Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Ministry of Energy Transition and Water Transformation

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Ir. Ts. ...
26/08/2026

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran DATUK.

​Pengurniaan ini adalah sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos 2026.

​Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)





26/08/2026
26/08/2026
[πˆππ…πŽπ†π‘π€π…πˆπŠ]Pernah terfikir, sejak bila air mula menjana elektrik di negara kita? βš‘πŸ’§Jawapannya: hampir seabad lalu.Empan...
26/08/2026

[πˆππ…πŽπ†π‘π€π…πˆπŠ]

Pernah terfikir, sejak bila air mula menjana elektrik di negara kita? βš‘πŸ’§

Jawapannya: hampir seabad lalu.

Empangan Chenderoh yang siap pada tahun 1930 menjadi antara titik penting dalam sejarah pembangunan tenaga hidro negara.

Daripada sebuah empangan yang dibina sebelum Merdeka, teknologi hidro terus berkembang dan hari ini menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia menuju sistem tenaga yang lebih bersih dan mampan.

Kemerdekaan bukan hanya tentang mengenang sejarah, tetapi melihat sejauh mana kita telah melangkah.

Kalau anda pernah lalu atau singgah di Chenderoh, drop πŸ™‹πŸ» di ruangan komen!







π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆBangunan yang efisien adalah kunci kepada bandar raya mampan. Melalui inisiatif Sustainable Energy Low C...
26/08/2026

π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆ

Bangunan yang efisien adalah kunci kepada bandar raya mampan. Melalui inisiatif Sustainable Energy Low Carbon Building Assessment GreenPASS (SEDA), PETRA menyediakan kerangka kerja sistematik bagi pemilik bangunan untuk memantau dan mengurangkan pelepasan karbon.

Sistem penilaian ini membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga secara menyeluruh, sekali gus menyumbang kepada pengurangan jejak karbon nasional secara signifikan. Mari bersama-sama mentransformasikan infrastruktur negara ke arah taraf kehidupan yang lebih berkualiti dan rendah karbon.







π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆKementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan πƒπšπ¬πšπ« 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞π₯𝐚𝐧 π“π’π§ππšπ€πšπ§ 𝐊𝐞𝐜...
25/08/2026

π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆ

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan πƒπšπ¬πšπ« 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞π₯𝐚𝐧 π“π’π§ππšπ€πšπ§ 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐀𝐚𝐩𝐚𝐧 π“πžπ§πšπ πš 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐍𝐄𝐄𝐀𝐏 𝟐.𝟎) πŸπŸŽπŸπŸ”β€“πŸπŸŽπŸ‘πŸ“. Pelan tindakan baharu ini merupakan kesinambungan strategik dalam membudayakan kecekapan tenaga merentasi sektor industri, komersial, dan domestik demi memacu aspirasi pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, pelaksanaan NEEAP 2.0 membuktikan komitmen Kerajaan dalam memupuk penggunaan tenaga yang cekap, mampan, dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat serta kemampanan sumber tenaga negara.







πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 | πŸπŸ“ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETR...
25/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 | πŸπŸ“ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyertai Majlis Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H / 2026M yang telah berlangsung dengan penuh meriah di pekarangan Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Kontinjen PETRA kelihatan segak dan bersemangat dalam persalinan bertema ungu, berarak bersama ribuan peserta lain dari pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan.

Kehadiran PETRA dalam perarakan ini mencerminkan komitmen berterusan warga Kementerian untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dengan menyerap teladan, sifat mulia, dan risalah yang dibawa Rasulullah, PETRA bertekad untuk menterjemahkan nilai-nilai tersebut ke dalam usaha berterusan bagi memberikan perkhidmatan terbaik dalam sektor tenaga dan air demi kemaslahatan masyarakat dan negara, berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.





π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆBagi merangka pelan respons Bencana yang menyeluruh, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggembleng te...
25/08/2026

π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆ

Bagi merangka pelan respons Bencana yang menyeluruh, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggembleng tenaga serta kerjasama strategi bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), MET Malaysia, Kerajaan-Kerajaan Negeri, serta Operator Bekalan Air di seluruh negara 🌐.

Pendekatan berasaskan integrasi merentas agensi ini amat penting bagi memastikan persediaan logistik, pemantauan sumber air mentah, serta operasi mitigasi khusus seperti pembenihan awan dan penyelarasan pelepasan air empangan dapat dilaksanakan secara pantas dan berkesan β›ˆοΈ.

Dengan ramalan pakar cuaca bahawa fenomena El NiΓ±o kali ini merupakan antara yang terburuk dalam sejarah moden, kesepakatan dan kesiapsiagaan bersepadu ini menjadi tunjang utama kerajaan dalam melindungi kesejahteraan rakyat serta menjamin kestabilan sosioekonomi negara.







Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Puan Sri Datuk...
25/08/2026

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA atas penanugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) yang membawa gelaran DATUK.

​Penanugerahan ini adalah sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026.





Address

Menara PETRA 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62570, Presint 3, 62000
Putrajaya
62574

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share