Persatuan Kebajikan JBPM - Bomba

Persatuan Kebajikan JBPM - Bomba Tujuan Penubuhan Persatuan ini adalah untuk memberikan bantuan wang kepada ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku kematian, sakit dan bencana alam.

Dimaklumkan bahawa PBK I Jumardin bin Hadi (34 tahun), pegawai yang bertugas di BBP Kuala Lipis, JBPM Negeri Pahang tela...
31/07/2026

Dimaklumkan bahawa PBK I Jumardin bin Hadi (34 tahun), pegawai yang bertugas di BBP Kuala Lipis, JBPM Negeri Pahang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2026 (Jumaat). Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Allahyarham dilaporkan rebah sebaik selesai menjalani aktiviti joging di sekitar kawasan Balai Bomba dan Penyelamat sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, Allahyarham telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Jenazah kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lipis, Pahang bagi urusan dan tindakan selanjutnya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah

Sekian, pemakluman.

Setinggi-tinggi Ucapan Tahniahkepada;YAS Tuan Haji Nordin bin Pauziatas pelantikan sebagaiTimbalan Ketua Pengarah (Opera...
15/07/2026

Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah

kepada;
YAS Tuan Haji Nordin bin Pauzi
atas pelantikan sebagai
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

ikhlas daripada:
Seluruh Ahli Jawatankuasa dan Setiausaha Perhubungan Negeri-negeri
Persatuan Kebajikan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Dimaklumkan bahawa PB Muhammad Shafirul Bin Ismail (BBP Bukit Jelutong) telah meninggal dunia pada hari ini 01/07/2026 j...
01/07/2026

Dimaklumkan bahawa PB Muhammad Shafirul Bin Ismail (BBP Bukit Jelutong) telah meninggal dunia pada hari ini 01/07/2026 jam 2100 hrs di rumah kediamannya.

Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan selanjutnya.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Bersama-sama kita mendoakan semoga segala urusan pengkebumian akan dipermudahkan dan arwah ditempatkan bersama-sama di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

17/06/2026
23/05/2026
SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH YAS DATOโ€™ Ir. Ts. AHMAD IZRAM BIN OSMAN, TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) MERANGKAP YA...
23/05/2026

SELAMAT BERSARA DAN TERIMA KASIH YAS DATOโ€™ Ir. Ts. AHMAD IZRAM BIN OSMAN, TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) MERANGKAP YANG DIPERTUA PERSATUAN KEBAJIKAN JBPM

Barisan Ahli Jawatankuasa dan Setiausaha Perhubungan Negeri-negeri serta seluruh Ahli Persatuan Kebajikan, Jabatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAS Datoโ€™ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman atas segala sumbangan jasa, komitmen serta bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) merangkap Yang Dipertua Persatuan Kebajikan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Segala dedikasi dan pengorbanan yang diberikan amat dihargai serta menjadi inspirasi dan legasi kecemerlangan buat seluruh warga JBPM dan Ahli Persatuan Kebajikan JBPM.

Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kejayaan dalam fasa kehidupan yang baharu.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ YAS DATOโ€™.

โ€œDEMI KEBAJIKAN AHLIโ€





Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PROGRAM ZIARAH KASIH PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIAKlang, 4 Mei 2026 - YAS Datoโ€™ Sri Ts. Nor...
04/05/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Klang, 4 Mei 2026 - YAS Datoโ€™ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM bersama YAS Datoโ€™ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Operasi merangkap Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan JBPM meluangkan masa hadir Program Ziarah Kasih sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 ke rumah Pegawai Bomba Bersara yang ditimpa musibah kesihatan iaitu Encik Sahrudin bin Yahya, Telok Gadong Kecil Klang, Selangor.

Turut hadir YS PKPjB Datoโ€™ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, JBPM Negeri Selangor, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Ketua Zon 3, Pegawai Bahagian Pengurusan Korporat dan Bahagian Operasi Ibu Pejabat JBPM, Ketua Balai BBP Klang Selatan, Ahli Jawatankuasa Kesatuan dan Wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Pesara Selangor.

Seluruh warga JBPM mendoakan semoga mereka berdua diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.




Address

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Putrajaya
62250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan JBPM - Bomba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan JBPM - Bomba:

Shortcuts

Share