IYRES KBS

IYRES KBS Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Institute For Youth Research Malaysia
Anda ingin menjadi sebahagian dari Komuniti Belia kami?

Sila daftar di https://myprofil.iyres.gov.my/ Klik link untuk cara-cara mendaftar http://bit.do/manual IYRES is a national research centre studying various aspects of the young generation's trends and development and their relation to the national, regional and international development. To attain its mission, this institution conducts various research, organizes conferences, workshops, talks and

seminars, published journals and articles on research findings, creates and conducts training programmes on research, and provides research facilities including a resource and data centre on youth development. IYRES merupakan sebuah pusat penyelidikan nasional yang mengkaji pelbagai aspek aliran dan pembangunan generasi muda dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Untuk mencapai matlamatnya, Institut ini akan melaksanakan pelbagai penyelidikan; menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar; menerbitkan jurnal, risalah mengenai hasil penyelidikan; mewujud dan melaksanakan program latihan berkaitan penyelidikan; dan menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai termasuklah sebuah pusat sumber dan data mengenai pembangunan belia.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Institut Penyelid...
12/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Sesi Temu Bual Mendalam bagi Kajian Impak Pelaksanaan Program Rakan Muda 2026 bersama wakil pelaksana program dan pembangunan daripada Impact Integrated Malaysia secara dalam talian.

Sesi ini bertujuan mendapatkan maklum balas, pengalaman serta pandangan pihak Impact Integrated Malaysia mengenai pelaksanaan program di bawah inisiatif Rakan Muda. Perbincangan memberi tumpuan kepada keberkesanan pelaksanaan program, kekuatan dan cabaran yang dihadapi, serta impaknya terhadap pembangunan peserta.

Selain itu, wakil Impact Integrated Malaysia turut mengemukakan pelbagai cadangan dan pandangan bagi memperkukuh pelaksanaan Program Rakan Muda pada masa hadapan. Dapatan daripada sesi temu bual ini akan dijadikan input penting dalam menilai keberkesanan program serta menyokong penambahbaikan pelaksanaan program/ inisiatif Rakan Muda.

Sesi temu bual ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Najmin Naja Zamri dan dibantu oleh Puan Aryma Johari.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelid...
12/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Sesi Temu Bual Mendalam bagi Kajian Impak Pelaksanaan Program Rakan Muda 2026 bersama wakil pelaksana program daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) secara dalam talian.

Sesi ini bertujuan mendapatkan maklum balas, pengalaman serta pandangan pihak MBM mengenai pelaksanaan Program di bawah inisiatif Rakan Muda. Perbincangan memberi tumpuan kepada keberkesanan pelaksanaan program, kekuatan dan cabaran yang dihadapi, serta impaknya terhadap pembangunan peserta.

Selain itu, wakil MBM turut mengemukakan pelbagai cadangan dan pandangan bagi memperkukuh pelaksanaan Program Rakan Muda pada masa hadapan. Dapatan daripada sesi temu bual ini akan dijadikan input penting dalam menilai keberkesanan program serta menyokong penambahbaikan pelaksanaan program/ inisiatif Rakan Muda. Sesi temu bual ini telah dikendalikan oleh Puan Norati'qah Bte Talib dan dibantu oleh Encik Muhammad Aizad Mohd Apandi.

📊 Data Catch | Tahap Kesejahteraan Hidup Pekerjaan (WPLE)Tinjauan melibatkan seramai 1,645 responden bagi melihat tahap ...
11/08/2026

📊 Data Catch | Tahap Kesejahteraan Hidup Pekerjaan (WPLE)

Tinjauan melibatkan seramai 1,645 responden bagi melihat tahap Work-Life Well-Being (WPLE) dalam kalangan belia Malaysia.

