Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia Mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data

YBrs. Puan Shariffah Rashidah, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, telah dijemput bagi menyampaikan ucaptama dalam 1...
15/08/2026

YBrs. Puan Shariffah Rashidah, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, telah dijemput bagi menyampaikan ucaptama dalam 1st MMA International Artificial Intelligence in Healthcare Conference yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya bertemakan “Building Trust in Digital Healthcare: Data Privacy, Security and System Resilience”, yang mengetengahkan kepentingan membina kepercayaan dalam ekosistem penjagaan kesihatan digital, khususnya dari aspek privasi data, keselamatan maklumat dan daya tahan sistem.

Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor kesihatan menjadikan data sebagai elemen penting dalam menyokong inovasi, meningkatkan kecekapan serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan. Sehubungan itu, pengurusan data secara strategik dan bertanggungjawab perlu diberi keutamaan bagi memastikan manfaat teknologi dapat dimanfaatkan tanpa menjejaskan perlindungan data peribadi.

Puan Shariffah Rashidah mengetengahkan keperluan untuk menerapkan prinsip Mereka bentuk berdasarkan Perlindungan Data (Data Protection by Design) sejak peringkat awal pembangunan sesuatu sistem termasuk pelaksanaan Penilaian Impak Perlindungan Data (Data Protection Impact Assessment) serta kawalan keselamatan yang bersesuaian. Pendekatan ini penting bagi memastikan risiko dapat dikenal pasti dan ditangani secara proaktif, di samping memperkukuh keselamatan serta daya tahan sistem dalam menghadapi ancaman digital.

Selain itu, Puan Shariffah Rashidah turut menekankan penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan turut memerlukan tadbir urus yang kukuh serta akauntabiliti manusia yang berterusan. Pendekatan Human-in-the-Loop adalah penting bagi memastikan hasil dan keputusan yang dijana oleh AI melalui proses pengesahan yang sewajarnya, dengan penglibatan kepakaran klinikal, teknikal dan pasukan pengesahan yang berkaitan.

Usaha membina ekosistem penjagaan kesihatan digital yang selamat, berdaya tahan dan dipercayai memerlukan kerjasama erat antara pihak pengawal selia, pemain industri, pengamal perubatan dan semua pemegang taruh demi memastikan inovasi teknologi terus berkembang tanpa menjejaskan hak serta kepentingan individu.







Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) terus memperkukuh penglibatan dalam wacana berkaitan perkembangan infrastruktu...
13/08/2026

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) terus memperkukuh penglibatan dalam wacana berkaitan perkembangan infrastruktur digital, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) serta perlindungan data peribadi menerusi penyertaan Encik I.D. Safairis bin Amat Noor, Ketua Penolong Pengarah, JPDP sebagai panelis jemputan dalam The Star CloudTech & DataCentre Conference 2026 yang berlangsung pada 13 Ogos 2026 di Le Meridien Kuala Lumpur.

Dalam sesi panel bertajuk “Hyperscalers, Telcos & Regulators – What’s Next for Malaysia?”, Encik I.D. Safairis bersama barisan pemimpin industri membincangkan perkembangan ekosistem pusat data dan teknologi awan di Malaysia, termasuk aspek tadbir urus, keselamatan, privasi serta keperluan membina kepercayaan dalam ekonomi digital yang semakin berkembang.

Antara perkara utama yang diketengahkan ialah pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], khususnya berkaitan tanggungjawab pemproses data, termasuk penyedia perkhidmatan awan, serta keperluan pemberitahuan pelanggaran data peribadi. Perbincangan turut menekankan kepentingan memastikan pematuhan terhadap keperluan perlindungan data dapat dilaksanakan seiring dengan perkembangan pesat teknologi AI dan pengkomputeran awan tanpa menjejaskan inovasi serta keyakinan organisasi dan pengguna.

Sesi tersebut turut menyentuh aspek Pemindahan Data Peribadi Merentas Sempadan (Cross-Border Personal Data Transfer), khususnya dalam konteks penggunaan infrastruktur awan dan pemprosesan data pada skala global. Perkembangan ini menuntut organisasi dan penyedia perkhidmatan teknologi untuk memberikan perhatian sewajarnya terhadap tadbir urus, keselamatan dan perlindungan data peribadi apabila data dipindahkan ke luar negara.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi komited and akan berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara pihak kawal selia, industri dan pemegang taruh bagi membangunkan ekosistem digital yang selamat, dipercayai dan bertanggungjawab, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk terus berkembang sebagai hab digital dan AI utama di rantau ASEAN.







