Politeknik.kolejkomuniti

Politeknik.kolejkomuniti Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi

Laman Facebook Rasmi ini berperanan sebagai satu wadah komunikasi antara warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia serta semua pengunjung yang melawati laman Facebook ini.

06/09/2026
06/09/2026
05/09/2026
SEMANGAT MERDEKA, SEMARAK KOMUNITI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—ฆ๐—จ ๐—ž๐—ฃ๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ๐—ฌ๐—ข๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ@๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›, ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š, ๐—๐—ข๐—›...
05/09/2026

SEMANGAT MERDEKA, SEMARAK KOMUNITI! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—ฆ๐—จ ๐—ž๐—ฃ๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ๐—ฌ๐—ข๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จ@๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—›, ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š, ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ yang bermula semalam dan berakhir pada hari ini penuh dengan pelbagai aktiviti yang menghimpunkan warga Kementerian Pendidikan Tinggi dan POLYCC bersama komuniti setempat dalam suasana santai, mesra dan penuh semangat kebersamaan.

Kehadiran bersama YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti pada malam tadi dalam segmen kerohanian di Masjid Kampung Tengah, Kluang dan menyemarakkan semangat patriotisme menerusi aktiviti senamrobik dan Jalan-jalan Jalur Gemilang yang turut menyaksikan pemilihan Busana Terbaik bertemakan Kemerdekaan pada pagi tadi turut memeriahkan majlis yang dizahirkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim.

Lebih menarik, pelbagai aktiviti disediakan untuk seisi keluarga dan semua lapisan masyarakat antaranya Pertandingan Robotik FIRA Junior yang diurus selia oleh Kolej Komuniti Seberang Jaya, rewang nasi ambeng, sukaneka tadika, sukan rakyat, mewarna kanak-kanak serta perkhidmatan ๐˜ฆ๐˜น๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฆ yang dibawakan oleh Kolej Komuniti Kluang dan Kolej Komuniti Muar. Turut mendapat sambutan adalah aktiviti potong rambut secara percuma kepada masyarakat setempat yang dibawakan khas oleh Kolej Komuniti Muar.

Dalam masa yang sama, komuniti turut mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif kesejahteraan dan khidmat masyarakat seperti pemeriksaan kesihatan, Jualan Rahmah serta pameran pelbagai agensi dan rakan strategik.

โ€œ๐—ฌ๐—ข๐—ž ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—จโ€ bukan sekadar ajakan berjalan bersama, tetapi membawa semangat KSU KPT turun padang, mendekati komuniti, menyantuni masyarakat dan membina kebersamaan.






Dah dapat tawaran ke politeknik, tapi tak tahu cara-cara nak mohon pinjaman PTPTN?Jom ikut 5 langkah mudah ini.
05/09/2026

Dah dapat tawaran ke politeknik, tapi tak tahu cara-cara nak mohon pinjaman PTPTN?

Jom ikut 5 langkah mudah ini.

67 ORANG PELAJAR POLITEKNIK BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN DALAM PROGRAM BERKEMBAR PKLI-ECRL DI CHINASetinggi-tinggi tahniah...
04/09/2026

67 ORANG PELAJAR POLITEKNIK BERJAYA MENAMATKAN LATIHAN DALAM PROGRAM BERKEMBAR PKLI-ECRL DI CHINA

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 67 orang pelajar politeknik yang berjaya menamatkan Program Latihan Kemahiran Industri โ€“ East Coast Rail Link (PLKI-ECRL) di Luizhou Railway Vocational Techinal College (LRVTC), China.

Melalui Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTiP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melaksanakan Program POLYCCโ€“ECRL (Politeknik dan Kolej Komuniti โ€“ East Coast Rail Link) 2025โ€“2026 sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh kompetensi dan kebolehpasaran pelajar POLYCC, khususnya dalam bidang industri rel.

Seramai 67 pelajar daripada 10 politeknik telah mengikuti latihan selama 10 bulan di Liuzhou Railway Vocational Technical College, China, dengan memberi tumpuan kepada kompetensi teknikal dan operasi dalam ekosistem industri rel.

Daripada kompetensi kepada kerjaya, KPTiPโ€“ECRL menjadi langkah strategik dalam membina bakat TVET untuk masa hadapan industri rel.

Kejayaan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang dari 10 politeknik itu diraikan dalam satu Majlis Graduasi Program berkembar PKLI - ECRL di Lotus Villa Hotel Liuzhou, China dan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Hj Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Ahli Lembaga Pengarah, Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd.

Turut hadir ialah YBhg. Dato Sri Darwis Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif MRL Sdn. Bhd. dan YBrs. Tuan Haji Ulaimi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK serta wakil penaja.

Pihak Jabatan turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MRL Sdn. Bhd. dan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCECRL) yang menaja 50 peratus daripada keseluruhan kos pengajian serta penghargaan kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah menyediakan penajaan kepada pelajar bagi menyelesaikan baki yuran pengajian melalui program KPTip.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang mengikuti program tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi menyumbang kepada pembangunan negara khususnya dalam industri rel negara.

Tahniah kepada semua para graduan!






10 PERMOHONAN PROGRAM PALING POPULAR PILIHAN PELAJAR DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ๐Ÿ”ฅTerima kasih atas sokongan berter...
04/09/2026

10 PERMOHONAN PROGRAM PALING POPULAR PILIHAN PELAJAR DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ๐Ÿ”ฅ

Terima kasih atas sokongan berterusan dan kepercayaan rakyat Malaysia kepada bidang pengajian berteraskan TVET yang ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC).






04/09/2026

[LANGSUNG] Program Pengurusan Kewangan : Siri 1.0 โ€˜Kenali Trafik Kewangan Andaโ€™ yang disampaikan oleh wakil daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).






๐ƒ๐”๐€ ๐‚๐€๐‹๐Ž๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐…๐ˆ๐๐€๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐Ž๐Š๐Ž๐‡ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua calon ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ...
03/09/2026

๐ƒ๐”๐€ ๐‚๐€๐‹๐Ž๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐…๐ˆ๐๐€๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐Ž๐Š๐Ž๐‡ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua calon ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– yang berjaya sebagai finalis bagi ๐—”๐—ป๐˜‚๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ต ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ, ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ (๐—ž๐—ฃ๐—ง).

๐—ง๐—ข๐—ž๐—ข๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—”
Aiman Arif bin Risdzuan
Politeknik Merlimau, Melaka

๐—ง๐—ข๐—ž๐—ข๐—› ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก
Muzamnad Shukrie Hanafie bin Muzafar
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pencapaian ini mencerminkan kualiti kepimpinan, semangat keusahawanan, daya saing dan impak mahasiswa POLYCC yang terus menyerlah di peringkat kebangsaan.

Lebih membanggakan, kedua-dua calon kini mara ke peringkat temu duga, membawa aspirasi POLYCC untuk terus mencipta kecemerlangan di pentas negara.

Melangkah ke peringkat seterusnya, Aiman Arif dan Muzamnad Shukrie kini membawa harapan serta kebanggaan POLYCC. Semoga terus melangkah dengan penuh keyakinan, menyerlahkan potensi terbaik dan mengharumkan nama POLYCC.

Semoga terus melangkah, terus menginspirasi dan terus mencipta impak.

๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–
๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜€ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–!







02/09/2026

Address

Aras 4-7, Galeria PjH, Persiaran Perdana, Jalan P4W, Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik.kolejkomuniti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Politeknik.kolejkomuniti:

Shortcuts

Share