22/07/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐
๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐
๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐
Unit Penyelidikan, Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) telah mengadakan satu sesi pemantauan projek bagi projek NCTF Fasa 12 2024 bertajuk E๐ฏ๐ท๐ช๐ณ๐ฐ๐ฏ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ข๐ญ ๐๐๐ (๐ฆ๐๐๐) ๐ข๐ด ๐ข ๐๐ฐ๐ฐ๐ญ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ฏ๐ท๐ข๐ด๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ ๐๐ฑ๐ฆ๐ค๐ช๐ฆ๐ด (๐๐๐) ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ฆ๐ฃ๐ณ๐ข๐ต๐ฆ๐ด ๐๐ฆ๐ต๐ฆ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (๐๐ฉ๐ข๐ด๐ฆ ๐): ๐๐ฆ๐ท๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฑ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ข๐ญ๐ช๐ฅ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฐ๐ง ๐ฆ๐๐๐ ๐๐ฆ๐ต๐ข๐ฃ๐ข๐ณ๐ค๐ฐ๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฐ๐ฏ ๐๐๐ ๐๐ฆ๐ณ๐ต๐ฆ๐ฃ๐ณ๐ข๐ต๐ฆ๐ด ๐ช๐ฏ ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข oleh Ts. Dr. Kaviarasu a/l Munian selaku ketua projek dari FRIM.
Sesi ini bertujuan untuk memantau kemajuan pelaksanaan projek secara lebih menyeluruh, menilai pencapaian aktiviti semasa, memastikan pelaksanaan projek mematuhi jadual yang telah ditetapkan, penelitian ke atas prestasi perbelanjaan semasa, serta membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan projek.
Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh ketua projek di Bilik Mesyuarat Durio, Herbarium FRIM. Turut hadir ialah Puan Liza Ismail, Ketua Cawangan Dasar dan Perancangan Penyelidikan (REPP) FRIM, Dr. Alia Shahirah, ahli kumpulan penyelidik iaitu Puan Nur Athirah Fauzi dan En. Luqman Hakim Adzis serta Sekretariat NCTF.
Antara perkara utama yang dibentangkan adalah seperti berikut:
- pencapaian objektif serta dapatan semasa projek;
- perancangan dan cadangan pelaksanaan aktiviti bagi tempoh Ogos 2026 hingga Mac 2027;
- isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek; dan
- penelitian ke atas laporan kewangan projek termasuk status perbelanjaan semasa dan perbelanjaan komited projek sebelum penyaluran kedua.
Sesi diteruskan dengan demonstrasi pengambilan sampel air di kawasan sungai bagi menggambarkan tatacara pengambilan sampel air semasa kerja lapangan sebenar. Pengambilan sampel air ini bertujuan untuk mendapatkan sampel DNA persekitaran (environmental DNA, eDNA) bagi mengesan dan mengenal pasti spesies vertebrata asing invasif yang terdapat di kawasan tersebut.
Diharapkan penyelidikan ini dapat menghasilkan dapatan yang berkualiti dan berimpak tinggi bagi menyokong usaha pengurusan spesies asing invasif, menyumbang kepada penggubalan dasar dan strategi pengurusan biodiversiti negara serta memperkukuh agenda konservasi sumber asli secara mampan.