East Coast Economic Region Development Council

East Coast Economic Region Development Council Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Baru-baru ini, ECERDC telah menyertai Program Kesedaran Pengurusan Konservasi Spesies Marin Terancam anjuran Pejabat Per...
14/07/2026

Baru-baru ini, ECERDC telah menyertai Program Kesedaran Pengurusan Konservasi Spesies Marin Terancam anjuran Pejabat Perikanan Negeri Pahang yang berlangsung di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC), Cherating.

TCIC Cherating, yang telah dibangunkan semula oleh ECERDC, merupakan pusat pemuliharaan penyu yang menjalankan aktiviti penyelidikan, pengeraman telur, penetasan serta program pendidikan berkaitan konservasi marin. Program ini merupakan sebahagian daripada persiapan menjelang pembukaan semula TCIC kepada orang awam dan pelancong selepas kerja-kerja naik taraf selama 18 bulan.

Program telah dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Pahang, Encik Roslan bin Abu Hasan, dan dimulakan dengan aktiviti gotong-royong melibatkan pembersihan kawasan TCIC, galeri, hatcheri penyu serta kerja-kerja mengecat.

Peserta turut mengikuti taklimat konservasi penyu, lawatan ke Galeri TCIC serta menyaksikan pelepasan dua (2) ekor ibu penyu yang dipasang alat penjejak (tracker) untuk pemantauan. Program diakhiri dengan pelepasan 300 ekor anak penyu ke laut sebagai tanda komitmen bersama dalam memelihara khazanah marin negara.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC), Cherating kini telah dibuka semula kepada orang ramai sejak 13 Julai 2026 yang lalu. Orang ramai dijemput untuk berkunjung dan bersama-sama menyokong usaha pemuliharaan penyu serta menikmati pengalaman pembelajaran mengenai konservasi marin di pusat ini.


๐ˆ๐ง๐ญ๐ข ๐๐š๐ญ๐ข ๐“๐š๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐Š๐ซ๐ข๐ฌ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ | ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Mesyuarat MTEN BIL.14/2026 memberi tumpuan kepada tiga perkara y...
14/07/2026

๐ˆ๐ง๐ญ๐ข ๐๐š๐ญ๐ข ๐“๐š๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐Š๐ซ๐ข๐ฌ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ | ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Mesyuarat MTEN BIL.14/2026 memberi tumpuan kepada tiga perkara yang mempunyai kesan langsung kepada rakyat dan ekonomi negara.

๐ŸŒพ Keterjaminan makanan
๐Ÿ›ก๏ธ Keselamatan domestik dan sempadan
๐Ÿญ Daya tahan sektor pembuatan dalam menghadapi tekanan rantaian bekalan global

Kerajaan akan terus bertindak berasaskan data, mendengar pandangan rakyat dan industri, serta melaksanakan penyelesaian yang praktikal dan berimpak demi memastikan kesejahteraan rakyat serta pertumbuhan ekonomi yang mampan.




Taklimat Krisis Bekalan Global kembali bersiaran hari ini bagi membincangkan perkembangan semasa bekalan global serta im...
13/07/2026

Taklimat Krisis Bekalan Global kembali bersiaran hari ini bagi membincangkan perkembangan semasa bekalan global serta impaknya terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

๐Ÿ“… 13 Julai 2026 (Isnin)
๐Ÿ•Ÿ 4.30 petang

Saksikan secara langsung melalui:
๐Ÿ“Facebook: Kementerian Ekonomi

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkembangan terkini serta memahami langkah-langkah kerajaan dalam mendepani cabaran krisis bekalan global.





SAMBUTAN HARI INTEGRITI ECERDC 2026Baru-baru ini, ECERDC telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti 2026 di Ibu Pejabat ...
13/07/2026

SAMBUTAN HARI INTEGRITI ECERDC 2026

Baru-baru ini, ECERDC telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti 2026 di Ibu Pejabat ECERDC, Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh Puan Faizah Othman, Pengerusi Jawatankuasa Sementara merangkap Pengurus Besar Bahagian Kewangan ECERDC.

