Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk Perkhidmatan Awam.

11/08/2026

[VIDEO RANGKUMAN]

Sekitar Simposium Perjawatan Sektor Awam dengan tema โ€œMeneroka Masa Depan Pekerjaan Sektor Awamโ€ yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) di PICC.

Video: Unit Multimedia, BDTM JPA

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ก๐—–๐—˜ ๐—˜๐—ฉ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก (๐——๐—˜๐—˜๐—ฃ) ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—จ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒMesyuarat Induk Penila...
11/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ก๐—–๐—˜ ๐—˜๐—ฉ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก (๐——๐—˜๐—˜๐—ฃ) ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—จ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Mesyuarat Induk Penilaian DEEP telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 10 Ogos 2026 di Bilik Mesyuarat Eksekutif, JPA.

Mesyuarat Induk ini bertujuan mengesahkan dan memperakukan hasil penilaian prestasi Suku Kedua Tahun 2026 bagi Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, di samping mengesahkan penilaian DEEP secara rintis yang melibatkan 30 Ketua Perkhidmatan dan Ketua Jabatan (KP/KJ) terpilih. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan meneliti trend dan kedudukan prestasi berdasarkan indikator yang ditetapkan, serta membincangkan isu-isu strategik yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut.

Penilaian DEEP merupakan salah satu pendekatan untuk memperkukuh akauntabiliti, integriti, kecekapan dan keberhasilan penyampaian perkhidmatan awam. Penilaian ini bukan sekadar menilai pencapaian berdasarkan skor atau kedudukan, tetapi bertujuan mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memastikan tindakan intervensi dapat dilaksanakan secara berterusan.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











Sidang Kemuncak Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (ISES) 2026 ke-7 telah membuka tirainya secara rasmi dalam satu majlis ...
11/08/2026

Sidang Kemuncak Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (ISES) 2026 ke-7 telah membuka tirainya secara rasmi dalam satu majlis perasmian gilang-gemilang yang menghimpunkan para pemimpin global, penggiat industri, dan pemegang taruh utama.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Pengerusi SEDA Malaysia.

Ini diikuti oleh ucapan perasmian yang disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.

Selain pelancaran rasmi ISES 2026, majlis juga telah diserikan lagi dengan pelancaran Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) 2.0. Turut diadakan juga adalah majlis bagi menghargai dan mengiktiraf rakan strategik ISES 2026.

Majlis diakhiri dengan sesi lawatan ke reruai perkhidmatan yang mempamerkan pelbagai inovasi serta usaha kolaboratif yang bakal mencorak masa depan tenaga mampan negara

Gambar: SEDA Malaysia

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—กJPA memperkukuh kesiapsiag...
11/08/2026

๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—”๐—–๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก

JPA memperkukuh kesiapsiagaan sektor awam menghadapi perubahan masa depan pekerjaan menerusi Simposium Perjawatan Sektor Awam 2026 yang menghimpunkan kira-kira 450 Pengurus Sumber Manusia (PSM) daripada kementerian, jabatan dan agensi.

Bertemakan "Meneroka Masa Depan Pekerjaan Sektor Awam", simposium ini memberi tumpuan kepada perubahan landskap pekerjaan yang dipacu antaranya oleh kecerdasan buatan (Al), perubahan demografi, ekonomi hijau, ketidaktentuan geopolitik dan peningkatan ekspektasi rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan awam.

Dalam ucaptamanya, YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), menegaskan keperluan sektor awam merancang masa depan pekerjaan secara proaktif agar kekal tangkas dan relevan dalam persekitaran yang berubah pantas.

Beliau turut menekankan bahawa Al perlu dilihat sebagai rakan kerja baharu yang mampu meningkatkan produktiviti sektor awam. Namun, penggunaannya hendaklah sentiasa berpaksikan integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan, pematuhan undang-undang serta kepentingan rakyat.

JPA akan menghimpunkan pandangan dan cadangan PSM menerusi Kompilasi Idea Masa Depan Pekerjaan Sektor Awam. Kompilasi ini akan menjadi rujukan kepada kementerian, jabatan dan agensi dalam merancang dasar sumber manusia serta keperluan strategik perjawatan negara.

