18/08/2026
πππππππ ππππ ππ πππππππ ππππππππ πππππ πππππ πππππ πππππππ ππππππ πππππππ πππππ πππππ πππππ ππ ππππππ πππππ ππππππππ
ππ ππ π¨π¬ ππππ, ππ¨π‘ππ§ ππππ’π β Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan rondaan OMPT di sekitar kawasan Revolusi Hijau Johan Setia. Pemantauan pada waktu malam dilaksanakan melalui Jalan Utama yang mengelilingi kawasan Revolusi Hijau Johan Setia dengan menggunakan dron. Walau bagaimanapun, tiada jerebu dikesan di sekitar kawasan pemantauan.
Rondaan darat turut dijalankan di Jalan Johan Setia, sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Johan Setia dan Jalan Sijangkang Utama. Hasil pemantauan mendapati tiada tanda-tanda pembakaran sedang berlaku atau pembakaran yang baru. Pemantauan kemudiannya diteruskan melalui Jalan KlangβBanting dan seterusnya ke laluan Sijangkang Utama. Pemerhatian di lokasi hotspot kebakaran berhampiran stesen juga mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka sedang dijalankan.
Semasa rondaan dijalankan, pasukan telah menerima maklumat daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung satu kejadian kebakaran yang berlaku pada jam 8.25 malam di lokasi bersebelahan Lebuhraya Pantai Barat (WCE). Pasukan penyiasat telah merekodkan bacaan koordinat di sekitar kawasan yang terbakar. Pihak JBPM telah berjaya memadam kebakaran tersebut. Tiada individu yang dapat dikenal pasti sebagai pihak yang melakukan pembakaran terbuka tersebut.
JAS Negeri Selangor akan terus mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan hotspot pembakaran, khususnya di kawasan pertanian berhampiran stesen, bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka. Pemantauan dari semasa ke semasa juga akan diteruskan terhadap sebarang aduan berkaitan pembakaran terbuka di kawasan Johan Setia.
Orang ramai adalah diingatkan bahawa kesalahan bagi pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menyebabkan denda tidak kurang daripada RM 25,000 dan denda maksimum tidak melebihi RM 1,000,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-keduanya sekali dan denda tambahan tidak melebihi RM 5,000 juga boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan dilakukan selepas suatu notis diserahkan.
Aduan kesalahan pembakaran terbuka boleh dikemukakan kepada di portal e-aduan atau talian 1800 88 2727 atau mana-mana Jabatan atau agensi dan PBT yang diperwakilkan kuasa di bawah P.U.(A) 207, 2025.