📌 Tahap WPLE dibahagikan kepada tiga kategori:
🟢 Rendah: 4.00 – 9.33
🟠 Sederhana: 9.34 – 14.67
🟢 Tinggi: 14.68 – 20.00

🗺️ Negeri yang mencatatkan tahap WPLE tinggi ialah:
• Terengganu – 63.8%
• Pulau Pinang – 53.8%
• Negeri Sembilan – 57.4%
• Kedah
• Perak
• Selangor
• W.P. Kuala Lumpur
• Pahang

🟠 Negeri yang berada pada tahap WPLE sederhana ialah:
• Perlis
• Kelantan
• Melaka
• Johor
• W.P. Putrajaya
• Sabah
• Sarawak
• W.P. Labuan

💡 Secara keseluruhan, negeri-negeri di Malaysia berada pada tahap sederhana dan tinggi bagi kesejahteraan hidup pekerjaan (WPLE).

📱 Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan maklumat lanjut.

📢 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐇 𝐀𝐒 𝐑𝐄𝐒𝐄𝐀𝐑𝐂𝐇𝐄𝐑𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐘𝐀𝐑’𝟐𝟔)Berita baik buat semua peserta YAR’26! 🎉 Tempoh penyediaan dan pe...
11/08/2026

📢 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐇 𝐀𝐒 𝐑𝐄𝐒𝐄𝐀𝐑𝐂𝐇𝐄𝐑𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐘𝐀𝐑’𝟐𝟔)

Berita baik buat semua peserta YAR’26! 🎉 Tempoh penyediaan dan penghantaran karya YAR’26 telah 𝐃𝐈𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 sehingga 12 Ogos 2026.

Manfaatkan peluang tambahan ini untuk memperkemas, memperkukuh dan menghasilkan karya terbaik anda selari dengan tema “Penyelidik Muda Suara Masa Depan”.

Jangan lepaskan peluang untuk mengetengahkan idea, kreativiti serta dapatan penyelidikan anda melalui kategori Penulisan Rencana, Video Kreatif (Konvensional), Video Kreatif (AI) dan Infografik Penyelidikan.

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮: 𝟏𝟐 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔
📩 Penghantaran karya: [email protected]
📲 Maklumat lanjut: Imbas kod QR yang tertera pada poster
☎️ Pertanyaan: 03-8871 3335 / 3417

✨ Jom sertai sekarang! Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan suara dan idea anda sebahagian daripada masa depan belia Malaysia.

📢 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋 𝐈𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐀𝐊𝐒𝐄𝐒✅Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pengguna sepanjang...
11/08/2026

📢 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋 𝐈𝐘𝐑𝐄𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐀𝐊𝐒𝐄𝐒✅

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pengguna sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

⚠️ MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN SISTEM DAN PORTAL IYRESDimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan capaian kepada Sistem dan P...
10/08/2026

⚠️ MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN SISTEM DAN PORTAL IYRES

Dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan capaian kepada Sistem dan Portal IYRES berikutan kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian.

Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

10/08/2026

🎁 Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia 🎉

Semoga YAB Dato’ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kebijaksanaan dalam terus memimpin negara dan membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih sejahtera, progresif dan inklusif 🤲🏻✨

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐄𝐑𝐒 (𝐓𝐎𝐓) 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐈𝐓𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐅𝐎𝐂𝐔𝐒 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐔𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 (𝐅𝐆𝐃) 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋...
10/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐄𝐑𝐒 (𝐓𝐎𝐓) 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐈𝐓𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐅𝐎𝐂𝐔𝐒 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐔𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 (𝐅𝐆𝐃) 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑, 𝟕 - 𝟗 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah selesai melaksanakan pengump**an data kuantitatif dan data kualitatif bagi Kajian Impak Pelaksanaan Program Rakan Muda 2026. Pengump**an data ini dilaksanakan bersempena penganjuran Fiesta Rakan Muda @ Perak 2026 yang berlangsung selama dua hari bertempat di Arena Square, Kuala Kangsar, Perak.

