31/07/2026
โ๐ถ๐ท ๐ท๐จ๐ฏ๐ณ๐จ๐พ๐จ๐ตโ ๐ฒ๐จ๐พ๐จ๐ณ๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐บ๐ฌ๐ณ๐จ๐ด๐จ๐ป๐จ๐ต ๐ฐ๐บ๐ป๐ฐ๐จ๐ซ๐จ๐ป ๐บ๐จ๐ด๐ฉ๐ผ๐ป๐จ๐ต ๐ฏ๐จ๐น๐ฐ ๐ท๐จ๐ฏ๐ณ๐จ๐พ๐จ๐ต ๐ป๐จ๐ฏ๐ผ๐ต 2026
PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 โ IPD Putrajaya telah melaksanakan "Op Pahlawan" bagi memastikan kawalan keselamatan dan kelancaran sepanjang Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2026 yang berlangsung di Putrajaya semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham bin Mohamed turut hadir meninjau pelaksanaan operasi serta memastikan setiap penugasan berjalan dengan lancar. Operasi melibatkan penugasan pegawai dan anggota di lokasi strategik bagi menjamin keselamatan tetamu kehormat, peserta istiadat dan orang awam.
Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dalam memastikan setiap acara rasmi negara berlangsung dengan selamat, teratur dan terkawal demi kesejahteraan semua pihak.