Data Terbuka Sektor Awam

Data Terbuka Sektor Awam Portal Data Terbuka Sektor Awam, https://data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. ii.

Data Terbuka Sektor Awam dilaksanakan bagi menggalakkan perkongsian data, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, cepat dan telus serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam ta

lian. Portal ini telah dinaik taraf pada 23 Mei 2016 dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Objektif Data Terbuka:

i. Menggalakkan perkongsian data antara agensi sektor awam, swasta dan rakyat. Meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian data terbuka secara dalam talian yang berpaksikan rakyat. iii. Menggalakkan produktiviti ekonomi digital melalui pewujudan industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Data Terbuka Sektor Awam? Jom ke reruai kami Jabatan Digital Negara sempen...
09/02/2025

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Data Terbuka Sektor Awam? Jom ke reruai kami Jabatan Digital Negara sempena Hari Terbuka Putrajaya bermula 6-9 Februari 2025. Pelbagai hadiah menarik menanti!

Portal Data Terbuka Sektor Awam Baharu (DTSA) telah dilancarkan pada 13 September 2023 dan kini genap satu tahun telah b...
30/09/2024

Portal Data Terbuka Sektor Awam Baharu (DTSA) telah dilancarkan pada 13 September 2023 dan kini genap satu tahun telah beroperasi. Sehingga kini Portal DTSA telah mencapai melebihi 10 juta orang pelawat, 85 juta transaksi penggunaan OpenAPI dan 100 ribu muat turun. Ia jelas menunjukkan penggunaan data terbuka yang kini mendapat sambutan positif dari pelbagai pihak sejak ia dilancarkan.

Terima kasih atas sokongan semua.

Simposium Data Terbuka Sektor Awam (DTSA 2024) telah dilaksanakan pada 25 September 2024 di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepan...
30/09/2024

Simposium Data Terbuka Sektor Awam (DTSA 2024) telah dilaksanakan pada 25 September 2024 di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Kerajaan Digital (BKD), YBrs. Tuan Haji Mohd Zamri bin Selamat. Simposium ini telah dihadiri oleh 80 orang peserta yang merupakan wakil dari pelbagai agensi sektor awam di peringkat Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta penceramah jemputan dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Mesolitica Sdn. Bhd. dan Google Cloud Malaysia. Simposium ini bertujuan untuk membentangkan hasil dan manfaat yang diperoleh daripada perkongsian data terbuka oleh agensi sektor awam serta mendapatkan input baharu daripada pencemarah jemputan untuk hala tuju ke hadapan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) dibangunkan dengan tujuan untuk menyediakan data yang terkini, terperinci, dan te...
26/09/2024

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) dibangunkan dengan tujuan untuk menyediakan data yang terkini, terperinci, dan terbukti bagi kegunaan awam.

Antara elemen baharu yang diperkenalkan di portal ini adalah visualisasi data. Pelbagai visualisasi data yang menarik tersedia untuk anda terokai.

Layari www.data.gov.my untuk maklumat lanjut.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) kini memperkenalkan elemen-elemen baharu yang direka khas untuk memudahkan penyal...
26/09/2024

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) kini memperkenalkan elemen-elemen baharu yang direka khas untuk memudahkan penyaluran data terbuka dan memberikan visualisasi yang menarik kepada anda. Portal DTSA ini menampilkan elemen-elemen yang baharu seperti:

• Penyaluran data secara automatik.
• Analitik data dalam bentuk visualisasi.
• Katalog data terbuka untuk memudahkan carian.
• Kemudahan integrasi data terbuka secara terus melalui API.
• Forum komuniti berkaitan data terbuka.

Portal ini bertujuan untuk menyediakan data yang terkini, terperinci, dan terbukti untuk kegunaan awam. Layari data.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sejajar dengan perkembangan semasa, Portal Data Terbuka Sektor Awam dinaiktaraf sekali lagi dengan memperkenalkan bebera...
05/09/2024

Sejajar dengan perkembangan semasa, Portal Data Terbuka Sektor Awam dinaiktaraf sekali lagi dengan memperkenalkan beberapa elemen baharu seperti saluran data automatik, paparan visualisasi dan analitik, katalog data terbuka, API terbuka (OpenAPI) rasmi Malaysia serta forum komuniti data terbuka (MODCom).

Ia telah dilancarkan pada 13 September 2023 oleh Mantan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali semasa Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Portal ini dilancarkan dengan moto Terkini, Terperinci, Terbukti (High Frequency, High Granularity, High Impact) mensasarkan pembangunan saluran data bersama agensi-agensi pembekal data bagi tujuan pembangunan papan pemuka, katalog data serta Open API Malaysia, pembangunan papan pemuka (dashboard) DTSA di portal data.gov.my, pembangunan katalog data menyeluruh di portal data.gov.my, pembangunan OpenAPI Malaysia dan penyediaan infrastruktur bagi pembangunan portal DTSA serta OpenAPI Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menyifatkan pelancaran portal Data Terbuka Sektor Awam ini sebagai permulaan era baharu bagi memantapkan ketelusan sektor awam dan mampu mendorong inovasi yang dipacu data sektor awam dan swasta.

Address

Putrajaya
62502

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Data Terbuka Sektor Awam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Data Terbuka Sektor Awam:

Share