Bomba WP Putrajaya

Bomba WP Putrajaya Ini merupakan laman Facebook RASMI bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia WP Putrajaya.

Untuk makluman semua, Laman FB ini merupakan laman Facebook RASMI bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia WP Putrajaya.Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia merupakan "Sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf antarabangsa."

🌊πŸ”₯ KARNIVAL KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR SEMPENA HARI PENCEGAHAN KELEMASAN SEDUNIA 2026 πŸ”₯πŸŒŠπŸŠβ€β™‚οΈπŸ›ŸπŸ“… Tarikh: 31 Julai ...
04/08/2026

🌊πŸ”₯ KARNIVAL KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR SEMPENA HARI PENCEGAHAN KELEMASAN SEDUNIA 2026 πŸ”₯🌊
πŸŠβ€β™‚οΈπŸ›Ÿ

πŸ“… Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)

⏰ Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang

πŸ“ Lokasi: Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya

✨ Pelbagai Aktiviti Menarik diadakan:

πŸš’ Pameran Kebombaan & Fire Kitchen

πŸŠβ€β™‚οΈ Program Jom Belajar Renang & Explorace Keselamatan Air

🎯 Mini Water Safety Challenge & Escape Tent

🎒 Flying Fox & Soopa Doopa untuk sekeluarga!

Kehadiran serta sokongan padu anda amat bermakna dalam menjayakan program ini. Diharapkan segala pengisian, pameran, demonstrasi dan aktiviti yang disediakan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan kebakaran serta keselamatan ketika menjalankan aktiviti di air.

Semoga usaha ini terus menyemai budaya pencegahan, memperkukuh kerjasama semua pihak dan melahirkan masyarakat yang lebih peka, berpengetahuan serta sentiasa mengutamakan keselamatan dalam kehidupan seharian. ❀️

Utamakan keselamatan, cegah sebelum terlambat. πŸ”₯πŸ›Ÿ

πŸ”₯ BENGKEL PENGURUSAN KEBAKARAN SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH SELIAAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA TAHUN 2...
31/07/2026

πŸ”₯ BENGKEL PENGURUSAN KEBAKARAN SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH SELIAAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA TAHUN 2026 πŸ”₯

πŸ“… 29 Julai 2026

πŸ“ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kebakaran Sekolah-Sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2026 bagi memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan pengurusan keselamatan kebakaran di institusi pendidikan.

Bengkel ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan risiko kebakaran, prosedur tindakan kecemasan, pelan pemindahan bangunan, penggunaan peralatan keselamatan kebakaran serta peranan pihak pengurusan sekolah dalam memastikan keselamatan warga sekolah sentiasa terpelihara.

Melalui pelaksanaan bengkel ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai input berkaitan amalan terbaik keselamatan kebakaran, pengukuhan prosedur operasi standard (SOP) serta langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah bagi mengurangkan risiko berlakunya insiden kebakaran.

Program seumpama ini merupakan platform penting dalam meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kecekapan warga pendidikan ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, berdaya tahan dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang bengkel ini berlangsung.

β€œKeselamatan Tanggungjawab Bersama”







*πŸš’ TINGKATKAN KEMAHIRAN. TINGKATKAN KESELAMATAN. πŸš’**PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN*πŸ”₯ Adakah organisasi anda benar-benar...
29/07/2026

*πŸš’ TINGKATKAN KEMAHIRAN. TINGKATKAN KESELAMATAN. πŸš’*

*PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN*

πŸ”₯ Adakah organisasi anda benar-benar bersedia menghadapi kecemasan kebakaran?

Sertai Program Hub Kemahiran Kebombaan yang menggabungkan pembelajaran teori, simulasi serta latihan praktikal bagi meningkatkan kompetensi dan kesiapsiagaan menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja. Program ini turut memberi pendedahan kepada keperluan pematuhan undang-undang serta amalan terbaik keselamatan kebakaran.

πŸ“… Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
πŸ•– Masa: 7.00 pagi – 5.30 petang
πŸ“ Tempat: MITEC, Kuala Lumpur

πŸ‘₯ Siapa yang perlu hadir?

βœ… Pemilik Premis
βœ… Pengurus Premis
βœ… Pegawai Keselamatan Bangunan
βœ… Kontraktor Peralatan Keselamatan Kebakaran
βœ… Pekerja Industri & Kakitangan Sektor Awam
βœ… Perunding Utama / Principal Submitting Person (PSP)

🎯 Apa yang anda akan pelajari?

πŸ”₯ Sistem Fire Pump
🧯 Penggunaan Alat Pemadam Api
🚨 Fire Panel & Pengurusan Kecemasan
πŸ’§ Simulasi Kawalan Kebakaran
πŸšͺ Latihan Escape Simulator
πŸ‘¨β€πŸš’ Demonstrasi dan latihan praktikal secara interaktif

🌟 Kelebihan menyertai program

βœ… Pra kelayakan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
βœ… Kelayakan mata CCD/CPD CIDB, MBOT, LAM dan IEM
βœ… 2 Mata Ganjaran dalam Passport Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)
βœ… Dikendalikan oleh pegawai bomba yang berpengalaman dan bertauliah.

πŸ’° Yuran Penyertaan: RM1,680 seorang (HRDC Claimable)
πŸ“… Tarikh Tutup Pendaftaran: 11 Ogos 2026

πŸ“² Daftar sekarang!
Imbas kod QR atau klik pautan pendaftaran yang disediakan pada poster. Tempat adalah TERHAD.