Penganjuran simposium ini mencerminkan komitmen berterusan JPA untuk memperkukuh keupayaan perkhidmatan awam melalui perancangan tenaga kerja yang lebih strategik, berasaskan kemahiran dan bersedia mendepani perubahan global, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐——๐—”๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ@๐—จ๐—ž๐— Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketuai...
11/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐——๐—”๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ@๐—จ๐—ž๐— 

Bahagian Reformasi Sektor Awam (BRSA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diketuai oleh YBrs. Puan Syuhaida binti Abdul Wahab Zen telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Inovasi@UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 10 Ogos 2026. Lawatan ini turut dihadiri oleh pegawai daripada BRSA dan juga INTAN.

Antara lain, lawatan ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan mengkaji amalan terbaik dalam memperkukuh agenda inovasi sektor awam terutamanya dalam aspek pengembangan dan penskalaan hasil inovasi sektor awam.

Antara perkara yang telah dikongsikan adalah berkaitan:

๐Ÿ“Œ Pelaksanaan dan pengurusan syarikat pemula (start up) universiti, khususnya merujuk kepada model program PEMULA@UKM.

๐Ÿ“Œ Strategi pengurusan harta intelek (IP) dan pengkomersialan produk penyelidikan ke arah pasaran industri.

๐Ÿ“Œ Hala tuju INOVASI@UKM dalam memacu hasil penyelidikan universiti agar memberi impak kepada ekonomi dan masyarakat.

Pihak delegasi BRSA, JPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja INOVASI@UKM atas kesudian menerima kunjungan dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menghadiri Majlis Pelanca...
10/08/2026

YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah menghadiri Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bersama Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026 di Kompleks Setia Perdana, hari ini.

Majlis berlangsung meriah dengan persembahan pembukaan, penyerahan Kit Jalur Gemilang, serta nyanyian lagu "Jalur Gemilang" sebagai simbolik menyemarakkan semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Ayuh bersama-sama kita semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026!

Gambar: UKK Jabatan Perdana Menteri

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











10/08/2026

Sedihnya bila kawan baik sendiri simpan nama kita siap dengan nama bahagian.

Tapi fikir positif, senang sikit nak ingat bila telah bertukar nanti. Korang ada tak kawan macam ni?" โœ‹๐Ÿป

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mempengerusikan Me...
10/08/2026

YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah mempengerusikan Mesyuarat Panel Penilai Dasar Pemisah Siri 12 Bilangan 1 Tahun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

YBhg. Tan Sri Dr. KPPA dalam perutusannya menegaskan bahawa Dasar Pemisah adalah langkah terakhir. Ia sama sekali tidak boleh dijadikan jalan mudah bagi pihak jabatan untuk mengeluarkan mana-mana pegawai, lebih-lebih lagi jika Ketua Jabatan gagal memantau dan membimbing pegawai di bawah seliaan mereka secara maksimum.

Walaupun urusan menamatkan perkhidmatan pegawai awam adalah satu perkara yang berat, ketegasan perlu ada demi memastikan kelancaran sistem perkhidmatan awam dan mengelakkan kerugian wang rakyat akibat pengekalan pegawai yang tidak produktif.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











๏ฟผ

Sempena Hari Kebangsaan 2026 yang bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, ayuh kita kenali sosok wira neg...
10/08/2026

Sempena Hari Kebangsaan 2026 yang bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, ayuh kita kenali sosok wira negara, Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Aishah Ghani.



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











Selamat Hari Ulang Tahun KelahiranYAB Datoโ€™ Seri Anwar bin IbrahimPerdana Menteri10 Ogos 2026Ikhlas DaripadaTan Sri Dr. ...
10/08/2026

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran

YAB Datoโ€™ Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri

10 Ogos 2026

Ikhlas Daripada
Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
dan warga Jabatan Perkhidmatan Awam

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











Address

Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1
Putrajaya
62519

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Awam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share