21/08/2026
Seawal pagi tadi, saya telah menerima kunjungan hormat dan sesi libat urus YB Hannah Yeoh, Menteri Wilayah Persekutuan, di pejabat saya di Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.
Pertemuan ini memberi ruang untuk kami bertukar pandangan serta membincangkan beberapa perkara berkaitan penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya dalam memperkukuh kerjasama strategik antara JPN dan Kementerian Wilayah Persekutuan demi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat.
Saya amat menghargai kesudian YB Hannah Yeoh meluangkan masa untuk hadir dan berkongsi pandangan. Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Terima kasih YB atas kunjungan dan sesi yang cukup bermakna ini.
@ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