16/08/2026
Penganjuran Warga Saintis@Wetland Putrajaya mencerminkan komitmen Putrajaya dalam menyokong dan memperkasa agenda Sains Warga (Citizen Science) di Malaysia.
Seramai 206 peserta Young Water Scientist berumur 6 hingga 15 tahun dan lebih 120 sukarelawan aktiviti penanaman tumbuhan akuatik dan pokok terestrial daripada 40 agensi kerajaan, swasta, NGO, institusi pengajian tinggi dan sekolah telah menyertai Program Warga Saintis@Wetland Putrajaya yang berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Wetland Putrajaya, Presint 13.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoβ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, yang menyempurnakan simbolik penurunan tandatangan pada Plak Warga Saintis@Wetland Putrajaya sebagai tanda komitmen berterusan terhadap pembangunan sains warga di Wetland Putrajaya. Plak ini menjadi simbol usaha berterusan Perbadanan Putrajaya dalam membudayakan sains warga di Tasik dan Wetland Putrajaya, yang merupakan tapak demonstrasi ekohidrologi UNESCO pertama di Malaysia sejak tahun 2010.
Antara aktiviti utama program ialah:
π± Aktiviti Penanaman tumbuhan akuatik di dalam sel wetland dan tanaman renek di zon limpahan banjir serta kawasan sekitar
Misi Sains Warga β 9 Stesen Pembelajaran
π³ Hutan Bandar untuk Komuniti β Universiti Malaysia Kelantan
π Beg Bencana β Universiti Utara Malaysia
π―οΈ Lilin Aroma β Universiti Kebangsaan Malaysia
π§ͺ Pencemaran Mikroplastik β Universiti Malaya
πͺ° Renjer Pepatung β Wetlands International Malaysia
π§ Jejak Air β WWF-Malaysia
πΏ Ekohidrologi β UNESCO-IHP Malaysia
π¦ Ekosistem Tasik & Wetland β Perbadanan Putrajaya & Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd.
βΊ Glamping@Wetland Putrajaya
Young Water Scientist
π§ͺ Misi Saintis Air β Ujian parameter kimia kualiti air
π¬ Forensik Bioindikator β Persampelan dan pengecaman invertebrata akuatik
π¦ Detektif Serangga β Persampelan dan pengecaman serangga penunjuk kualiti air
Belajar seperti saintis, bertindak sebagai 'local champion'.