26/07/2025
MAJLIS BACAAN YASIN DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI
Pada 25 Julai 2025, Bahagian Pengurusan Zon Pantai (BPZP) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin sebagai salah satu inisiatif rohani dan pengisian kerohanian dalam kalangan warga kerja BPZP. Majlis bacaan yasin ini telah diketuai oleh Pengarah BPZP, YBrs. Ir. Arman bin Mokhtar, dan turut dihadiri oleh warga BPZP.
Majlis diteruskan dengan acara perpisahan bagi meraikan pegawai-pegawai yang telah bertukar daripada BPZP. Pegawai yang diraikan ialah:
Ir. Mohamad Fahmi Bin Mohamad Ideris
En. Khairulnizam Bin Md. Yasin
En. Khairul Faisal Bin Sa'aidin
Cik Nur Miza Batrsyia Binti Zainudin
Cik Siti Nur Fatimah Binti Md Ghazali
Cik Nur Batrisyia Sabrina Binti Roslan
Cik Nurhani Nadiah Binti Samsudin
Penganjuran majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan bakti yang telah diberikan, tetapi juga sebagai simbol hubungan erat dan semangat kekeluargaan antara warga kerja di BPZP.
Seluruh warga BPZP merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para pegawai yang diraikan atas segala jasa, komitmen, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di bahagian ini. Sumbangan yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.
Semoga terus melakar kecemerlangan dalam apa jua lapangan yang diceburi pada masa akan datang.
25 JULAI 2025