KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat "๐‘ซ๐’Š๐’”๐’Š๐’๐’Š ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Ž๐’–๐’๐’‚โ€ฆ" https://linktr.ee/KEMASOFFICIAL
(318)

๐Ÿฉโœจ ๐Š๐”๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐Œ: ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’๐๐˜๐€ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐, ๐‹๐„๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐!Rangup di luar, lembut di dalam โ€” Kuih Denderam antara kuih tradisi...
06/09/2026

๐Ÿฉโœจ ๐Š๐”๐ˆ๐‡ ๐ƒ๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐Œ: ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’๐๐˜๐€ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐, ๐‹๐„๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐๐†๐€๐“๐€๐!

Rangup di luar, lembut di dalam โ€” Kuih Denderam antara kuih tradisional yang cukup sinonim dengan cita rasa masyarakat Melaka. โค๏ธ

Sesi Demonstrasi Kuih Denderam bersama Cikgu Wani & Cikgu Rozitah dari KEMAS Negeri Melaka telah berlangsung petang ini di Pavilion Negeri Melaka, MAEPS Serdang.

Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri cara penyediaan kuih tradisional ini, daripada proses menyediakan adunan sehinggalah menghasilkan Kuih Denderam yang sempurna.

Bukan sekadar menikmati keenakannya, demonstrasi ini turut menjadi ruang untuk memperkenalkan dan meneruskan warisan masakan tradisional kepada generasi akan datang. ๐ŸŒธ

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan kepada KEMAS Negeri Melaka sepanjang sesi demonstrasi di MAHA 2026.

Dari tangan cikgu KEMAS, terus subur warisan tradisi Melaka. ๐Ÿฉโค๏ธ

๐ˆ๐๐๐€๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡๐ˆ ๐–๐€ ๐ˆ๐๐๐€ ๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐‡๐ˆ ๐‘๐€๐‰๐ˆโ€™๐”๐ุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽโ€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya...
06/09/2026

๐ˆ๐๐๐€๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡๐ˆ ๐–๐€ ๐ˆ๐๐๐€ ๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐‡๐ˆ ๐‘๐€๐‰๐ˆโ€™๐”๐

ุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽ

โ€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.โ€

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham En. Zainorin bin Pin, mantan warga INFRA dan KEMAS Ibu Pejabat serta Pengetua Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILKKL), telah kembali ke rahmatullah pada 6 September 2026.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang amat dihormati dan dikenang atas jasa serta baktinya sepanjang berkhidmat.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Bacaan Yasin dan doa untuk arwah Encik Zainorin Pin akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: Selepas solat Maghrib
๐ŸŽ™๏ธ Pemimpin Bacaan: Ustaz Nazri Mustakim, Imam Masjid Negara
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet
๐Ÿ”— https://meet.google.com/vku-drqq-gbq

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga KEMAS

๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡: ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐, ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’LABUAN, 6 Sept . - Pemerkasaan perjawatan dan k...
06/09/2026

๐€๐Œ๐€๐๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡: ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐, ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’

LABUAN, 6 Sept . - Pemerkasaan perjawatan dan kebajikan warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjadi antara amanat utama Ketua Pengarah KEMAS dalam memastikan jabatan itu terus mempunyai pasukan yang kukuh dan berdaya saing dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Ketua Pengarah, Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, usaha memperkemas struktur perjawatan sehingga ke peringkat daerah kekal menjadi antara agenda utama yang diperjuangkannya, termasuk memastikan struktur bahagian di ibu pejabat, negeri dan daerah mempunyai kesinambungan serta keperluan tenaga kerja yang bersesuaian.

Beliau berkata, kebajikan kakitangan lantikan kontrak (COS) juga perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan antara penggerak utama KEMAS di lapangan.

"Kita tidak akan mendapat kualiti staf sekiranya mereka sentiasa berasa tidak selamat dan tidak tahu sama ada kontrak akan disambung atau tidak. Pegawai tetap perlu mempunyai empati terhadap rakan COS kerana merekalah yang melaksanakan tugas di lapangan,โ€ katanya.

Dalam amanatnya kepada warga KEMAS Labuan, beliau turut menekankan keperluan memperkasa program kemahiran supaya terus relevan dengan keperluan semasa masyarakat dan mampu membuka peluang menjana pendapatan.

