Pusat Geospatial Negara

Pusat Geospatial Negara Facebook Rasmi Pusat Geospatial Negara, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Selamat datang ke Malaysia Geoportal (MyGeoportal).

MyGeoportal ialah satu perhentian capaian bagi maklumat dan aktiviti geospatial di Malaysia. Portal ini menjadi platform bagi menyampaikan maklumat dan perkhidmtan mengenai geospatial ke seluruh negara.

12/08/2026
12/08/2026

Jom Kenali Pusat Geospatial Negara (PGN).


#๐—ฃ๐—š๐—ก

MAJLIS PENYERAHAN APLIKASI KEMAMAN GIS (KGIS) MELALUI KOLABORASI PLATFORM MALAYSIA GEOSPATIAL ONLINE SERVICES (MyGOS)9 O...
10/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN APLIKASI KEMAMAN GIS (KGIS) MELALUI KOLABORASI PLATFORM MALAYSIA GEOSPATIAL ONLINE SERVICES (MyGOS)

9 Ogos 2026
Bilik Seri Intan, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)

Majlis Penyerahan Data dan Aplikasi Kemaman GIS (KGIS) kepada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah berlangsung dengan jayanya sebagai salah satu usaha memperkukuh penggunaan teknologi geospatial dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, dengan penyerahan oleh Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada Yang Dipertua MPK.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan strategik daripada agensi berkaitan di peringkat negeri dan daerah. Bagi memastikan penggunaan KGIS dapat dilaksanakan secara mampan dan optimum, PGN turut mencadangkan penubuhan Unit GIS di MPK bagi memperkukuh pengurusan serta pemanfaatan data geospatial dalam perancangan dan operasi PBT.

Program turut disusuli dengan lawatan ke Zoo Kemaman sebagai sebahagian daripada pengisian program.

Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam memanfaatkan teknologi geospatial bagi menyokong perancangan serta penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berimpak.







MESYUARAT TEKNIKAL BERSAMA MALAYSIAN INVESTMENT DEVELOPMENT AUTHORITY (MIDA)7 Ogos 2026Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, ...
07/08/2026

MESYUARAT TEKNIKAL BERSAMA MALAYSIAN INVESTMENT DEVELOPMENT AUTHORITY (MIDA)

7 Ogos 2026
Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menerima kunjungan delegasi daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA) bagi mengadakan mesyuarat teknikal berkaitan pembangunan MySite Selection Portal.

PGN menyambut baik inisiatif ini yang bertujuan membantu pelabur tempatan dan antarabangsa membuat pemilihan lokasi industri secara lebih tepat, pantas dan berkesan, berasaskan maklumat dan data yang relevan.

Kerjasama strategik antara PGN dan MIDA ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa pendigitalan, mengoptimumkan penggunaan data serta memperkukuh ekosistem perkongsian data negara bagi menyokong proses perancangan dan pembuatan keputusan yang lebih berkesan.

Inisiatif ini diharapkan dapat menyumbang kepada usaha meningkatkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan, di samping menyokong pertumbuhan industri dan pembangunan ekonomi negara.

Semoga kerjasama antara PGN dan MIDA terus diperkukuh serta memberi impak positif kepada pembangunan dan kemajuan negara.





๐ŸŒ PGN SERTAI 13TH IGRSM INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXHIBITION ON GEOSPATIAL & REMOTE SENSING (IGRSM 2026)๐Ÿ“… 5โ€“6 Ogos 20...
07/08/2026

๐ŸŒ PGN SERTAI 13TH IGRSM INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXHIBITION ON GEOSPATIAL & REMOTE SENSING (IGRSM 2026)

๐Ÿ“… 5โ€“6 Ogos 2026
๐Ÿ“ Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menyertai 13th IGRSM International Conference and Exhibition on Geospatial & Remote Sensing (IGRSM 2026) sebagai pempamer.

Persidangan antarabangsa ini menjadi platform pertemuan profesional, pakar, penyelidik serta pemain industri dalam bidang geospatial, penderiaan jauh (remote sensing) dan teknologi spatial dari dalam dan luar negara. Ia turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, perkembangan teknologi, inovasi serta jaringan kerjasama antara sektor kerajaan, akademia dan industri.

Sebagai pempamer, PGN telah mengetengahkan peranan serta inisiatif di bawah Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) dalam memperkasa perkongsian dan penggunaan maklumat geospatial bagi menyokong perancangan serta pembangunan negara.