Program dimulakan dengan taklimat berkaitan Polisi Integriti dan Governans (IGU) oleh Encik Aznan Yahya, diikuti taklimat Code of Conduct & Discipline (COCD) oleh Puan Shareefa Faridha Syed Haniff. Ceramah bertajuk Do The Right Thing p**a disampaikan oleh Tuan Meor Sharam Faiz Mieor Shariman dari Institut Integriti Malaysia (IIM).

Majlis turut dihadiri wakil Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Mariam Ilias dan YBhg. Datin Zuridah Mamat. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen ECERDC dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan profesionalisme di seluruh organisasi.



Sungai Palas, Cameron Highland, PahangTerletak di tengah Cameron Highlands, Sungai Palas menghadirkan satu pengalaman ya...
11/07/2026

Sungai Palas, Cameron Highland, Pahang

Terletak di tengah Cameron Highlands, Sungai Palas menghadirkan satu pengalaman yang menyegarkan jiwa dengan pemandangan hijau kebun teh yang membentang luas dan udara sejuk yang menyapa lembut. Di sini, pengunjung bukan hanya dapat menikmati keindahan alam yang memukau, tetapi juga merasai pengalaman melihat proses penghasilan teh secara langsung di kilang teh yang terkenal. Dengan pemandangan yang menenangkan dan suasana yang nyaman, Sungai Palas pasti memberikan kenangan manis buat semua yang berkunjung.

ECERDC recently hosted the Engagement Series: Agriculture Cluster โ€“ Unlocking Growth & Investment in the Agrofood Sector...
10/07/2026

ECERDC recently hosted the Engagement Series: Agriculture Cluster โ€“ Unlocking Growth & Investment in the Agrofood Sector in ECER in Kuantan, in support of the Ministry of Economyโ€™s efforts to drive investment and economic growth across the East Coast region.

The event was attended by over 50 organisations from the public and private sectors, who gained first-hand insights into the agrofood sector, focusing on the latest government policies, incentives, trade opportunities, and financing solutions. Representatives from the Ministry of Agriculture and Food Security, Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Agrobank, and Secai Marche also shared their expertise and perspectives on advancing the sector.

The engagement served as a valuable platform for dialogue between government agencies, industry players, and investors to unlock new investment potential and support sustainable economic growth in the agrofood sector.

07/07/2026

Hear the special message from Deputy Prime Minister and Minister of Energy Transition and Water Transformation (PETRA), YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof on why ISES 2026 is a key platform in advancing Malaysia's energy transition.

See you at ISES 2026. Visit link in bio and register today: https://www.ises.gov.my/
๐Ÿ“… 11โ€“12 August 2026
๐Ÿ“ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Malaysia




ECER in the NewsECERDCโ€™s efforts in championing East Coast transformation were recently featured, highlighting the regio...
06/07/2026

ECER in the News

ECERDCโ€™s efforts in championing East Coast transformation were recently featured, highlighting the regionโ€™s growing role as one of Malaysiaโ€™s key investment growth corridors.

As an agency under the Ministry of Economy, ECERDC continues to drive strategic infrastructure, thematic industrial parks and stronger regional connectivity to attract quality investments while supporting job creation, entrepreneurship and sustainable socio-economic development.

Read full article : https://shorturl.at/bx9gH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin, Ketua Pengarah, Lembaga Kema...
06/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin, Ketua Pengarah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atas pengurniaan Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Datoโ€™ sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang Ke-84 pada 5 Julai 2026.

Ikhlas daripada
Pengurusan dan seluruh warga kerja
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Notis Perpindahan: Pejabat ECERDC Negeri PahangDimaklumkan bahawa Pejabat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timu...
30/06/2026

Notis Perpindahan: Pejabat ECERDC Negeri Pahang

Dimaklumkan bahawa Pejabat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Negeri Pahang telah berpindah dan akan beroperasi sepenuhnya di lokasi baharu seperti berikut:

Aras 1, Lot 49652, Cybercentre,
Persiaran Bandar Gambang,
Taman Teknologi Pahang,
26300 Gambang, Pahang

Perpindahan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian +603 8885 0000 atau e-mel [email protected].

Address

Aras 3, Menara PjH No. 2, Jalan Tun Abdul Razak Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60388850000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when East Coast Economic Region Development Council posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to East Coast Economic Region Development Council:

Shortcuts

Share