13/06/2026
DEMI KESEJAHTERAAN WARGA PESARA: JALINAN KERJASAMA STRATEGIK TERUS DITEROKA DAN DIPERKUKUH
Agenda memperkasa kebajikan dan meneroka manfaat baharu buat warga pesara perkhidmatan awam terus menjadi keutamaan yang tidak pernah terhenti.
Terbaharu, Bahagian Pencen JPA telah meneruskan langkah melalui siri kunjungan hormat dan perbincangan strategik bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM).
Dalam pada itu, melalui dua sesi perjumpaan yang berbeza, YBrs. Tuan Haji Jasri bin Kasim, Pengarah Pencen JPA telah bertemu dengan YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha KUSKOP pada 11 Jun 2026 (Selasa) dan YBrs. Tuan Eris Jemadi bin Tajudin, Setiausaha Bahagian BPH JPM pada 10 Jun 2026 (Rabu).
Sinergi rentas agensi ini menumpukan kepada penerokaan peluang sosioekonomi dan kemudahan holistik yang berpotensi ditawarkan kepada para pesara.
Pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para pesara sepanjang berkhidmat sentiasa dihargai, dan usaha ini adalah manifestasi komitmen Kerajaan bagi memastikan kelangsungan kesejahteraan pesar di fasa pasca perkhidmatan.
Semoga usaha murni ini membuahkan hasil yang yang memberi impak tinggi kepada pesara Kerajaan.
Sekian dikongsikan dan terima kasih. ๐
Yang OHSEM,
Admin