Turut membanggakan, Timbalan Pengarah PGN, Puan Hafirah binti Jamaludin, telah dijemput sebagai penceramah khas untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan perspektif berkaitan perkembangan geospatial kepada para peserta persidangan.

Penyertaan PGN dalam IGRSM 2026 merupakan peluang strategik untuk memperluas jaringan kerjasama, mempromosikan kepakaran dan inisiatif geospatial negara, serta memperkukuh peranan PGN dalam ekosistem geospatial di peringkat nasional dan antarabangsa.

Terima kasih kepada IGRSM atas peluang dan ruang kerjasama yang diberikan.







๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—š๐—˜๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐—–๐—ข๐—ก๐—™๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPusat Geospatial Negara (PGN) telah menyertai 14th Malaysia...
06/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—š๐—˜๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐—–๐—ข๐—ก๐—™๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pusat Geospatial Negara (PGN) telah menyertai 14th Malaysia Land Conference 2026 anjuran Comfori yang berlangsung pada 29 hingga 30 Julai 2026 di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur. Bertemakan โ€œShaping the Future of Land Governance, Planning and Sustainable Developmentโ€, persidangan ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam pengurusan, perancangan dan pembangunan tanah, termasuk wakil daripada Land and Survey Department Sarawak, Sabah Lands and Survey Department, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sime Darby Property, UEM Sunrise Berhad dan Iskandar Investment Berhad, serta pelbagai organisasi lain daripada sektor awam dan industri.

Dalam persidangan tersebut, Sr Juzaila Abd Satar, Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Geodata dan Penyelidikan, Pusat Geospatial Negara, telah menyampaikan pembentangan bertajuk โ€œStrategic Land Allocation for National and Regional Developmentโ€.
Pembentangan tersebut mengetengahkan kepentingan mengintegrasikan maklumat permukaan dan bawah tanah (surface and subsurface) dalam perancangan dan pembangunan tanah bagi membentuk kefahaman bersama (shared understanding) merentas sektor dan agensi. Penggunaan maklumat geospatial yang berautoriti, dipercayai dan relevan dapat membantu mengenal pasti kekangan, konflik serta kebergantungan antara pelbagai kepentingan pembangunan, sekali gus menyokong penyelarasan keputusan (decision alignment) yang lebih bersepadu dan berasaskan bukti.

Turut dikongsikan ialah kepentingan memperkukuhkan ekosistem geospatial negara agar data yang tersedia dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan dalam menyokong proses perancangan dan pembuatan keputusan, selaras dengan perkembangan daripada Spatial Data Infrastructure (SDI) kepada Geospatial Knowledge Infrastructure (GKI).
Penyertaan PGN dalam Land Conference 2026 mencerminkan komitmen berterusan PGN dalam memperkukuhkan penggunaan maklumat geospatial sebagai asas kepada perancangan, penyelarasan dan pembuatan keputusan yang lebih bersepadu bagi menyokong pembangunan negara.
Geospatial bukan sekadar tentang memahami sesuatu lokasi tetapi menyokong kita membuat keputusan yang lebih baik tentang lokasi tersebut.








04/08/2026

๐ŸŽฌ ๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐๐„๐๐”๐‡ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐“๐Š๐€๐!๐Ÿ†โœจ

Daripada sebuah visi, lahirlah sebuah inovasi yang memberi impak kepada negara.

Pusat Geospatial Negara (PGN) dengan bangganya membawakan video penuh liputan khas hasil penerbitan Esri Malaysia yang mengetengahkan kejayaan Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) sebagai pemacu transformasi digital geospatial negara.

Dalam video ini, anda akan menyaksikan:
โœ… Perjalanan dan inspirasi di sebalik pembangunan Platform MyGOS.
โœ… Bagaimana teknologi GIS membantu memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.
โœ… Perkongsian eksklusif daripada warga PGN mengenai usaha memperkasakan ekosistem geospatial negara.
โœ… Aspirasi dan hala tuju pembangunan geospatial bagi menyokong pembangunan negara berteraskan data.

Saksikan bagaimana inovasi geospatial diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi manfaat kepada kerajaan, industri dan rakyat.

