SPRM

SPRM SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)

MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION (MACC) Sila salurkan maklumat menggunakan saluran yang disediakan.

Nombor Siri: 2019/FB/BKS/01

PENAFIAN : SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap segala perkongsian atau komen/pendapat oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran. Segala risiko perbuatan tersebut menjadi tanggungjawab pemilik akaun atau mana-mana pihak itu sendiri. Laman Facebook rasmi SPRM ini dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM sebagai medium komunikasi dua hala bagi menyampai

kan mesej pendidikan dan pencegahan, dan bukan medium bagi memberi makluman berhubung operasi (siasatan). Anda juga tidak dialu-alukan memberi maklumat di dinding FB ini atas faktor kerahsiaan maklumat dan identiti pemberi maklumat. BKS SPRM tidak akan melayan sebarang pertanyaan berhubung siasatan kerana ia membawa implikasi pelanggaran Seksyen 29(4) ASPRM 2009. Sebarang pertanyaan anda boleh berhubung dengan Pegawai Komunikasi Strategik, di talian 03-8870 0000

Selamat Hari Kebangsaan 31 Ogos 2026"Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati" Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan...
30/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan 31 Ogos 2026
"Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati"

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).




28/08/2026

MACCNews - Berita Menarik SPRM Hari Ini





π˜Όπ™‹π™‰ π™π™€π™‚π˜Όπ™Ž π™ˆπ™€π™‰π™Šπ™‡π˜Όπ™† π™π˜Όπ™Žπ™π˜Όπ™ƒ π™ˆπ™€π™‰π™€π™π™π™Žπ™„ π™„π™†π™π˜Όπ™ π˜½π™€π˜½π˜Όπ™Ž π™π˜Όπ™Žπ™π˜Όπ™ƒBANGI, 28 Ogos 2026 – Warga Akademi Perundangan Negara (APN) menzahi...
28/08/2026

π˜Όπ™‹π™‰ π™π™€π™‚π˜Όπ™Ž π™ˆπ™€π™‰π™Šπ™‡π˜Όπ™† π™π˜Όπ™Žπ™π˜Όπ™ƒ π™ˆπ™€π™‰π™€π™π™π™Žπ™„ π™„π™†π™π˜Όπ™ π˜½π™€π˜½π˜Όπ™Ž π™π˜Όπ™Žπ™π˜Όπ™ƒ

BANGI, 28 Ogos 2026 – Warga Akademi Perundangan Negara (APN) menzahirkan komitmen untuk menolak dan memerangi rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlangsung di Dewan Auditorium APN, di sini hari ini.

Lafaz IBR diketuai Ketua Pengarah APN, Puan Rozina Ayob, sebagai simbol kesungguhan warga APN dalam membudayakan integriti serta melaksanakan tanggungjawab secara amanah, telus dan berakauntabiliti.

Sesi menandatangani IBR antara APN dan SPRM turut disaksikan Ketua Cawangan Kerajaan, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, PKPj Wan Mohd Rosli Wan Daud, bersama lebih 100 warga APN yang hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha membudayakan amalan antirasuah dalam organisasi.

Majlis turut diserikan dengan Deklamasi Sajak Kemerdekaan dan nyanyian lagu Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69. Program diakhiri dengan ceramah bertajuk β€œRasuah Dalam Perkhidmatan Awam dan Langkah-Langkah Pencegahannya” yang disampaikan oleh PKPs Muhammad Hafizi Othman.

Program ini menjadi platform meningkatkan kesedaran warga APN terhadap risiko rasuah serta kepentingan integriti, tadbir urus dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas.





Anak Orang Asli Yang Diajar Memburu Di Hutan, Kini Pemburu Rasuah Di KotaPerjalanan hidup Asmawi a/l Kulop Lam daripada ...
28/08/2026

Anak Orang Asli Yang Diajar Memburu Di Hutan, Kini Pemburu Rasuah Di Kota

Perjalanan hidup Asmawi a/l Kulop Lam daripada pedalaman ke dunia penguatkuasaan bukan sekadar kisah kerjaya.

Ia tentang peluang, keberanian dan keyakinan bahawa anak Orang Asli juga mampu berdiri sama tinggi dengan sesiapa sahaja.

Bagi beliau, merdeka bukan sekadar bebas. Merdeka ialah peluang untuk maju tanpa melupakan siapa kita.

Dan paling penting, integriti tetap jadi pegangan. Katanya Orang Asli diasuh agar jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Kisah Asmawi ini memang rare. Dari hutan ke SPRM, banyak cerita yang mungkin kita tak pernah dengar.

Nak tahu perjalanan hidup beliau?

Tonton Podcast Kolar Hitam: Bukan Sekadar Operasi β€” Episod 9 sempena Hari Kebangsaan 2026

Anak Orang Asli Yang Diajar Memburu Di Hutan, Kini Pemburu Rasuah D...

π™’π˜Όπ™π™‚π˜Ό π™ˆπ™Šπ™ π˜Ώπ˜Όπ™‡π˜Όπ™ˆπ™„ π™π™„π™Žπ™„π™†π™Š π™π˜Όπ™Žπ™π˜Όπ™ƒ, π™Žπ™‹π™π™ˆ π™Žπ™€π™ˆπ˜Όπ™„ π™‰π™„π™‡π˜Όπ™„ 𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝙄𝙏𝙄PUTRAJAYA, 27 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays...
27/08/2026

π™’π˜Όπ™π™‚π˜Ό π™ˆπ™Šπ™ π˜Ώπ˜Όπ™‡π˜Όπ™ˆπ™„ π™π™„π™Žπ™„π™†π™Š π™π˜Όπ™Žπ™π˜Όπ™ƒ, π™Žπ™‹π™π™ˆ π™Žπ™€π™ˆπ˜Όπ™„ π™‰π™„π™‡π˜Όπ™„ 𝙄𝙉𝙏𝙀𝙂𝙍𝙄𝙏𝙄

PUTRAJAYA, 27 Ogos 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus meningkatkan kesedaran antirasuah dalam sektor awam menerusi Program Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bersama 25 pegawai kumpulan pelaksana Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

Program selama dua hari, dari 26 hingga 27 Ogos 2026, berlangsung di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pengisian program memberi tumpuan kepada penilaian risiko rasuah dalam aspek perolehan, kewangan dan tadbir urus, termasuk isu campur tangan pihak berkepentingan, tuntutan palsu, salah guna kuasa serta penerimaan hadiah.

Peserta turut mengikuti kajian kes, latihan berkumpulan dan aktiviti gamifikasi antirasuah bagi menguji kefahaman serta meningkatkan kepekaan terhadap risiko rasuah yang berpotensi berlaku dalam pelaksanaan tugas seharian.

Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk mengenal pasti dan memahami risiko rasuah dengan lebih jelas, di samping menerapkan nilai integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam pelaksanaan tanggungjawab.

Inisiatif ini selaras dengan usaha SPRM membentuk persekitaran perkhidmatan awam yang berintegriti, telus dan berwibawa.





27/08/2026

DIARI SPRM bersama PKPj Dr. SHAHRULNAIM BIN MOHD AMIN, Ketua Unit Integriti
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)

AMANAH TERJAGA, MASYARAKAT TERBELA

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPRM:

Shortcuts

Share