APAC Legal Summit 2026YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, telah dij...
13/08/2026

APAC Legal Summit 2026

YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, telah dijemput sebagai salah seorang penceramah dalam sesi Keynote Panel sempena APAC Legal Summit 2026 yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2026 di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Dalam sesi tersebut, Puan Shariffah Rashidah berkongsi perspektif JPDP mengenai perkembangan landskap perlindungan data peribadi di Malaysia yang kini melalui fasa transformasi yang semakin dinamik. Antara perkara yang diketengahkan termasuk usaha memperkukuh peranan JPDP sebagai agensi penguatkuasaan, penambahbaikan proses dalaman melalui Business Process Re-engineering (BPR) serta pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan aduan, pemantauan dan tindakan kawal selia.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada kepentingan pendekatan berasaskan risiko dalam pengurusan dan perlindungan data peribadi, khususnya melalui Data Protection Impact Assessment (DPIA), Data Protection by Design and Default (DPBD) serta tadbir urus berkaitan Automated Decision-Making (ADM) dan kecerdasan buatan (AI). Organisasi perlu memastikan aspek perlindungan data dan kawalan keselamatan diberi perhatian sejak peringkat awal pembangunan sistem serta diintegrasikan dalam kerangka pengurusan risiko dan tadbir urus organisasi.

YBrs. Puan Shariffah Rashidah turut menekankan kepentingan kesiapsiagaan organisasi dalam menghadapi insiden pelanggaran data peribadi, termasuk pemahaman terhadap keperluan pemberitahuan pelanggaran data dalam tempoh 72 jam. Perkongsian beliau turut menyentuh kepentingan pengesanan, tindak balas dan pemulihan insiden, di samping mengenal pasti punca akar bagi memastikan langkah pembetulan dan pencegahan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

JPDP akan terus memperkukuh penguatkuasaan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan memperluas kerjasama strategik bagi memastikan perlindungan data peribadi terus menjadi salah satu tunjang kepada kepercayaan digital. Sesi perbincangan panel ini turut disertai oleh En. Ong Johnson, Partner dan Head of Technology Practice Group, En. Lo Khai Yi, Partner dan Co-Head of Technology Practice Group serta En. Andrew Robinson, Litigation Partner dan Location Head of the Singapore Office, DAC Beachcroft.







JPDP KE UDARA | SELANGOR FMKUALA LUMPUR, 10 Ogos - Sesi temu bual dalam segmen i-Peduli  di Selangor fm bersama Encik Mo...
10/08/2026

JPDP KE UDARA | SELANGOR FM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Sesi temu bual dalam segmen i-Peduli di Selangor fm bersama Encik Mohamad Azrul Azmi, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pengawal Data, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Membawakan topik 'Kesedaran terhadap Privasi Digital', perkongsian kali ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan untuk membaca dan memahami terma dan syarat sebelum menandatangani sebarang borang permohonan.

Ia menggalakkan orang awam untuk mengambil cakna dalam menjaga maklumat peribadi, risiko penyalahgunaan data dan langkah keselamatan yang perlu diambil melibatkan platform digital.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk lebih peka dalam mengurus serta melindungi data peribadi.

Sekiranya terdapat sebarang insiden melibatkan pelanggaran data peribadi dalam transaksi komersial, aduan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi https://daftar.pdp.gov.my/p_aduan.







PROGRAM JELAJAH MALAYSIA DIGITAL (JMD) 2026 BAWA KEMAHIRAN TEKNOLOGI DAN DIGITAL KEPADA RAKYATPETALING JAYA, 8 Ogos - Ke...
08/08/2026

PROGRAM JELAJAH MALAYSIA DIGITAL (JMD) 2026 BAWA KEMAHIRAN TEKNOLOGI DAN DIGITAL KEPADA RAKYAT

PETALING JAYA, 8 Ogos - Kementerian Digital melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan Program Jelajah Malaysia Digital (JMD) 2026 bertempat di Dewan Komuniti Damansara Damai, Selangor.

Perasmian program disempurnakan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital. Program JMD 2026 ini dilancarkan bagi membawa kemahiran, teknologi dan peluang ekonomi digital lebih dekat kepada rakyat.