โ–ถ๏ธ Tonton video penuh di sini:
๐Ÿ”— https://youtu.be/Mt2d_Un2Cg8

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Esri Malaysia atas penerbitan video khas ini, serta kepada seluruh warga PGN, rakan strategik dan pengguna Platform MyGOS atas sokongan serta kepercayaan yang berterusan dalam memajukan agenda geospatial negara.

Bersama kita membina masa depan yang dipacu oleh data geospatial. ๐ŸŒ

Video disediakan oleh Esri Malaysia.

๐ŸŒ  IGRSM International Conference & Exhibition 2026!๐Ÿ“… Tarikh: 5โ€“6 Ogos 2026๐Ÿ“ Tempat: Berjaya Times Square Hotel, Kuala L...
31/07/2026

๐ŸŒ IGRSM International Conference & Exhibition 2026!

๐Ÿ“… Tarikh: 5โ€“6 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat: Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

PROGRAM PGN ATV ADVENTURE 202625 Julai 2026 | Kampung Kemensah, SelangorProgram PGN ATV Adventure 2026 telah berjaya dil...
29/07/2026

PROGRAM PGN ATV ADVENTURE 2026

25 Julai 2026 | Kampung Kemensah, Selangor

Program PGN ATV Adventure 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan warga Pusat Geospatial Negara (PGN), ahli keluarga, alumni PGN serta rakan-rakan yang turut bersama memeriahkan aktiviti rekreasi anjuran Kelab PGN melalui Biro Sukan dan Rekreasi. Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana santai di luar persekitaran tempat kerja.

Sepanjang program, para peserta berpeluang merasai pengalaman menunggang ATV merentasi laluan off-road yang mencabar, melalui kawasan hutan serta menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar Air Terjun Kubang Gajah yang juga dikenali sebagai Sofea Jane Waterfall. Walaupun terdapat beberapa cabaran teknikal kecil sepanjang perjalanan, semuanya berjaya dikendalikan dengan baik oleh pasukan jurupandu dan marshal, sekali gus memastikan keselamatan serta kelancaran aktiviti.

Selepas selesai aktiviti, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta, diikuti sesi fotografi berkumpulan.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, urus setia, jurupandu JOM ATV serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan yang terjalin melalui aktiviti rekreasi seperti ini dapat diteruskan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyertaan dalam program-program akan datang.



๐Ÿ† PGN HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PERSADA GLOBAL: TERIMA ANUGERAH SPECIAL ACHIEVEMENT IN GIS (SAG) 2026SAN DIEGO, AMERIKA ...
28/07/2026

๐Ÿ† PGN HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PERSADA GLOBAL: TERIMA ANUGERAH SPECIAL ACHIEVEMENT IN GIS (SAG) 2026

SAN DIEGO, AMERIKA SYARIKAT โ€“ Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), melakar sejarah apabila menerima Anugerah Special Achievement in GIS (SAG) 2026 pada 13 Julai 2026 bagi inovasi Platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS).

Pengiktirafan berprestij ini telah disampaikan sempena Esri International User Conference (Esri UC) 2026 yang berlangsung di San Diego, Amerika Syarikat. Anugerah ini merupakan antara pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Esri kepada organisasi yang menunjukkan kecemerlangan dalam penggunaan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi menyokong pembangunan, inovasi dan penyampaian perkhidmatan.

*Mengapa Anugerah Ini Sangat Bermakna?*

*Pengiktirafan Bertaraf Global*
PGN dipilih daripada lebih 100,000 organisasi pengguna GIS di seluruh dunia, sekali gus meletakkan Malaysia sebaris dengan organisasi GIS terkemuka di peringkat antarabangsa.

*Pengiktirafan terhadap Inovasi Geospatial*
Anugerah ini mengiktiraf komitmen, keberkesanan dan pendekatan inovatif PGN dalam memanfaatkan teknologi GIS bagi memperkukuh pengurusan data geospatial, menyokong pembangunan mampan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan serta memperkasa agenda transformasi digital negara.

Majlis penyampaian anugerah telah dihadiri oleh Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara, bersama Dr. Azira binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Aplikasi Geospatial.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kepakaran dan inovasi geospatial negara mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang komited dalam memanfaatkan teknologi geospatial untuk pembangunan negara yang mampan dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Pusat Geospatial Negara (PGN) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) atas dedikasi, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Tahniah PGN. Tahniah NRES. Tahniah Malaysia!






Address

Putrajaya
62574

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388861156

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Geospatial Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Geospatial Negara:

Shortcuts

Share