🚨🌊 JOM MERIAHKAN KARNIVAL KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR 2026! πŸŒŠπŸš¨πŸ’™ Keseronokan untuk seisi keluarga, ilmu yang mampu...
28/07/2026

🚨🌊 JOM MERIAHKAN KARNIVAL KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR 2026! 🌊🚨

πŸ’™ Keseronokan untuk seisi keluarga, ilmu yang mampu menyelamatkan nyawa!

Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjemput seluruh masyarakat untuk hadir ke Karnival Kempen Keselamatan Aktiviti di Air 2026.

πŸ“… Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya

✨ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
πŸ”₯ Escape Tent
πŸ› Soopa Doopa
πŸͺ‚ Flying Fox
πŸ”₯ Fire Kitchen
πŸš’ Pameran Kebombaan
🏊 Program Jom Belajar Renang
🌊 Mini Water Safety Challenge
🚣 Explorace Keselamatan Air

πŸ’¦ Masuk adalah PERCUMA!

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Bawalah keluarga, anak-anak dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan sambil mempelajari ilmu keselamatan di air serta menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh JBPM.

❀️ Ingat! Kelemasan boleh dicegah.
Ilmu yang dipelajari hari ini mungkin menjadi penyelamat nyawa pada masa hadapan.

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang! Jumpa kami pada 31 Julai 2026 di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya.










27/07/2026

KEMPEN DIGITAL : VIDEO KESEDARAN KEPENTINGAN PILI BOMBA TAHUN 2026
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia




Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

25/07/2026

Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia pada 25 Julai 2026 ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti di sungai, tasik, pantai, kolam dan kawasan banjir.

Gunakan jaket keselamatan apabila perlu, awasi kanak-kanak setiap masa, elakkan berenang bersendirian serta kenal pasti kedalaman dan arus air sebelum memasuki kawasan berair.

Jauhi lokasi berbahaya dan hubungi talian 999 sekiranya berlaku kecemasan. Ingat, air membawa kegembiraan, namun keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

Bersama cegah lemas, lindungi nyawa demi keluarga, rakan-rakan dan komuniti yang lebih selamat sepanjang masa.

TAKLIMAT DAN LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARANπŸ“… Tarikh: 21 Julai 2026πŸ“ Tempat: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ...
22/07/2026

TAKLIMAT DAN LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN

πŸ“… Tarikh: 21 Julai 2026
πŸ“ Tempat: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telah berlangsung Taklimat dan Latihan Keselamatan Kebakaran yang melibatkan seramai 26 pegawai daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan aspek keselamatan kebakaran, tindakan awal semasa kecemasan, penggunaan peralatan pemadam kebakaran serta prosedur pengungsian bangunan yang selamat. Selain itu, latihan yang dijalankan turut memberi pendedahan secara praktikal bagi memastikan peserta lebih bersedia menghadapi sebarang insiden kebakaran.
Diharapkan program seperti ini dapat memperkukuhkan budaya keselamatan di tempat kerja serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan.
"Keselamatan Kebakaran Tanggungjawab Bersama"

TAHNIAH YAS TUAN HAJI NORDIN BIN PAUZI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JBPMTahniah diuca...
15/07/2026

TAHNIAH YAS TUAN HAJI NORDIN BIN PAUZI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) JBPM
Tahniah diucapkan kepada YAS Tuan Haji Nordin bin Pauzi atas kenaikan pangkat sebagai Penguasa Bomba Gred Utama B dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Majlis Pemakaian Pangkat telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya hari ini.
Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap dedikasi, kepimpinan dan pengalaman beliau sepanjang tiga dekad berkhidmat dalam perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menggalas pelbagai jawatan strategik di peringkat negeri dan ibu pejabat serta memainkan peranan penting dalam memperkukuh keupayaan operasi, pengurusan bencana dan pembangunan organisasi JBPM.
Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P. Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar YAS Tuan Haji Nordin bin Pauzi terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin aspek operasi jabatan ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.
Tahniah diucapkan dan selamat menjalankan amanah.

Mesyuarat Penutup Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 & MS ISO 37001:2025 πŸ“‹βœοΈ8 Julai 2026 | Telah berlangsung Mesyuarat Penut...
08/07/2026

Mesyuarat Penutup Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 & MS ISO 37001:2025 πŸ“‹βœοΈ

8 Julai 2026 | Telah berlangsung Mesyuarat Penutup Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan MS ISO 37001:2025 (Sistem Pengurusan Antirasuah) bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P Putrajaya Tahun 2026.

Sesi pengauditan ini telah berjalan dengan lancar sepanjang tiga hari bermula dari 6 hingga 8 Julai 2026. Proses audit kali ini telah diketuai oleh PgKB II Mohamad Ahnaf bin Tarmidi bersama barisan juruaudit dalaman, PPgB Shapawi bin Stapa dan PPgB Hazim Asriq bin Hasbullah.

Langkah ini merupakan komitmen berterusan JBPM W.P Putrajaya dalam memastikan tadbir urus, sistem penyampaian perkhidmatan, serta pematuhan terhadap integriti sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dan menepati standard antarabangsa. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang audit ini berlangsung!

Address

Lebuh Wawasan, Presint 7
Putrajaya
62250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba WP Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bomba WP Putrajaya:

Shortcuts

Share

Category