Turut hadir YBhg. Datuk Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital dan YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) turut menyertai pameran di reruai Kementerian Digital. Ini merupakan Program JMD pertama tahun ini yang disertai oleh JPDP. Antara aktiviti yang dijalankan di reruai Kementerian Digital ialah:

• Khidmat nasihat berkaitan perlindungan data peribadi.
• Kempen Jom ‘follow’, ‘like’ dan ‘share’ media sosial rasmi Kementerian Digital dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.
• ⁠Maklumat berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang sudi singgah di reruai Kementerian Digital untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bertukar-tukar pandangan mengenai perlindungan data peribadi serta isu-isu semasa.








Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Prudential Malaysia pada 4 O...
07/08/2026

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Prudential Malaysia pada 4 Ogos 2026 di Ibu Pejabat JPDP, Putrajaya. Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, bersama barisan pengurusan JPDP.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pemindahan data rentas sempadan, pelaksanaan Notifikasi Pelanggaran Data Peribadi (Data Breach Notification) dan kesiapsiagaan organisasi dalam menguruskan insiden, termasuk aspek tempoh notifikasi dalam 72 jam serta penilaian risiko dan kemudaratan yang berpotensi kepada individu.

Perbincangan turut menyentuh hala tuju pengawalseliaan JPDP yang terus berkembang, khususnya dalam aspek tadbir urus kecerdasan buatan (AI), Penilaian Impak Perlindungan Data (Data Protection Impact Assessment – DPIA) serta penerapan prinsip Privacy by Design dalam pembangunan dan pengurusan ekosistem data.

Puan Shariffah Rashidah turut menekankan bahawa pengukuhan perlindungan data peribadi bagi memerlukan kerjasama erat dan berterusan antara pengawal selia dengan pihak industri. Dialog secara langsung seperti ini penting bagi memastikan keperluan pematuhan dapat difahami dengan jelas serta pendekatan perlindungan data peribadi dapat dilaksanakan secara praktikal di mana ia merupakan salah satu strategi Pelan Pemantapan JPDP dalam memacu kerjasama yang lebih erat dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan perlindungan data peribadi di Malaysia.

Delegasi Prudential Malaysia diketuai oleh Encik Lanx Goh, Head of Group Privacy, dan turut disertai oleh Puan Diana Suhaimi (Group Privacy), Encik Adrian Lim dan Encik Shaun Lim (Prudential Assurance Malaysia Berhad), Encik Darren See dan Puan Zarizan Zainon (Prudential BSN Takaful Berhad), Encik Ahmad Reza Razak (Eastspring Investments), Encik Meor Hafizan serta Puan Syakiratul Ezwana (Government Relations).







WEBINAR AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI [AKTA 709]Jabatan Perlindungan Data Peribadi akan menganjurkan Webinar Akta Perl...
04/08/2026

WEBINAR AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI [AKTA 709]

Jabatan Perlindungan Data Peribadi akan menganjurkan Webinar Akta Perlindungan Data Peribadi [Akta 709] bagi meningkatkan pemahaman berkaitan keperluan serta pematuhan terhadap Akta tersebut.
Butiran pelaksanaan program adalah seperti berikut:

Tarikh: 11 Ogos 2026
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Platform: Dalam talian (Google Meet)
Tarikh tutup pendaftaran: 7 Ogos 2026 (sebelum 12:00 tengah hari).
Untuk tujuan pendaftaran, sila klik pautan berikut: https://forms.gle/mqcd1M7FMefBR92V7







PEMBERITAHUAN PELANGGARAN DATA (DBN)
03/08/2026

PEMBERITAHUAN PELANGGARAN DATA (DBN)







PELANTIKAN PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA (DPO)
03/08/2026

PELANTIKAN PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA (DPO)







SESI KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAMPada 31 Julai 2026, YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Sye...
31/07/2026

SESI KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Pada 31 Julai 2026, YBrs. Puan Shariffah Rashidah binti Syed Othman, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan strategik di samping memperkukuhkan institusi Pesuruhjaya. Perbincangan turut memberi fokus kepada usaha memperkasakan kapasiti institusi melalui pengukuhan struktur organisasi, sumber manusia dan keupayaan operasi bagi memastikan JPDP dapat melaksanakan fungsi pengawalseliaan, pematuhan dan penguatkuasaan secara lebih efektif. Pengukuhan institusi ini dilihat sebagai langkah penting dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh keyakinan pihak berkepentingan serta menyokong aspirasi Kerajaan untuk mewujudkan ekosistem digital yang selamat dan dipercayai.







Address

Presint 4
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 05:30

Telephone

+60389117927

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia:

Shortcuts

Share