sawit, bakul makanan kepada pekebun kecil dan insentif kepada pekebun lada serta koko.

Penganjuran karnival ini mencerminkan komitmen berterusan KPK untuk turun padang, mendekati komuniti dan memastikan pembangunan sektor agrikomoditi memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya pekebun kecil dan usahawan di Sarawak.






14/08/2026

𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐔: πŒπ„ππ˜π„π‹π€πŒπˆ πƒπ„ππ˜π”π“ ππ€πƒπˆ ππ„πŠπ„ππ”π 𝐋𝐀𝐃𝐀 π’π€π‘π€π–π€πŠ

14 Ogos 2026 | Julau, Sarawak

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi bersama timbalannya YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, hari ini mengadakan lawatan kerja ke kebun lada milik Encik Nalong anak Jantan di Nanga Langu, Julau.

Lawatan turun padang ini memberi peluang kepada kepimpinan KPK melihat secara dekat perkembangan tanaman lada serta mendengar sendiri cabaran dan keperluan pekebun.





𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐔: πŒπ„ππ˜π„π‹π€πŒπˆ πƒπ„ππ˜π”π“ ππ€πƒπˆ ππ„πŠπ„ππ”π 𝐋𝐀𝐃𝐀 π’π€π‘π€π–π€πŠ14 Ogos 2026 | Julau, SarawakYB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Men...
14/08/2026

𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐔: πŒπ„ππ˜π„π‹π€πŒπˆ πƒπ„ππ˜π”π“ ππ€πƒπˆ ππ„πŠπ„ππ”π 𝐋𝐀𝐃𝐀 π’π€π‘π€π–π€πŠ

14 Ogos 2026 | Julau, Sarawak

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi bersama timbalannya YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, hari ini mengadakan lawatan kerja ke kebun lada milik Encik Nalong anak Jantan di Nanga Langu, Julau.

Lawatan turun padang ini memberi peluang kepada kepimpinan KPK melihat secara dekat perkembangan tanaman lada serta mendengar sendiri cabaran dan keperluan pekebun. Ia selaras dengan komitmen KPK untuk terus mendekati komuniti pekebun kecil dan memastikan inisiatif pembangunan agrikomoditi memberi manfaat secara langsung kepada mereka.

Sepanjang lawatan, delegasi KPK turut menyaksikan demonstrasi penggunaan aplikasi Dr.Lada, penerangan Projek Piperspectral dan demonstrasi penerbangan dron, selain teknologi fertigasi dan IoT serta penggunaan peralatan pemprosesan lada di peringkat ladang.

Pendekatan teknologi, mekanisasi dan inovasi di peringkat kebun penting dalam meningkatkan produktiviti serta kecekapan pengurusan tanaman, sekali gus memperkukuh daya saing industri lada negara dan meningkatkan pendapatan pekebun.

KPK akan terus memperkukuh kerjasama bersama Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan komuniti pekebun dalam memacu industri lada yang lebih moden, produktif dan berdaya saing.





13/08/2026
πŒπ„ππ†π‡π€π‘π†π€πˆ πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π, πŒπ„ππ˜π€ππ‰π”ππ† 𝐉𝐀𝐒𝐀13 Ogos 2026 | PutrajayaSeramai 23 warga KPK menerima Anugerah Perkhidmatan Cem...
13/08/2026

πŒπ„ππ†π‡π€π‘π†π€πˆ πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π, πŒπ„ππ˜π€ππ‰π”ππ† 𝐉𝐀𝐒𝐀

13 Ogos 2026 | Putrajaya

Seramai 23 warga KPK menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, disiplin dan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah. Majlis ini turut meraikan empat pesara KPK atas jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi yang menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Santunan Bakti KPK berkata, sumbangan warga kementerian menjadi antara tonggak kepada pencapaian sektor agrikomoditi negara. Pada tahun 2025, sektor ini menyumbang RM90.96 bilion atau 5.24 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia, meningkat 4.01 peratus berbanding tahun sebelumnya.

YB Menteri menyeru seluruh warga KPK supaya terus bergerak sebagai satu pasukan, memperkukuh kerjasama, memanfaatkan teknologi secara bijaksana serta memberikan perkhidmatan yang pantas, berintegriti dan berteraskan keperluan rakyat.

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPK Tahun 2025. Setinggi-tinggi penghargaan dan selamat menempuh fasa kehidupan baharu kepada para pesara. Jasa dan legasi yang ditinggalkan akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan KPK.



Address

Jalan P2p, Presint 2
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60388803300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share