Beliau berkata, Labuan juga perlu diberi perhatian dari aspek struktur pentadbiran dan perjawatan berdasarkan keperluan serta skop operasi KEMAS di wilayah berkenaan.

Beliau pada masa sama mengingatkan warga KEMAS supaya melaksanakan tugas dengan penuh integriti, amanah dan keikhlasan serta bergerak sebagai satu pasukan.

"Lidi sebatang tidak mampu menggerakkan apa-apa, tetapi apabila diikat menjadi penyapu, ia mampu membersihkan apa juga. Begitu juga kita, teruskan bekerja sebagai satu pasukan dengan penuh dedikasi demi masyarakat,โ€ katanya.

๐๐„๐๐“๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‡๐„๐‘๐Ž, ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐”๐๐†๐†๐”๐‹๐ˆ ๐ƒ๐”๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡PUTRAJAYA, 5 Sept. - Bakat dan kreativiti kanak-kanak KEMAS terserla...
06/09/2026

๐๐„๐๐“๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐‡๐„๐‘๐Ž, ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐”๐๐†๐†๐”๐‹๐ˆ ๐ƒ๐”๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡

PUTRAJAYA, 5 Sept. - Bakat dan kreativiti kanak-kanak KEMAS terserlah apabila Terengganu muncul juara kategori Perempuan dan Johor Kategori Lelaki dalam Program Digital Hero Peringkat Kebangsaan 2026, yang kemuncaknya berlangsung sempena Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026 di Wetland Studio, Putrajaya.

Dalam kategori Lelaki, Muhammad Ayden Rayyan Muhammad Solihin dari Johor dinobatkan sebagai Johan diikuti Wan Muhammad Aeril Noah Wan Muhammad Hariz dari Wilayah Persekutuan sebagai Naib Johan dan Eean Eesa Akmal Syazwan dari Negeri Sembilan di tempat ketiga.

Bagi kategori Perempuan p**a, Izyan Mardhiah Mohamad Idham dari Terengganu merangkul Johan, manakala Hadya Safwa Mohd Hanuar Fitri dari Perlis dan Nurliana Raudhah Mohamad dari Sabah masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Penyampaian hadiah bagi pemenang Digital Hero itu disempurnakan oleh Presiden Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KRU, Datoโ€™ Norman Abdul Halim sempena acara kemuncak AKAR 2026 yang dianjurkan Yayasan KRU dengan sokongan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Program Digital Hero merupakan salah satu aktiviti di bawah Smartclassroom@KEMAS dengan matlamat melahirkan generasi cilik yang fasih digital menerusi penghasilan komik digital menggunakan aplikasi Brush Ninja.

Bagi edisi tahun ini, seramai 28 kanak-kanak terbaik yang mewakili negeri masing-masing bertanding dalam kategori Lelaki dan Perempuan dengan mengangkat tema โ€œSaya Sayang Orang Utanโ€. Peserta dipilih menerusi saringan berperingkat bermula dari TABIKA, daerah/zon/parlimen dan negeri sebelum mewakili KEMAS negeri ke peringkat kebangsaan.

Selain menghasilkan komik digital, peserta turut diberi peluang membentangkan karya secara lisan bagi mengasah kemahiran komunikasi dan keyakinan diri.

Lebih membanggakan, Terengganu mengungguli Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026 Peringkat Kebangsaan menerusi Puteri Aisyah Mikayla Tengku Kamalrulzaman dari TABIKA KEMAS Harmoni sebagai Johan, manakala Muhammad Aniq Taqie Mohd Izafi dari TABIKA KEMAS Bustanul Najwa, Selangor meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Mewarna AKAR yang melibatkan 153,056 kanak-kanak, 11 daripada 16 finalis merupakan kanak-kanak TABIKA KEMAS.

๐ŸŒถ๏ธ ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ด ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘บ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ณ, ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ 2026! ๐ŸฒโœจPekat kuahnya, cukup rasa rempahnya, lembut daging tetelnya...
06/09/2026

๐ŸŒถ๏ธ ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ด ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘บ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ณ, ๐‘ช๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ 2026! ๐Ÿฒโœจ

Pekat kuahnya, cukup rasa rempahnya, lembut daging tetelnya! ๐Ÿคค

Sesi Demonstrasi Asam Pedas Daging Tetel bersama Cikgu Wani & Cikgu Rozitah dari KEMAS Negeri Melaka telah berlangsung pagi ini di Pavilion Negeri Melaka, MAEPS Serdang.

Pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri penyediaan hidangan tradisi yang cukup sinonim dengan negeri Melaka, daripada penyediaan bahan sehingga siap dihidangkan. โค๏ธ

Terima kasih kepada semua pengunjung yang turut memeriahkan sesi demonstrasi dan memberikan sokongan kepada KEMAS Negeri Melaka.

Daripada dapur KEMAS, membawa rasa dan warisan Melaka ke pentas MAHA 2026. ๐ŸŒถ๏ธ๐Ÿฒ

LAST DAY๐Ÿ“ข Kami bawakan semula dua demo masakan kegemaran ramai khas di MAHA 2026!Kali ini gabungan padu masakan tradisi ...
05/09/2026

LAST DAY๐Ÿ“ข Kami bawakan semula dua demo masakan kegemaran ramai khas di MAHA 2026!

Kali ini gabungan padu masakan tradisi Melaka: Asam Pedas Daging Tetel yang meletop dan Kuih Denderam yang rangup di luar, lembut di dalam!
Dua-dua menu pop**ar ini dibawakan khas bersama Cikgu Wani & Cikgu Rozitah (KEMAS Negeri Melaka).

1. DEMONSTRASI ASAM PEDAS DAGING TETEL
๐Ÿ“… Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 10.00 Pagi โ€“ 12.00 Tengah Hari

2. DEMONSTRASI KUIH DENDERAM
๐Ÿ“… Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 2.00 Petang โ€“ 6.00 Petang

๐Ÿ“ Tempat: Pavilion Negeri Melaka, MAEPS Serdang
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan: PERCUMA & Terbuka Kepada Semua Pengunjung MAHA 2026

Mana yang terlepas sesi sebelum ini, inilah peluang anda! Jangan lupa singgah, tengok demo, dan merasa sendiri hasil air tangan cikgu-cikgu KEMAS kita. Jumpa anda di sana! ๐Ÿ‘‹โœจ

๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐๐ˆ๐’๐“๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆLABUAN, 5 Ogos - Program Laman Agro Bistari di Labuan bakal dipe...
05/09/2026

๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐๐ˆ๐’๐“๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐” ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐Œ๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ

LABUAN, 5 Ogos - Program Laman Agro Bistari di Labuan bakal diperkasa sebagai platform pembangunan komuniti yang bukan sahaja menggalakkan penghasilan makanan untuk kegunaan sendiri, malah membuka ruang kepada masyarakat menjana pendapatan.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, pendekatan itu boleh dimulakan menerusi projek rintis tanaman hidroponik di Kampung Belukut dengan tumpuan kepada tanaman salad yang mempunyai permintaan tinggi. Usaha berkenaan juga boleh diselaraskan dengan program Pintar Botani di TABIKA KEMAS bagi memperluas pelaksanaannya kepada komuniti.

โ€œProgram ini bukan sekadar mahu masyarakat menikmati sayur segar, tetapi yang lebih penting ialah memberi peluang kepada mereka menjana pendapatan. Kita mulakan kecil dan gabungkan tenaga supaya hasil yang dikeluarkan lebih besar serta boleh dipasarkan,โ€ katanya.

Beliau berkata, jika 10 kampung masing-masing mampu menghasilkan 10 kilogram salad, sebanyak 100 kilogram boleh dikumpulkan untuk pasaran, sekali gus membuka peluang ekonomi yang lebih besar kepada komuniti. Projek rintis 480 pokok salad di Kampung Belukut p**a berpotensi menghasilkan kira-kira 480 kilogram salad, dengan nilai jualan antara RM25 hingga RM30 sekilogram.

Katanya, usaha itu selari dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah supaya pembangunan kemahiran masyarakat disusuli peluang ekonomi.

"Program mesti ada matlamat. Yang bagus kita perluaskan, yang kurang baik kita baiki dan yang tidak bagus kita tinggalkan. Saya mahu ekosistem KEMAS memastikan kemahiran yang dipelajari akhirnya membawa kepada peningkatan pendapatan masyarakat,โ€ katanya.

๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‡ ๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ @ ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Meriahkan Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 dengan kunjungan anda dan jangan le...
05/09/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‡ ๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ @ ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Meriahkan Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 dengan kunjungan anda dan jangan lepaskan peluang untuk mengenali serta menyokong barisan Usahawan KEMAS yang mengetengahkan produk, perkhidmatan dan hasil kreativiti mereka! โœจ

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‰๐€๐‡๐ˆ๐“ ๐๐€๐‰๐”/ ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐Š๐‘๐€๐…๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐Š

๐Ÿ“ Lokasi : NURUL FATEHA (UD09)
๐Ÿ“† Tarikh: 2 โ€“ 6 September 2026
๐Ÿ“ž Hubungi: 018-3732448
๐Ÿ“ฑ Instagram:

๐Š๐€๐Œ๐๐ˆ๐๐† ๐…๐‘๐Ž๐™๐„๐ | ๐€๐˜๐€๐Œ ๐…๐‘๐Ž๐™๐„๐ | ๐ƒ๐„๐’๐’๐„๐‘๐“ ๐๐”๐‹๐”๐“

๐Ÿ“ Lokasi: MUMIEKA KITCHEN (UD07)
๐Ÿ“ž Tempahan (Pulut Kuning & Mangga): 019-2148512
๐Ÿ“ฑ TikTok: mumieka kitchen ent

๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐“๐€/๐Œ๐ˆ๐๐”๐Œ๐€๐

๐Ÿ“ Premis: KAMAL KOPI (UD06)
๐Ÿ“ž Hubungi: 018-2400605
๐Ÿ“ฑ TikTok / Threads:

๐…๐„๐’๐˜๐„๐ & ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‰๐€๐‡๐ˆ๐“๐€๐

๐Ÿ“ Premis: MANISAH / S**A JAHIT (UD08)
๐Ÿ“ž Hubungi / Tempahan: 011-33005502
๐Ÿ“ฑ Facebook / Instagram / TikTok:

๐Ÿ‘€ Singgah cuci mata, kenali usahawan kita dan jangan lupa simpan nombor telefon, follow media sosial dan sokong perniagaan mereka. โค๏ธ

๐Ÿ“ข ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—น๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ ๐—ž๐—ฎ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐˜ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ, ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป.

๐ŸŒพ Jom ramai-ramai serbu Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 dan sokong Usahawan KEMAS! ๐Ÿ’–

Untuk kesejahteraan rakyat
05/09/2026

Untuk kesejahteraan rakyat

Bagi masyarakat desa, jalan yang baik bukan sekadar kemudahan. Ia menghubungkan keluarga dengan sekolah, tempat kerja, klinik dan membuka lebih banyak peluang untuk mencari rezeki.

Sebab itu, pelaksanaan projek Jalan Luar Bandar terus diberi perhatian agar masyarakat desa menikmati akses yang lebih baik, perjalanan yang lebih selesa dan perhubungan yang memudahkan kehidupan seharian.




๐ŸŒŸ DIGITAL HERO 2026: Kecil-Kecil Jadi Wira Digital! ๐Ÿ’ป๐ŸฆงโœจSiapa kata anak kecil hanya pandai bermain?Digital Hero 2026 tela...
04/09/2026

๐ŸŒŸ DIGITAL HERO 2026: Kecil-Kecil Jadi Wira Digital! ๐Ÿ’ป๐Ÿฆงโœจ

Siapa kata anak kecil hanya pandai bermain?
Digital Hero 2026 telah membuktikan bahawa si cilik juga mampu berkarya, berkomunikasi dan mencipta melalui teknologi!

Edisi 2026 turut menjadi manifestasi sokongan KEMAS terhadap Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026 anjuran Yayasan KRU.

Dengan tema โ€œSaya Sayang Orang Utanโ€ ๐Ÿฆง๐ŸŒฟ, anak-anak ini bukan sekadar menghasilkan komik digital menggunakan Brush Ninja, malah menyampaikan mesej tentang kasih sayang, tanggungjawab dan kelestarian alam.

Lebih membanggakan, mereka mampu bercerita tentang hasil lukisan mereka secara tidak langsung melatih keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan keberanian untuk berkarya.

Lebih istimewa, sepanjang 2023 hingga 2026, sebanyak 84 kandungan komik digital telah berjaya dihasilkan oleh kanak-kanak KEMAS dan dimanfaatkan sebagai bahan bacaan di TABIKA KEMAS.

Inilah Digital Hero KEMAS โ€” kecil usianya, besar impiannya! ๐Ÿ’™









Address

Aras 5/9, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388912682

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share