Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - JKSM

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - JKSM JKSM merupakan agensi kerajaan Pusat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelaras pentadbiran Mahkamah Syariah negeri2 di Malaysia.

03/08/2026
๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐Š๐’๐Œ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘ ๐Š๐„ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Adza Danial Haiqal bin Martias, 31 J...
31/07/2026

๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐Š๐’๐Œ ๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘ ๐Š๐„ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Adza Danial Haiqal bin Martias, 31 Julai 2026, 10.00 pagi

PUTRAJAYA โ€“ YAA Datoโ€™ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2026 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, pagi tadi.

Istiadat penuh gilang-gemilang yang disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia itu merupakan acara kemuncak Sambutan Hari Pahlawan 2026 yang bertemakan โ€œMengenang Jasa, Mengukuh Pertahananโ€ sebagai simbol penghargaan tertinggi negara kepada para pahlawan yang telah berkorban demi mempertahankan keamanan, keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

Sambutan turut diserikan dengan Kawalan Kehormatan Utama, tiupan Paluan Akhir, persembahan pantomim khas bertajuk โ€œDarah Pahlawan Ulu Legongโ€ yang mengangkat kisah keberanian anggota keselamatan negara, sebelum diakhiri dengan Paluan Fajar sebagai lambang semangat juang yang terus subur dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Kehadiran JKSM ke istiadat ini mencerminkan penghormatan dan penghargaan jabatan terhadap jasa serta pengorbanan para pahlawan negara, di samping menyemarakkan semangat patriotisme, taat setia dan tanggungjawab bersama dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan Malaysia.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š






๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Hari Pahlawan merupakan detik untuk mengenang jasa, pengorbanan dan keberanian para ...
31/07/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Hari Pahlawan merupakan detik untuk mengenang jasa, pengorbanan dan keberanian para perwira yang mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemerdekaan negara.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, pasukan keselamatan dan semua wira negara atas pengorbanan serta khidmat bakti yang dicurahkan demi agama, bangsa serta tanah air.

Semoga semangat patriotisme, keberanian dan kesetiaan para pahlawan terus menjadi inspirasi dalam memelihara keamanan, keadilan dan kesejahteraan Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š





๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin A...
31/07/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Segala Jajahan Takluknya sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-67 pada 31 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan, serta terus berada di bawah limpah rahmat dan peliharaan-Nya dalam menerajui pemerintahan Negeri Pahang Darul Makmur.

Merafak sembah takzim daripada

YAA Datoโ€™ Hj Mohd Amran bin Mat Zain
Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

dan seluruh warga
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)






๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐‰๐Š๐’๐Œ: ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tahukah anda siapakah tokoh-tokoh yang telah menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)...
31/07/2026

๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐‰๐Š๐’๐Œ: ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tahukah anda siapakah tokoh-tokoh yang telah menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sejak penubuhannya pada tahun 1998?

Jom selusuri legasi lima Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM yang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh institusi kehakiman Syariah negara, memacu pelbagai pembaharuan serta memperkasa sistem perundangan Syariah demi kemaslahatan ummah.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š






29/07/2026

KENYATAAN MEDIA

PENGUKUHAN TADBIR URUS TABUNG HAJI BERTERASKAN KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik. Selama lebih enam dekad, TH telah memainkan peranan penting dalam menguruskan simpanan serta urusan haji jutaan jemaah Malaysia, sekali gus membuktikan kedudukannya sebagai institusi Islam yang menjadi kebanggaan negara dan model pengurusan dana Islam diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

2. Dapatan dan laporan RCI ini dilihat secara positif sebagai peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi seperti TH. TH telah dan sedang melaksanakan syor-syor penambahbaikan RCI secara teratur demi memelihara kepentingan pendeposit, pematuhan Syariah, serta kelestarian operasi. Seiring dengan pembaharuan ini, TH terus mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh serta membuktikan pengurusan haji terbaik dunia menerusi kejayaan merangkul Anugerah Labbaytum kategori Diamond daripada Kerajaan Arab Saudi secara konsisten.

3. Pelaksanaan syor RCI dan pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin untuk TH terus mencipta kecemerlangan, memacu inovasi perkhidmatan, dan memberikan nilai pulangan yang optimum kepada para pendeposit. Sehubungan itu, seluruh agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan sokongan padu bagi memastikan TH kekal mampan, sentiasa diyakini oleh umat Islam, serta berterusan menjadi peneraju pengurusan haji negara.

SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

29 Julai 2026 | 14 Safar 1448 Hijrah

Mahkamah Syariah bukan sekadar tempat menjatuhkan hukum, tetapi institusi yang menjamin keadilan umat. Namun, sejauh man...
29/07/2026

Mahkamah Syariah bukan sekadar tempat menjatuhkan hukum, tetapi institusi yang menjamin keadilan umat.

Namun, sejauh mana reformasi yang sedang dilaksanakan mampu mempercepat penyelesaian kes, memperkukuh bidang kuasa dan meningkatkan keyakinan masyarakat?

Ikuti kupasan dalam FIKRAH, membincangkan Reformasi Mahkamah Syariah: Ke Mana Hala Tuju? pada 29 Julai 2026 (Rabu), 6.00 petang, hanya di TV1.

Mahkamah Syariah bukan sekadar tempat menjatuhkan hukum, tetapi ins...

29/07/2026

Mahkamah Syariah bukan sekadar tempat menjatuhkan hukum, tetapi institusi yang menjamin keadilan umat.

Namun, sejauh mana reformasi yang sedang dilaksanakan mampu mempercepat penyelesaian kes, memperkukuh bidang kuasa dan meningkatkan keyakinan masyarakat?

Ikuti kupasan dalam FIKRAH, membincangkan Reformasi Mahkamah Syariah: Ke Mana Hala Tuju? pada 29 Julai 2026 (Rabu), 6.00 petang, hanya di TV1.

29/07/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐…๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‡ โ€“ ๐’๐ˆ๐€๐‘๐€๐ ๐‹๐€๐๐†๐’๐”๐๐† ๐’๐„๐๐„๐๐“๐€๐‘ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

Jangan lepaskan peluang mengikuti Program FIKRAH yang membincangkan topik โ€œReformasi Mahkamah Syariah: Ke Mana Hala Tuju?โ€

Bersama panel jemputan:
โš–๏ธ YAA Datoโ€™ Mohd Amran bin Mat Zain
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

โš–๏ธ Tuan Musa bin Awang
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

๐Ÿ—“๏ธ Hari ini (Rabu, 29 Julai 2026)
โฐ 6.00 petang
๐Ÿ“บ TV1 (RTM)
๐Ÿ“ฑ RTM Klik dan Facebook JAKIM

Ayuh bersama mengikuti kupasan mengenai reformasi Mahkamah Syariah dan usaha memperkasa institusi kehakiman Syariah demi kemaslahatan ummah.

๐”๐ง๐ข๐ญ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ก๐š๐ค๐ข๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š






Address

Blok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388709200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia - JKSM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share