Sebelum aktiviti pengump**an data di lapangan bermula, satu sesi Training of Trainers (TOT) telah diadakan melibatkan lima (5) orang enumerator bagi memberikan pendedahan berkaitan latar belakang kajian, tatacara pelaksanaan kerja lapangan, kaedah pengump**an data serta skop dan tanggungjawab sebagai enumerator. Pengump**an data kuantitatif yang dilakukan di sekitar lokasi Fiesta Rakan Muda ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas, pengalaman dan pandangan peserta terhadap pelaksanaan Program Rakan Muda 2026.

Manakala Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi kajian ini p**a telah diadakan di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak melibatkan seramai enam (6) orang informan yang terdiri daripada wakil komuniti, pelaksana program, peserta Rakan Muda dan ibu bapa. Sesi FGD ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas, pengalaman dan pandangan berkenaan impak Program Rakan Muda terhadap peserta. Pelbagai cadangan dan input penambahbaikan bagi memperkukuh pelaksanaan Program Rakan Muda pada masa hadapan turut dikongsikan.

Secara keseluruhannya, kedua-dua kaedah pengump**an data ini merupakan input penting dalam menilai keberkesanan program serta menyokong usaha penambahbaikan inisiatif pembangunan belia yang lebih relevan dan berimpak. Selain itu, hasil dapatan yang diperolehi juga dijangka akan menghasilkan sebuah pelaporan yang lebih inklusif dan berkesan.

Sesi TOT, sesi pemantauan pelaksanaan pengump**an data dan sesi FGD telah dikendalikan oleh Puan Noratiqah Talib, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES dan dibantu oleh Puan Aryma Johari dan Encik Muhammad Hafiz Hassan.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐄𝐑𝐒 (𝐓𝐎𝐓) 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐊𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑, 𝟖 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 –...
10/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐄𝐑𝐒 (𝐓𝐎𝐓) 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐊𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑, 𝟖 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Sesi Training of Trainers (TOT) Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2026 Negeri Johor telah diadakan di CMR 1, Student Union Building (SUB), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada sesi pagi dan Nook Workspace, Batu Pahat, Johor pada sesi sebelah petang. Sesi ini telah dihadiri oleh sembilan (9) orang enumerator dan seorang (1) penyelia yang akan terlibat dalam pengump**an data kajian di lapangan.

Tujuan pelaksanaan TOT ini adalah untuk memberikan pendedahan dan penerangan mengenai skop tugas enumerator sepanjang proses pengump**an data di lapangan serta bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan lancar.

Sesi TOT bagi Negeri Johor telah dikendalikan oleh Puan Nur Diyana Nadirah Mohd Hadi, Eksekutif Penyelidik IYRES, dibantu oleh Encik Mohamad Saifful Hassan dan Puan Shelawati Baharuddin.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐁𝐎𝐀𝐑𝐃 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐀𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐢𝐍𝐄𝐄𝐓𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟕 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pem...
08/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐁𝐎𝐀𝐑𝐃 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐀𝐑𝐋𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐢𝐍𝐄𝐄𝐓

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟕 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Sesi Perbincangan Storyboard Video Penyebarluasan Aplikasi Belia iNEET bersama pihak pembekal, People & Pixel, bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Aras 10, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sesi perbincangan ini bertujuan meneliti dan memperkemas storyboard, aliran penceritaan serta cadangan footage bersesuaian bagi memastikan kandungan video dapat disampaikan dengan jelas, menarik dan mudah difahami kepada golongan belia NEET.

Dalam sesi tersebut, pihak People & Pixel turut mengemukakan pelbagai cadangan kreatif dan penambahbaikan teknikal bagi memantapkan penghasilan video.

Input dan maklum balas yang diperoleh akan dijadikan panduan dalam menghasilkan video penyebarluasan yang lebih berkesan, sekali gus memperluas hebahan serta menggalakkan pendaftaran belia NEET dalam Aplikasi Belia iNEET.

Address

Putrajaya
62570

Opening Hours

Monday 19:30 - 17:30
Tuesday 19:30 - 17:30
Wednesday 19:30 - 17:30
Thursday 19:30 - 17:30
Friday 19:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IYRES KBS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IYRES KBS:

Shortcuts

Share