KBSMalaysia

KBSMalaysia FOLLOW OUR OFFICIAL MEDIA SOCIAL ACCOUNTS :
Twitter :
Instagram :

Visi - Membentuk Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan pembudayaan sukan. Misi - Memacu kemajuan belia dan sukan secara holistik untuk memenuhi aspirasi negara.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi...
18/08/2026

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari telah mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang III, Penggal ke-35 (Sesi 2025–2026) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.

Diperuntukkan di bawah Akta 668, MPBN menghimpunkan 142 perwakilan belia di peringkat negeri dan kebangsaan bersama wakil kementerian serta agensi Persekutuan untuk mencambahkan fikiran demi memperkasakan generasi muda tanah air.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.

Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail IYCMalaysia Rakan Muda Majlis Belia Malaysia

18/08/2026
Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari telah mengadakan pertemuan bersama Persekutuan Angkat Berat M...
18/08/2026

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari telah mengadakan pertemuan bersama Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) di International Youth Centre (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

Pertemuan turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol serta Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.

Susulan perbincangan lanjut antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan PABM, beberapa bentuk bantuan serta penambahbaikan telah dipersetujui dengan melibatkan tambahan peruntukan lebih RM1 juta bagi memperkukuh sokongan terhadap pembangunan sukan angkat berat dan atlet negara.

Selesai pertemuan, YB Menteri turut mengadakan sidang media bagi berkongsi perkembangan serta perkara yang telah dibincangkan bersama PABM.

Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail IYCMalaysia Majlis Sukan Negara Malaysia

[ SIARAN MEDIA ]KBS PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERKUKUH SUKAN ANGKAT BERAT NEGARA
18/08/2026

[ SIARAN MEDIA ]

KBS PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERKUKUH SUKAN ANGKAT BERAT NEGARA

18/08/2026
18/08/2026

🇲🇾 SELAMAT BERSIDANG, AHLI MPBN!

Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) merakamkan ucapan selamat bersidang kepada seluruh Ahli Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bagi Sidang III, Penggal Ke-35, Sesi 2025–2026.

Semoga persidangan ini berlangsung dengan lancar serta menghasilkan pandangan, idea dan keputusan yang memberi impak positif kepada pembangunan belia dan masa depan negara. 🇲🇾✨

📅 18 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur



18/08/2026

[LANGSUNG]

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal ke-35 Sesi 2025–2026

Esok - episod ketiga audio siar “Sukan Selasa”! 💬Bukan sekadar sembang sukan — ini ruang untuk anda mendapatkan inspiras...
17/08/2026

Esok - episod ketiga audio siar “Sukan Selasa”! 💬

Bukan sekadar sembang sukan — ini ruang untuk anda mendapatkan inspirasi, ilmu dan motivasi ke arah gaya hidup yang lebih aktif dan sihat! ⚡️

Jom tonton episod ketiga yang menampilkan saudari Tania Lee Xu Yar, Pakar Pemakanan Sukan, Sports Nutrition Academy Malaysia seperti berikut: 👇

🗓️ : 18 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ : 9.00 malam
🔗 : Facebook dan YouTube JBSNegara
🎙️ : Hanis Nor, Jurulatih Kecergasan

Dengarkan pandangan, cabaran dan kisah inspirasi yang boleh dimanfaatkan oleh semua! 🇲🇾

Malaysia Aktif, JBSN Komited 💪



KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir acara 10m Air Rifl...
17/08/2026

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir acara 10m Air Rifle sempena SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Lapang Sasar Negara, Subang.

YB Timbalan Menteri turut menyampaikan pingat kepada para pemenang sebagai pengiktirafan atas pencapaian mereka dalam acara tersebut.

Tahniah kepada semua atlet yang bertanding! Teruskan semangat, kekalkan fokus dan berikan yang terbaik demi mengharumkan nama negeri masing-masing.

Suara Belia, Suara Masa Depan Malaysia! 🔥⚡️Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal ke-35 Sesi 2025–202...
17/08/2026

Suara Belia, Suara Masa Depan Malaysia! 🔥⚡️

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal ke-35 Sesi 2025–2026 akan berlangsung esok, 18 Ogos 2026 (Selasa) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. 🏁

Persidangan peringkat kebangsaan ini akan dipengerusikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan. 🎙️

Tonton secara langsung menerusi FB Live bagi mengikuti ucapan dasar, perbahasan oleh perwakilan belia, maklum balas kementerian/ agensi, ucapan penggulungan dan sebagainya. 💬

Inilah medan suara anak muda berkumpul, berdialog dan mencetuskan pandangan bernas demi masa depan belia dan negara. 🇲🇾

Menggerak Belia MADANI, JBSN Komited 💪



KBSMalaysia Taufiq Johari Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Address

Persint 4, Menara KBS, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62570

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KBSMalaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KBSMalaysia:

Shortcuts

Share